Khamis, 21 Januari 2010

Susahnya hidup dan belajar dibawah perintah BN


SUSAHNYA !


Macam mana ni ?


Yuran makan RM834.00, PIBG RM40, Ibdadi RM277, Koperasi RM135.50! Jumlah hampir Rm1300.00! Mana nak cari ni ? Ayah nak bayar duit adik-adik lagi, PASTI RM400.00 untuk 2 orang!


Sekolah Rendah sekurang-kurangnya RM200 seorang ! Akak di UiTM baru telefon semalam. Ayah, kak long kena beli peralatan bengkel, RM400. Itu baru semester 1.


Dah tu PTPTN lambat lagi. Dapat separuh je pulak tu! Kenapalah mak dan abah ramai sangat anak-anak?Abang kat SBP kena bayar at least RM1500 ! Maklumlah tahun ini dia ambik SPM !


Apasal Bonus ayah tak dapat RM5000.00 Settle everything ! Tapi ayah dapat RM500 sahaja. Gaji ayah tinggal RM850 saja ! Emak tolong dengan menjual kuih ! Dapatlah RM20 sehari.


Ayah pergi kerja naik motor buruk Honda tu dah hampir 5 tahun! Masih tidak mampu tukar dengan yang baru.


Kesian ayah.


Tak tahulah macam mana nak menghadapi semua ini!Nak kata negara ni miskin macam kat Afrika tu, IMPOSSIBLE ! Kereta mewah, rumah banglow, bangunan pencakar langit, Prada, Lois Vutton, Starbuck.... semuanya melambangkan kemewahan !


Macam mana nak mula sekolah je.... ayah dan mak mula bersedih.


Bukankah negara ini KAYA ?


Kenapa kena bayar banyak-banyak lagi ?

Mana pergi duit negara ini ?

Perlukah bangunan pencakar langit ?

Perlukah F1 Circuit ?

Perlukah Monsoon Cup ?

Perlukah ...........


Selasa, 12 Januari 2010

Masyarakat Majmuk Faham ini bukan isu besar .

Salam perjuangan.

Ini hasil maklum balas dari seorang uncle berbangsa cina yg selalu berbual dengan ana tatkala kami berjumpa ketika menjalankan tugas kami .Juga dari seorang brother berbangsa india mengenai insiden bakar membakar sejak kebelakangan ini.

Bukan sahaja bangunan dibakar ,deretan motosikal di pulau pinang rentong dibakar orang.

Yang cantiknya mereka berdua senada dengan insiden ini bahawa ini bukan isu yang besar cuma diperbesarkan oleh pihak pihak tertentu yang mahu melihat suasana ketenteraman tergugat.

Alhamdulillah dalam hati ana berkata jika beginilah tanggapan terhadap isu mutakhir negara ini membuktikan rakyat malaysia semakin canggih daya pemikiran sehingga tidak cepat melatah dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku adalah isu besar dan sedang mengancam kestabilan masyarakat negara ketika ini.

Walau pun ini adalah hasil sembang sembang dan hanya pendapat dua orang ini.Tapi pada ana ini sudah mewakili masyarakat majmuk yang tidak mudah diperkotak katik oleh pemberitaan sesuatu isu dan sebelum membuat keputusan .

Wajib mendapat maklumat selain dari berita arus perdana untuk mengimbangi status berita kerana berita arus perdana juga sekarang ini dilihat sebagai kurang dipercayai kesahihan jalan cerita bukan beritanya.

Wallahualam.

Rabu, 6 Januari 2010

Kemusykilan Agama:Ustaz Haron Din menjawap,Jenis jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh Makhluk Halus?

Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh Makhluk Halus?

Soalan
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?

Jawapan
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.

Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), "Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba' tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan."

Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah 'attkhabbut' yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A'raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan 'almass' yang diantara maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan 'mass', sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih."

Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan 'istihwaaz', maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.

Surah al-A'raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia 'annazghu' atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.

Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan 'annasad' dalam ayat ini yang mafhumnya, "Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, 'sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan 'nusghin wa azab'." Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.

Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.

Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang.
Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan.

Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga.

Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).

Suatu peristiwa lain, Yaa'li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit 'lammam' (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

dipetik dari Akhbar Harakah

Cari Blog Ini