Rabu, 8 Disember 2010

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H



Ismail Hashim

SHAH ALAM, 7 Dis:
Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.


Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.


Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.



"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.

Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).



Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.



Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') yang terletak di Bangi.




--
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA
( DARUSSYIFA )

Selasa, 23 November 2010

SEJARAH:UMNO SEKARANG "UMNO MAHATHIR"

Salam perjuangan,

Sekian lama tidak update blog sebab nak kata sibuk sangat ada juga masa terluang dan masa rehat tetapi tidak ada perasaan atau feel nak menulis atau update ,sebab tak tahu macam mana nak ulas isu terkini yang bertambah kompleks.

Tetapi sejak kebelakangan ini upcoumno sering pulak flashback sejarah dan perjuangan orang melayu menuntut kemerdekaan dan jasa jasa umno kononnya banyak sangat untuk diingati oleh rakyat sehingga rakyat diminta untuk bersyukur kepada apcoumno kerana juaranya umno membela orang melayu.Tetapi seingat saya banyak sungguh tanah tanah orang melayu tergadai sebab juaranya upcoumno menjual tanah tanah tersebut.Nak ingatkan jugak pulau batu putih yang terlepas kerana pandainya pemimpin umno jaga harta negara.

Dan soalan saya kepada orang umno dan sebagai maklumat juga kepada pemuda pemudi yang baru nak berjinak jinak dengan parti umno atas dasar dan perjuangan kemerdekaan kononnya.Anda kena siasat dahulu dan teliti bahawa umno sekarang apakah jasa jasa yang telah ditaburkan kepada rakyat bangsa dan negara?Agama jangan ceritalah hancur akidah muda mudi dengan cara umno memerintah.

Umno sekarang ini sepatutnya disebut "umno baru" atau "umno Mahathir" setelah diharamkan pada 4 FEB 1988 dan umno baru ditubuhkan pada 13 FEB 1988 oleh Mahathir dan usia umno kalau diikutkan baru 22 Tahun.

Apakah layak umno baru @ umno Mahathir ini mengaku sebagai pejuang kemerdekaan dan juara rakyat seperti yang selalu diwarwarkan.?

Jadi semua adalah tipu belaka sekiranya umno sekarang mengatakan demikian, ini kena difahami oleh rakyat yang masih nak bersama umno.

Maka jika dilihat dari konsistennya perjuangan sejak MERDEKA maka PAS yang lahir dari tulang rusuk umno itulah sebenarnya parti yang telah dahulu dan kini memperjuangkan kemerdekaan dan maruah bangsa dan negara dengan konsisten dan jayanya sehingga hari ini.

Track rekod PAS lebih baik berbanding umno yang tercalar dan semakin tidak diterima terutamanya bagi golongan muda .

Ringkasnya umno sekarang sinonim dengan "umno era mahathir" atau umno baru kerana fakta sejarah .Dan umno baru ini bukanlah umno yang memperjuangkan kemerdekaan itu memang jelas dan pasti.

Kalau ada sejarah yang perlu sangat diingati dan diraikan oleh rakyat adalah tarikh pengharaman parti pemerintah ini dan raikan jugak kejayaan bapa permodenan Malaysia yang berjaya memodenkan umno dengan pengharaman tersebut.

Ismits ulamraja

Isnin, 20 September 2010

Alangkah Maha Berkuasa dan Hebatnya Allah


JIKA HUKUM HUDUD DI PRAKTIKAN MUNGKIN PEMBUNUH SOSILAWATI TAKUT UNTUK MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN PERBUATAN KEJAM YANG LAIN...

Ulasan N Bala Subramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat tentang hukum hudud...


cut and pastekan add dibawah untuk membacanya di laman facebook

http://www.facebook.com/reqs.php#!/photo.php?pid=221572&id=100000867015888&fbid=148165238555709&ref=mf

Rabu, 15 September 2010

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat




http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2010%2F9%2F14%2Fmstar_berita%2F20100914162813&sec=mstar_berita

Menghina Allah secara tidak langsung apakah ada lagi yang paling hebat dari neraka untuk pembalasan kepada orang yang menzalimi manusia dimuka bumi ini.

Jika begitu surgakah yang layak bagi orang yang bersalah membunuh didunia ini.

Makin parah bila pemimpin UMNO BN keluar kenyataan ikut sedap mulut.

LIHATLAH WAHAI PENDOKONG UMNO TEGAR AKAN PEMIMPIN PEMIMPIN YANG ENGKAU SEMUA IKUTI...

Isnin, 13 September 2010

SALAM AIDILFITRI

SALAM,

Setelah sekian lama tidak updates blog ini atas kesibukan kerja dan baru mendapat cahaya mata yang keempat Nuriman Shafiah pada 9/09/2010 yang lalu dan kini tiba pula syawal menjelma.

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri mohon kemaafan terhadap segalanya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selasa, 8 Jun 2010

“SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN, PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL. KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH.

OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD, DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM.

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI, KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN, KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU, KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDDHA, TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU."

-Haji Hadi-

Selasa, 1 Jun 2010

KUTUK TINDAKAN PENGECUT ISRAEL

Kami sekeluarga mengutuk serangan askar isreal yang pengecut keatas kapal bantuan kemanusian ke GAZA di perairan antara bangsa berberapa kilometer dari pantai GAZA...

Khamis, 20 Mei 2010

Tariklah balik kelulusan lesen judi bola

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:

Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlahapa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir" -Al-Baqarah ayat 219


Jelas tidak dinafikan bahawa judi memang ada manfaat sama seperti arak. Tapi manfaatnya hanya pada orang yang menang sedangkan dari 100 orang yang berjudi hanya 1 orang sahaja yang menang sedangkan ada 99 orang lagi jari rugi. Ini tidak memberikan faedah kepada semua.

Judi merosakan rakyat, dimana duit yang mereka miliki hasil perahan keringat mereka bakal habis dilaburkan tanpa apa-apa pulangan pun. Kerajaan tak mampu banteras sindiket judi, tapi jangan fikir peniaga haram ini akan mohon lesen kalau kerajaan keluarkan kelulusan. Mereka akan tetap berjudi secara haram kerana kosnya lebih murah dan tak perlu kena cukai.

Malah bila judi dilesenkan, mereka yang untung adalah mereka yang menyediakan perkhidmatan judi dan Ah Long yang menyediakan wang untuk berjudi sahaja. Kerajaan pula kutip duit cukai hasil judi untuk bangunkan negara yang akhir jadilah projek-projek runtuh seperti di Terengganu.

Memang malu bila Malaysia yang keluarkan lesen itu jadi tuan rumah bagi Forum tahun ini. Nama Malaysia membusuk dikarpet merah para VIP bila mana mereka mentertawakan sikap Malaysia yang ghairah untuk merebut duit haram hasil perjudian. Pastinya mereka juga akan tertanya-tanya, adakah duit Kerajaan yang digunakan bagi menjayakan Forum kali ini adalah dari sumber yang halal atau haram.

Rakyat berharap agar forum ini sepatutnya membuka mata dan telinga pemimpin negara ini dan seluruh dunia khususnya bahawa dalam ekonomi Islam duit judi, arak dan segala macam yang haram sedikit pun tidak mempunyai keberkatan dan merugikan negara dimasa hadapan. Allah pertegaskan hal ini dalam al-Quran sekali lagi:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu) atau kamu masih berdegil?" -Al Maidah ayat 90-91.


Syaitan berjaya dalam misinya menyesatkan pemikiran pemimpin negara yang tekad meluluskan judi ini. Mereka ternyata degil dan nekad melanggar perintah Allah. Kerajaan jelas tidak berminat nak hapuskan judi, tapi mahu memperbanyakan aktiviti judi yang dikawal oleh Berjaya Group..

Memang sungguh memalukan, jika Forum yang berlangsung hari ini tidak mampu memberikan manfaat kepada Kerajaan dan rakyat negara ini. Ingatlah wahai pemimpin Umno-BN akan firman Allah ini:

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka da

Selasa, 11 Mei 2010

Sekitar Program Orang Muda Geng Kita

Urusetia bergambar bersama Yb Dr Yunus pada malam program orang muda geng kita peringkat Kota Raja
YB Dr Yunus beramah mesra dengan ahli kelab permotoran
Biasalah puteri -puteri ana nak ikut semasa persiapan program ana snap lah sekali,insyaallah mereka ini ana akan serapkan menjadi pewaris Nisa'
Membuat pemeriksaan terakhir persiapan program ,sahabat sahabat DPPKR mantop membantu ana menyelenggara program.
Terima kasih untuk semua sahabat DPPKR,DMPKR,Nisa' dan semua yang terlibat

Sabtu, 3 April 2010

Konvoi Amal Kota Raja Ke Genting




Baru sebentar tadi peserta konvoi amal Kota Raja telah dilepaskan dengan diiringi doa dan dilancarkan oleh YB Shuhami Shaffie Adun SRI MUDA.

Mereka mengembara ke genting highland dengan membawa misi menyebarkan risalah risalah program M.ES. merakyatkan ekonomi Selangor,T.A.W.A.S tabung amanah warisan anak selangor,dan maklumat maklumat pemerintahan negeri selangor selama 2 tahun pemerintahan,dalam persinggahan mereka dalam perjalanan menuju ke genting highland.

Mereka juga dijadualkan melawat rumah Ustaz Hassan Sukri di Taman Melewar.

Sebelum itu mereka akan singgah ke Jln Kebun untuk sarapan dan meraikan program pelancaran bridged amal negeri selangor.

Seterusnya mereka dijadualkan beriadah ditaman tema genting sebelum turun dan kembali semula ke kota raja.Mereka akan berhenti untuk solat iaitu satu elemen penting dalam mendidik generasi ini bagaimana bersolat dalam keadaan musafir walau pun dalam perjalan ke genting itu tidak dapat diqasar atau dijamak solat .Walaupun pengisian ini, bagi saya tidak begitu menekan sangat soal agama,tetapi sebagai satu permulaan mengajak mereka ini mendekati cara kehidupan beragama secara memujuk mereka dengan membawa mereka beriadah ketempat tempat yg boleh menimbulkan minat mereka dalam masa yang sama menyerapkan sedikit demi sedikit pengertian hidup beragama insyaallah.

Saya tahu ramai yang mungkin berpendapat lokasi ke genting itu tidak sesuai kerana trademark genting itu sebagai sebuah pusat perjudian antarabangsa.Namun mereka ini akan dinasihati buruk baik ,pendedahan pendedahan kepada mereka cara beriadah yang tidak melanggar syarak insyaallah.

Kita berperanan memberi pilihan alternative kepada mereka.
Kenal benda baik jadikan amalan.
Tahu perkara mungkar jadikan sempadan dan jauhi dari melibatkan diri dalam kemungkaran.

Isnin, 29 Mac 2010

Sayang Nabi ,Cinta Allah

Alhamdulillah 26hb Mach yg lepas walaupun tidak ramai tetapi suara pembela Rasulullah bergema di kedutaan Sweden tentang marahnya umat islam negara ini diatas penghinaan terhadap junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W

Selasa, 2 Mac 2010

Mati Dijalan Allah Cita Tertinggi Kami

Pemimpin datang dan pergi ,andai datangnya secara terhormat perginya juga dengan kehormatan .

Andainya datang secara bermuslihat ,perginya juga dengan khianat.

Andai datangnya untuk khianat, perginya juga sebagai pengkhianat makan sumpah seranah rakyat.

Perjuangan tak akan mati,akan datang silih berganti.

Perjuangan akan disambung bila sudah tak mampu bersabung.

Masakan boleh hidup tanpa hasil kalau datang untuk mengutip.

Hanya seorang pemberi dapat berdiri kerana mencari tempat untuk menabur bakti.

Bukan datang untuk meminta tapi datang untuk mencari reda.

Perjuangan tidak perlukan kita ,siapakah kita?

Kita yang perlu kepada perjuangan supaya hidup tiada kekosongan

Pilih!

Mahu hidup mulia atau mati syahid?

Cita cita pejuang sejati bukan dunia .

Tapi mati dijalan ilahi.

Mati dijalan Allah cita cita tertinggi kami

Isnin, 22 Februari 2010

Ustaz Hambari Kembali Kerahmatullah

Al- Fatihah,

Telah pergi seorang aktivis gerakan islam Parti Islam SeMalaysia Pas Kawasan Kota Raja semalam.Ana diberitahu tentang pemergian beliau pagi semalam ketika pulang dari kerja dalam perjalanan ke klinik rawatan islam di teluk panglima garang untuk berjumpa dengan ustaz Basri atas urusan dana PASTI cawangan tmn ana.
Ana sempat mengenali ustaz Hambari sekadar mengetahui beliau seorang pejuang yang telah banyak menginfakkan tenaga dan hartanya untuk wadah perjuangan Pas Kota Raja.Markas yang kami gunakan itu sumbangan beliau untuk gerakan ini.
Ana cuma mampu memberi penghormatan yang terakhir kepada beliau hanya dengan dapat memangku jenazahnya dari van kerumahnya dan dari pengandar ke liang lahad.Itulah sahaja yang ana dapat berikan kepada seorang pejuang yang ana masih baru dalam kota raja dan baru mengenali beliau,ada sekali dua dapat bercakap dengan beliau dihalaman rumahnya.
Cuma beliau memang akrab dengan pemuda kota raja, TKP saudara imran sering menyebut nama beliau ketika kami mesyuarat bahawa ustaz Hambari menyediakan itu dan ini untuk kami pemuda dapat mengambil bahagian dan bersama dengan apa yang beliau telah lakukan dan mahu kami sambung dan teruskan usaha yang beliau telah mulakan.
Hanya mampu berdoa semuga Allah tempat kan ustaz Hambari bersama mereka para pejuang yang mendapat keredaan Allah aminnn..
Al Fadhil Ustaz mendahului kami dan pasti kami akan menyusul juga bila tiba saat dan ketika Allah menjemput kami satu hari nanti.

Khamis, 21 Januari 2010

Susahnya hidup dan belajar dibawah perintah BN


SUSAHNYA !


Macam mana ni ?


Yuran makan RM834.00, PIBG RM40, Ibdadi RM277, Koperasi RM135.50! Jumlah hampir Rm1300.00! Mana nak cari ni ? Ayah nak bayar duit adik-adik lagi, PASTI RM400.00 untuk 2 orang!


Sekolah Rendah sekurang-kurangnya RM200 seorang ! Akak di UiTM baru telefon semalam. Ayah, kak long kena beli peralatan bengkel, RM400. Itu baru semester 1.


Dah tu PTPTN lambat lagi. Dapat separuh je pulak tu! Kenapalah mak dan abah ramai sangat anak-anak?Abang kat SBP kena bayar at least RM1500 ! Maklumlah tahun ini dia ambik SPM !


Apasal Bonus ayah tak dapat RM5000.00 Settle everything ! Tapi ayah dapat RM500 sahaja. Gaji ayah tinggal RM850 saja ! Emak tolong dengan menjual kuih ! Dapatlah RM20 sehari.


Ayah pergi kerja naik motor buruk Honda tu dah hampir 5 tahun! Masih tidak mampu tukar dengan yang baru.


Kesian ayah.


Tak tahulah macam mana nak menghadapi semua ini!Nak kata negara ni miskin macam kat Afrika tu, IMPOSSIBLE ! Kereta mewah, rumah banglow, bangunan pencakar langit, Prada, Lois Vutton, Starbuck.... semuanya melambangkan kemewahan !


Macam mana nak mula sekolah je.... ayah dan mak mula bersedih.


Bukankah negara ini KAYA ?


Kenapa kena bayar banyak-banyak lagi ?

Mana pergi duit negara ini ?

Perlukah bangunan pencakar langit ?

Perlukah F1 Circuit ?

Perlukah Monsoon Cup ?

Perlukah ...........


Selasa, 12 Januari 2010

Masyarakat Majmuk Faham ini bukan isu besar .

Salam perjuangan.

Ini hasil maklum balas dari seorang uncle berbangsa cina yg selalu berbual dengan ana tatkala kami berjumpa ketika menjalankan tugas kami .Juga dari seorang brother berbangsa india mengenai insiden bakar membakar sejak kebelakangan ini.

Bukan sahaja bangunan dibakar ,deretan motosikal di pulau pinang rentong dibakar orang.

Yang cantiknya mereka berdua senada dengan insiden ini bahawa ini bukan isu yang besar cuma diperbesarkan oleh pihak pihak tertentu yang mahu melihat suasana ketenteraman tergugat.

Alhamdulillah dalam hati ana berkata jika beginilah tanggapan terhadap isu mutakhir negara ini membuktikan rakyat malaysia semakin canggih daya pemikiran sehingga tidak cepat melatah dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku adalah isu besar dan sedang mengancam kestabilan masyarakat negara ketika ini.

Walau pun ini adalah hasil sembang sembang dan hanya pendapat dua orang ini.Tapi pada ana ini sudah mewakili masyarakat majmuk yang tidak mudah diperkotak katik oleh pemberitaan sesuatu isu dan sebelum membuat keputusan .

Wajib mendapat maklumat selain dari berita arus perdana untuk mengimbangi status berita kerana berita arus perdana juga sekarang ini dilihat sebagai kurang dipercayai kesahihan jalan cerita bukan beritanya.

Wallahualam.

Rabu, 6 Januari 2010

Kemusykilan Agama:Ustaz Haron Din menjawap,Jenis jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh Makhluk Halus?

Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh Makhluk Halus?

Soalan
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?

Jawapan
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.

Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), "Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba' tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan."

Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah 'attkhabbut' yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A'raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan 'almass' yang diantara maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan 'mass', sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih."

Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan 'istihwaaz', maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.

Surah al-A'raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia 'annazghu' atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.

Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan 'annasad' dalam ayat ini yang mafhumnya, "Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, 'sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan 'nusghin wa azab'." Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.

Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.

Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang.
Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan.

Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga.

Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).

Suatu peristiwa lain, Yaa'li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit 'lammam' (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

dipetik dari Akhbar Harakah

Selasa, 15 Disember 2009

LUCAH!!SEKSI!!:BILA FILEM HINDI :KENAPA TIADA BANTAHAN

Salam perjuangan,

Memang sejak kebelakangan ini banyak sekali filem bollywood moden alaf baru muncul dan ditayangkan oleh stesen tv tempatan.

Apa yang membimbangkan pakaian para pelakon yang seksi dan terlampau tidak pula dibantah atau diprotes oleh mana-mana pihak.Sebelum ini ada yang protes tentang iklan air asia yang menunjukkan aksi lucah ketika pramugari tunduk untuk serve pelangan fokus camera kepada bahagian punggung memang ada unsur lucah.

Ramai yang membantah dan ramai yang protes.

Yang peliknya tayangan filem hindi ini kebanyakan ditayangkan ketika petang disiang hari yang kadang kadang anak-anak kecil tumpang sekaki dengan ibu bapa mereka menonton filem tersebut.

Stesen tv tempatan khasnya tv3 tidak langsung menghormati kesucian agama dan tatasusila kehidupan orang islam dengan tidak ada sensor atau tapisan terhadap filem filem hindi yang ditayangkan.Aksi pelakon lelaki buka baju bila menari,aksi pelakon perempuan berpakaian menjolok mata mengiringi tarian cukup seksi sama seperti filem bay watch tapi tiada langsung sensor pada tahap tayangan tersebut.

Jadi itu yang menyebabkan ana tertanya-tanya kenapa bila filem hindustan orang tak komplen pulak.?

Khamis, 10 Disember 2009

Gentlemen:Sukar dicari...

Gambar ini dirakam ketika majlis makan malam pastiku beramal pada 6 dec 2009 .YB Khalid Samad kelihatan bangun menceduk nasi buat santapan tetamu dimeja kehormat pada malam tersebut .

Aksi spontan Khalid dirakam ketika ,tidak sempat para bentara menyaji dan melayan tetamu kehormat termasuk tuan Guru Presiden bila diumumkan majlis santapan bermula.

Terdapat kekurangan pada pihak bentara dalam keadaan pertama kali DPPKR menganjurkan majlis sehebat ini membuatkan para bentara yang terleka dengan kehadiran tokoh tokoh rakyat ini menyebabkan layanan tergendala atau terlewat keatas meja utama tersebut.

Walau bagaimanapun dengan rendah diri Khalid Samad bangun dan menghidang.

Begitulah jika seorang pemimpin berjiwa rakyat dia tidak kekok untuk berkhidmat walau dimana sahaja dan kepada sesiapa sahaja.Mungkin ini kuasa Allah hendak menunjukkan kepada kita dengan bersikap merendah diri tidak akan merendahkan martabat kedudukan malah akan meninggikan nilai akhlak apatah lagi jika kita seorang pemimpin.

Alhamdulillah Allah kurniakan kepada kita dalam parti PAS para pemimpin yang tidak lupa akan asal usul mereka.

Ana yang terjumpa aksi ini ,merakamkan kebanggaan ana terhadap perlakuan yang pada ana mempunyai nilai rendah diri dan peka terhadap keadaan dan pantas mengambil keputusan ,membantu mancantikkan keadaan yang mungkin cacat jika Tuan Presiden Terpaksa bangun untuk mengambil hidangan.

Subhanallah ...

Rabu, 9 Disember 2009

Memalukan-geng songkok tinggi memalukan orang melayu

Macam beruk mak yeh
kencing berdiri memalukan ,kalaulah anak anak mereka melihat perilaku bapak bapak mereka ini....

Bodoh macam lembu mereka ini.....

Khamis, 26 November 2009

Salam perjuangan,
Kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat serta keluarga sahabat handai rakan taulan semuga dalam rahmat Allah semuanya
Selamat hari Raya Haji

UMNO ?/M-ake C-hinese A-angry =Ibarat Ketam ajar anak berjalan lurus...

KOTA BHARU, 26 Nov: Terlebih sudu dari kuah, mungkin ia dapat menggambarkan peringatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin parah sekarang.Sedangkan Umno sendiri banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan, malah lebih teruk berbanding MCA.

Ini dibuktikan dengan rekod pertembungan sesama pemimpin Umno sehingga membawa kepada pengharaman Umno pada 1987. Ketika itu berlaku perebutan jawatan presiden Umno antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.Kemudian berlaku lagi pertembungan di antara Dr Mahathir dengan ramai pemimpin Umno lain termasuk Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertelingkahan dalaman Umno sehingga membawa kepada pengharaman parti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik di Malaysia."Saya hairan tiba-tiba seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang mampu menyelesaikan krisis MCA seperti yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri."Bagi saya politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik."Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya di sini.Baru-baru ini Muhyiddin mahu diberi tempoh seminggu bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin tenat sekarang.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi amanah bagi menyelesaikan kemelut MCA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sibuk ke luar negara.Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin politik Melayu Umno hanya masyhur mempertahankan politik wang."Rekod pemimpin Umno cemerlang dalam sektor mengutip komisen. Sesetengahnya ada kelulusan sehingga peringkat PhD apabila mendapat kontrak memberi ali baba kepada pihak lain pula," tambahnya.Beliau juga berkata, sekiranya benar orang Cina mendengar nasihat pemimpin Umno, sudah tentu mereka telah memberi undi besar kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini Muhyiddin gagal menyelesaikan krisis Umno Terengganu yang kini terbelah kepada dua kumpulan iaitu Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh

Rabu, 11 November 2009

Anjakan perubahan perlu kepada yang menyokong menjadi pendokong.

Salam perjuangan ,

Sudah sampai ke penghujung tahun 2009 ,gerakan islam dan pakatan menguasai tampok pemerintahan selangor.Telah banyak kesan kebaikan dan keyakinan masyarakat kepada pemerintahan ini.

Cuma untuk mengekalkannya memerlukan usaha dan pengorbanan berlipat kali ganda dari sekarang jika hendak terus memegang selangor lagi.

Pasti dan faham jika diperingkat tertinggi tidak terasa sangat kekurangan pendokong ketika kerja kerja dilakukan.Hakikatnya kejayaan program program besar dan kecil tersebut terpikul di atas sebahagian kecil pendokong yang istiqomah dalam menyumbangkan idea dan tenaga.Percaya atau tidak ,?tepuk dada tanyalah .......

Mengapa masih terjadi perkara begini.?Paling ketara di peringkat lebih rendah dan akar umbi,dimana ? pengorbanan kita dan sumbangan untuk melihat pakatan ini kukuh.

Gerak kerja hanya terpikul kepada satu entiti ini yang mempunyai kekuatan diperingkat akar umbi yang satu lagi hanya bertindak seperti elitis dan mengambil kerja kerja ringan dan ada unsur gah.Memang mereka ini nampak gah disana sini tapi mereka inilah yang menimbulkan onak duri dan kerosakan dalam komuniti besar ini.Tapi the dirtiest work done by who,?

Tangan siapa yang bergelumang tapi nama siapa yang terjulang.?

Diperingkat lebih kecil lebih dahsyat ,ada yang melalaikan parti dan gerakan islam khususnya kerana tertumpu kepada kerja kerja awam ,faham fahamlah maksud saya.

Terlalu tumpukan kepada pemerintahan sehingga parti dilalaikan dan berharap orang lain menjalankannya sedangkan kita jugalah yang mengerakkan kedua duanya.

Maka lesulah bilik bilik gerakan dan juga markaz markaz.Boleh kira program gerakan dari program kearah mendokong pemerintahan.

Dalam pada itu yang menyokong.. masih lagi tunggu dan lihat.. ,menunggu demam demam sebagai mana demam bolasepak ,orang dah ramai ramai baru nak tunjuk muka..?

Masa bersusah susah tak keluar, bila pentas dah cantik berhias baru lah nak menumpang sekaki..
Kena ubah dan berubahlah.Bukan sekadar kuat berkokok disurau,dibawah pokok,dikedai makan dimana mana sahaja.

Pandai memberi idea itu dan ini diluar mesyuarah apa gunanya.terpakai kah apa yang dilontarkan diluar .Nak mendokong pun masih lagi main tarik tali antara kehidupan dan akhirat selalunya kehidupan jugalah lah yang menang.

Nak kata tak faham ..dah berjuang lama .tapi kenapa masih ditakuk yang lama.

Dah ada orang baru dalam perjuangan ,..kita yang lama sepatutnya bertahan untuk memimpin dan menunjuk arah bukannya meninggalkan perjuangan dengan alasan beri peluang orang baru..

Akhirnya kita yang makin tenggelam dan orang baru terkapai kapai tanpa arah dalam mendokong dan memikul beban yang berat ini.Belajar sendiri sendiri kekedang belajar dari kesilapan itu yang perit sangat.

Terfikir juga jika tuan tuan guru kita yang dah berumur seperti tuan guru Nik Aziz ,tuan guru presiden mampu bertahan dan tanpa cuti mendokong perjuangan suci ini.

Kita nak beri alasan apa ,sibuk sangat ke kita semua melebihi kesibukan mereka ini.

Yang menulis ini,

juga memohon diberi kekuatan daripada penciptanya supaya tidak hanya pandai komplen,komen, ngualah,mengadu dan yang sewaktu dengannya tetapi diberi kekuatan masa,tenaga akal fikiran untuk terus berada di tahap pendokong untuk selama lama selagi hayat dikandung badan insyaallah.

Kerana masa depan lebih hebat cabaran.Berubah jom berubah bersama sama dan meningkat kan usaha dan lebih berani berkorban untuk perjuangan suci ini.

Rabu, 4 November 2009

Penangkapan Dr Asri-My side of information

Salam perjuangan ,

Berikutan penangkapan Dr Asri ketika berceramah di Ukay Hulu Kelang telah menimbulkan satu kekecohan dan kekeliruan oleh masyarakat terhadap siri penangkapan JAIS terhadap beliau.

Banyak kisah disebalik penangkapan ini antaranya penangkapan beliau adalah dikatakan atas sebab;-

1) Beliau berceramah tanpa tauliah kerajaan negeri selangor.
2) Beliau membawa dan mengajar fahaman wahabi .
3) Beliau mengajar dan masyarakat menjadi keliru dengan perbezaan yang beliau ajar.
4) Atas sebab politik untuk menjatuhkan pakatan rakyat selangor hasil gerak licik umno untuk menunjukkan kerajaan selangor yang mana exco selangor dari pas juga menangkap penceramah dan menghalang majlis ilmu .

Ramai yang mengulas penangkapan tersebut hatta TGNA juga kesal kerana penangkapan itu akan menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan tidak kurang juga yang menyalahkan JAIS dan UMNO dalam hal ini.

Ulasan demi ulasan dan tidak ketinggalan ulasan PM Najib yang bertanya apakah motif JAIS menahan DR Asri seorang nama besar dalam bidang agama.

Saya tertanya tanya sekiranya memang ada motif yang kukuh menyebabkan JAIS ingin menyiasat DR Asri.Bagaimana sekiranya ulama yang besar yang juga manusia biasa yang tidak terlepas dari hak undang untuk disiasat?,.Apa salah ke JAIS hendak siasat jerung tak macam SPRM yang cuma berani siasat ikan bilis.Kalau motif tersebut untuk siasatanlah.

Dari information yang ana perolehi dari seorang rakan lebih kurang begini ceritanya;-.

JAIS memang telah lama mendapat aduan dan maklumat tentang DR Asri cuma ,JAIS tidak bertindak kerana masih mengumpulkan bukti-bukti dan masih menyiasat kuliah beliau .

Sehinggalah malam penangkapan tersebut yang melibatkan pihak polis yang ramai.Dari maklumat yang ana perolehi JAIS memang hendak datang sendirian untuk mengambil statement dirumah tersebut,tetapi oleh kerana adanya provokasi yang mengatakan kepada JAIS "kalau berani datanglah sini"

Maka pihak JAIS telah menghubungi pihak polis untuk membantu sekiranya ketika proses statement tersebut provokasi atau perkara yang tidak diingini berlaku maka ada pihak keselamatan yang akan mengawal situasi.Sebab itulah malam itu ramai polis berada disana.

Wallahualam.

Walau apa pun semua orang tidak terlepas dari kuatkuasa undang undang hatta seorang perdana menteri sekali pun boleh disiasat dalam peruntukan undang undang yang ada.

Bila lagi SPRM akan bertindak seberani JAIS.?

Isnin, 2 November 2009

Jambori Amal Sg Besar

Kemah rumah selangor dalam pembinaan yang dah siap kena tengok dalam blog pemuda pas kawasan kota raja.
Peralatan yang bomba gunakan untuk menyelamat dalam kemalangan

Taklimat bomba


Taklimat polis

Kemah rumah selangor sedang dalam pembinaan

Selepas gotong royong bersama pegerusi JKKK kg batu 9 , kami dipecah pecah menjadi berberapa kumpulan untuk kerja kerja gotong royong dalam kampong.

Dalam saf kawad jambori ke 17 sg besar selangor

Perbarisan Kawad sebelum memulakan program Jambori hari kedua sabtu 31hb oct 09

Rabu, 28 Oktober 2009

Tercemarnya demokrasi ,MB Nizar

Apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis.

Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah.Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami.Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas.

Saya memberitahu Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis.

Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera.Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak.

Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ.Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin.
JAKUN !!NYA!!! UMNO DAN BARISAN NASIONAL

Polis oh Polis....

Pergelutan polis merampas baju speaker sah...
Lagi lagi pihak polis yang membuat onar menjadi penghalang ADUN memasuki dewan dan merampas pakaian speaker dewan yang sah Sivakumar

,tolonglah polis anda semua jangan jadi anjing anjing kerajaan BN...Ya Allah adun adun pakatan rakyat telah dizalimi dan dinafikan hak mereka berikan kepada mereka dan kami semua kemenangan di peringkat federal Ya Allah.

Isnin, 26 Oktober 2009

Saya berminat: Kenyataan YB Idham Lim Blog Cina Islam

Salam perjuangan ,

Memang kita sayangkan Pas ini ,setuju dengan tulisan YB amat teliti dalam meneliti pandangan Tuan Guru Nik Abd Aziz.

Pada pandangan saya beliau seorang yang profesional dalam mengeluarkan pendapat beliau.Hal ini pada hemat saya sudah lama terpendam disanubari akar umbi didalam pas.Cuma tiada tindakan khas diambil sehingga Tuan Guru Nik Abd Aziz mengambil langkah mula untuk berani membetulkan keadaan ini.

Jika tidak siapa lagi yang seberani Tuan Guru untuk memulakan jalan penyelesaian mesti dengan cara beliau menegur dalam blog sehingga ada yang akan turut sama untuk bersama sama menyelesaikan apa juga masalah yang mungkin timbul.Jika dibiarkan berlarutan sehingga diambil peluang terutama dipihak UMNO BN untuk memanipulasi isu ini.

TPM sedang berseronok dalam kenyataan beliau berulang ulang kali mengatakan ada perbezaan pendapat yang menyebabkan PAS sedang dalam masalah besar.Bila dah diputarkan oleh media BN sendiri mau ingatlah impaknya kan?

Memang tepat dan layak tuan Guru Nik Aziz yang mengambil langkah mula dengan sangat berhemah pada hemat saya, jika orang lain yang beri pendapat tentu lain jadinya.

EGM ke.. Mesyuarat Khas ke.. tak kiralah yang beri masalah pada parti mesti diambil tindakan keras kerana membahayakan gerakan islam.

Wallahualam .....

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.
Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _ -->

Selasa, 20 Oktober 2009

Sepatutnya dibatalkan bukan ditunda


Konsert Beyonce yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil 25 october ini telah ditunda dikatakan oleh penyanyi itu sendiri.

Dalam pada banyak pihak membantah penganjuran konsert tersebut,tapi bagi pihak penganjurnya tetap akan meneruskan juga konsert tersebut dengan alasan pihak beyonce akan mematuhi syarat etika pakaian ketika konsert tersebut.

Persoalannya disini bukan kerana etika berpakaian atau syarat syarat yang mampu pihak beyonce ikuti tetapi soalannya wajarkah ketika umat islam dan saudara kita di Padang ditimpa bencana tanah runtuh dan gempa bumi kita disini seronok menganjurkan konsert pula?.

Apakah kita boleh berseronok sedangkan ada insan yang lebih memerlukan kita membantu mereka pada ketika ini.Kesedihan mereka ketika ini kita semua masih merasainya.Apakah rakyat malaysia tidak mengambil ikhtibar kejadian tanah runtuh disana dengan kita pula menganjurkan konsert yang akan menjerumuskan remaja dan rakyat kita ke kancah maksiat.

Kemana hala tuju remaja dan pengunjung konsert itu nanti setelah selesai konsert itu nanti.Pasti ada yang akan mencari lokasi sekitar bandaraya untuk berdua duaan dan pasti pintu kemaksiatan terbuka luas pada malam tersebut.

Isnin, 12 Oktober 2009

Kalah biasa memang tak selalu....!!!!

Alhamdulillah syukur kepada Allah dapat ana menyelesaikan satu tanggungjawab ana terhadap parti,gerakan islam dan pakatan rakyat umumnya.

Bekerja dalam keadaan yang sangat berhati hati dengan keganasan umno,sikap bias SPR,POLIS dan PBT Ahli majlis daerah port dickson terhadap pakatan rakyat umumnya dan pas khasnya.

Ceramah ceramah Pas yang disekat oleh pemuda dan penduduk kampung yang menyokong BN,dengan membuat berbagai provokasi untuk menunjukkan bahawa kami ini orang luar yang datang hendak buat kacau dikampung mereka.

SPR begitu berani terang terangan melakukan kesalahan dengan menggunakan daftar pemilih yang lain dengan apa yang ada pada kita untuk undi pos sebagai mana didedahkan oleh sahabat dari Jabatan Undang undang kepada ana.

Lihatlah sikap bias mereka depan depan mereka berani berbuat sedemikian.Ini sebenar penipuan umno bersekongkol dengan SPR.

Apatah lagi sikap polis yang berlembut dengan penyokong umno yang terang terang membuat sekatan jalan ketempat ceramah pas contohnya pada malam ceramah di Markaz Dewan Ulamak.Kenapa tak tangkap aje mereka itu semua.Alahai polis..

Namun walaupun penat perasan puas dapat menyumbang sedikit masa dan tenaga untuk PRK ini kali ini.

Mula mula menerima keputusan kemenangan parti ikon rasuah dengan adun rasuah itu ana menarik nafas panjang dan berfikir apa dah jadi dengan pilihan orang bagan pinang?.Inikah kualiti penduduk disana yang masih menyokong perasuah dan mengangkat mereka menjadi pemimpin mereka.?

Seminit dua selepas itu baru ana dapat tenangkan hati ,dan mengingati semula SPR yang bersekongkol dengan undang undang baru ,tanpa barong panas dan proses merayu undi yang mana semua untuk memenangkan kan umno dan barisan nasional kerana bila kita disekat dengan berbagai sekatan untuk proses merayu undi umno dan barisan nasional mempunyai media television yang membolehkan mereka terus berkempen sampai pagi masuk terus kedalam rumah pengundi-pengundi bagan pinang dan undi pos yang mencurigakan perlaksanaan tetap dilaksanakan juga walaupun kita bantah.

PBT yang menyusahkan peniaga dengan mengutip 3 ringgit setiap malam walaupun peniaga berniaga ditapak persendirian ,dah tak ada duit sangatke ? majlis daerah port dickson?

Kereta yang berada dimarkas markas pas ditunda,tetapi kereta yang bersusun dihadapan tempat BN tidak pula diganggu walaupun diletak dibahu jalan.

Sebagai mana didedah oleh sahabat ana yang berniaga disana,harga tapak lain,payung lain ,meja lain sehingga mencecah rm150 untuk satu gerai meniaga.Tambah meja lain harga.

Ya Allah inilah dia rakyat didahulukan ,nak berniaga pun susah .

Nasib koranglah orang bagan pinang yang sokong BN,bagi yang tak sokong sikitpun tak jadi kudis pada kita semua

Sebab,

Kalah biasa menang tak selalu betul tak?

Sekitar PRK Bagan Pinang

Skuad Tmn Setia dipagi hari pengundian mereka bertugas diladang Bradwall
Berehat sementara menunggu giliran bertugas jam 3pagi hingga 6pagi,kebetulan Dr Hatta singgah sempat bergambar dengan beliau . Bangga dapat bergambar dengan "the incredible hulk,"

Hari keenam sehari selepas petugas Pas diparang samseng ,kami turun menjaga keselamatan markas induk.

Markas induk dimana kami ditugaskan menjaga keselamatan .


Jumaat, 2 Oktober 2009

Sambutan Ulang tahun ke 2 PAS 4 ALL


Sambutan Ulang Tahun ke 2PAS UNTUK SEMUA . PAS FOR ALLBersamaYAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik MatMursyidul Am Pas

Tarikh : 3 Oktober 2009 ( Sabtu ) , 8.00 malam

Tempat : Ladang Siliau , Port DiksonPara Bloggers, diminta tolong war-war program ini.

Marilah kita semua beramai-ramai datang memenuhi ruang yang ada dan memeriahkan sambutan kali ini. Bersama memperjuangkan kehendak rakyat.

Rabu, 30 September 2009

Pengundi Pos Bagan Pinang Kena Berani

Salam perjuangan,

Bila sebut pengundi pos pasti terbayang abang dan akak polis dan askar yang berkhidmat untuk mempertahankan negara dari anasir anasir yang boleh menganggu gugat kestabilan dalam negara.

Bagaimana jika anasir tidak sihat datang dari sebuah parti politik yang memegang tampuk pemerintahan yang mempunyai seribu satu cara untuk menekan dan menidakkan demokrasi dalam negara.

Dan berbagai cara untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat terutama anggota keselamatan yang sentiasa dipantau pergerakan hatta untuk mengundi juga tidak diberi kebebasan.

Ujudnya borang sampingan yang perlu diisi sebelum membuang undi bagi anggota keselamatan dilihat satu cubaan untuk memberi tekanan kepada pengundi pos ini.Dan SPR yang sudah menjadi pak turut kepada parti yang memerintah dengan dilihat memihak kepada BN sejak akhir akhir ini.Banyak pindaan yang SPR lakukan dilihat untuk memberi kelebihan kepada umno dan barisan nasional walaupun dinafikan pengerusi SPR.

Walaubagaimana pun saya melihat walaupun apa juga cara yang di buat oleh SPR dan kerajaan yang memerintah untuk menekan pengundi pos ,sesuai dengan status anggota keselamatan yang terkenal dengan sikap keberanian dan yang diharap menjaga keamanan tanah air begitu juga lah sikap mereka ketika memangkah kertas undi ,dengan berani dan tidak takut memilih yang mereka mahu walau apa pun tindakan yang mungkin terjadi kepada mereka.

Jangan takut untuk memilih walaupun apa yang mereka pilih boleh disemak semula oleh orang tertentu dengan adanya nombor siri dan borang sampingan yang diisi.

Sebab penjawat awam,polis dan khususnya tentera sepatutnya ada nilai status tersendiri dan suara tersendiri dalam memilih tampuk kerajaan yang mana status ini akan dihormati oleh setiap rakyat negara ini bilamana tentera mempunyai suara politik tersendiri .Tidak dikongkong oleh parti pemerintah walaupun diurus oleh parti pemerintah yang menang dalam pilihanraya.Mereka tetap bebas membuat pemilihan dalam pilihanraya.

Saya sangat suka melihat satu hari nanti dinegara ini ,rakyat ada status bersuara tersendiri,begitu juga pihak keselamatan dan tentera negara ini ada nilai status tersendiri tanpa dikongkong oleh sesiapa.

Selasa, 29 September 2009

KENANGAN RAYA

Gambar pagi raya selamat hari raya maaf zahir dan batin
Melepaskan penat seketika pulang dari ziarah rumah keluarga sekitar KL

Jumaat, 18 September 2009

Salam Akhir Ramadan & Selamat menyambut Idul Fitri




Salam akhir ramadan mudah mudahan semua keluarga dan sahabat handai mendapat taqwa dan kembali kepada fitrah bersih sebagai mana bayi yang baru dilahirkan insyaallah.


Ucapan selamat menyambut Idul Fitri dari kami sekeluarga kepada semua yang mengenali.


Khamis, 17 September 2009

Pendokong Akta Zalim,nak penuhkan sampai kepinggir?Allahuakbar

ISA: "Saya akan penuhkan hingga pinggir Kamunting" - Hishammuddin
17 Sept: Sehari selepas membebaskan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengugut akan memenuhkan Kem Tahanan Kamunting sehingga ke pinggirnya.

Ugutan beliau itu dibuat ketika tokoh-tokoh MIC seolah-olah mengamuk menentang 'big brothers' di dalam Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pula menyatakan bahawa 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

"Jika ada orang yang merupakan ancaman kepada keselamatan, saya akan penuhkan sehingga ke pinggir Kamunting," ancam Hishammuddin.

Beliau berkeras akan mengekalkan pusat tahanan itu dengan mendakwa "ia merupakan merupakan pangkalan penting bagi memerangi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara".

Dengan menggunakan alasan "untuk melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang ancaman ke atas keselamatan mereka," beliau juga memberi amaran akan "melakukan apa sahaja yang dibenarkan mengikut undang-undang".

"Kamunting ada di situ ada bersebab kerana ia adalah bagi melindungi sebarang ancaman terhadap keselamatan. Mereka (tahanan yang ada) merupakan ancamana kepada keselamatan," Bernama memetik beliau berkata ketika menjawab soalan mengenai sebarang cadangan bagi mengosongkan kemudahan di Kamunting.

Ancaman Hishammuddin itu dibuat ketika berlarutannya penentangan MIC terhadap Umno yang dilihat umum sebagai mengancam keselamatan dan kekuasaan BN.
Semalam, Ketua Pemuda MIC, T Mohan dilaporkan menuntut Umno mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Tuntutan Mohan itu membuktikan MIC sebenarnya tidak mengalah walaupun berundur setapak ke belakang apabila kelihatan tunduk kepada tekanan Umno dengan menggantung seorang perwakilan di perhimpunan agungnya, M Sukumaran yang berucap menyarankan potret Dr Mahathir dikalungkan dengan selipar Ahad lalu.

Ketika diminta pandangannya mengenai pergolakan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Mohan yang menuntut Umno mengambil tindakan ke atas Dr Mahathir itu sebenarnya ditujukan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu membidas kenyataan Najib ketika merasmikan perhimpunan agung ke-63 parti itu Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.
Anak lelaki Samy Vellu sendiri, Vell Paari melihat kenyataan Najib itu sebagai campur tangan dalam urusan dalam MIC.

"Para perwakilan (perhimpunan MIC) juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Samy Vellu bukan setakat menentang campur tangan tokoh-tokoh Umno dalam urusan parti yang dipimpinnya, malah menghentam BN apabila menyatan para pengundi India meluat dengan BN.

Keselamatan BN bukan sahaja terancam dengan penentangan MIC itu, malah ia turut tergugat dengan perpecahan MCA.
Salahuddin melihat tindakan Majlis Presiden MCA memecat bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai tindakan penentangan terhadap Najib dan Umno.
Dalam pertelagahan antara Chua dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ong Tee Keat, Najib dan Umno dilaporkan menyebelahi Chua.

Sebelum itu, dalam tindakan yang dilihat sebagai tamparan hebat kepada Ong, Najib melantik Chua sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

"Ong dilaporkan amat marah dengan tindakan Najib melantik Chua ke jawatan itu," kata Salahuddin.
Menambahkan lagi ancaman keselamatan Umno dan BN, China Press Ahad lalu melaporkan Daim berkata, 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong BN.

Bahkan, katanya lagi, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.
Sebelum pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, bekas Bendahari Umno itu pernah memberi amaran tentang tiga negeri yang disifatkannya sebagai "kawasan panas" bagi BN, iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ketiga-tiga negeri itu akhirnya terlepas dari cengkaman BN dalam pilihan raya tersebut termasuk Perak yang akhirnya dirampas kembali oleh parti itu dalam "operasi lompat" yang dilaporkan telah diketuai sendiri oleh Najib.

Kelantan, dalam pilihan raya umum lalu, gagal dirampas oleh BN.

Rabu, 16 September 2009

Mat Sah Mohd Satray dibebaskan dari ISA

Alhamdulillah,

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Mat Sah (foto),


yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah.

Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.
Dalam sidang medianya, menurut Bernama, Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

“Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

“Ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang,” beliau dipetik berkata.
Tambahnya, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA – empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April lepas, beliau mengumumkan pembebasan 19 tahanan ISA.
Manakala pada Mei lepas, seramai 13 tahanan termasuk tiga pemimpin pertubuhan haram Hindraf, telah dibebaskan.

Menurut agensi berita itu lagi, terdahulu Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Persatuan Peguam Syarie mengenai pindaan akta itu.

Beliau dipetik berkata perbincangan menyentuh mengenai ketelusan ISA, tempoh tahanan serta layanan terhadap tahanan.

“Tetapi dalam pertimbangan mengenai keselamatan negara, semua bersetuju bahawa ISA masih lagi diperlukan selagi belum ada akta baru diperkenalkan untuk memansuhkan ISA,” kata Hishammuddin lagi.

Sementara itu, sebagai reaksi segera, Norlaila yang terkejut dengan pembebasan Mat Sah tetap menyatakan kesyukurannya.

“Syukur kepada Allah dan (saya) nak berkongsi rasa gembira ini dengan semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan saya dan GMI,” katanya kepada Malaysiakini melalui mesej SMS.

Beliau yang kini berada di Sabah tidak dimaklumkan lebih awal tentang permbebasan suaminya itu.

Norlaila menambah, beliau berharap akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara tersebut setelah kembali ke Kuala Lumpur malam esok.

Selasa, 15 September 2009

Uzur uzur juga bulan puasa kena hormati!

Salam perjuangan,

Ana terasa sedih dan kesian bila membincangkan isu makan dikhalayak ramai dikalangan orang orang perempuan dipejabat pejabat mutakhir ini.

Kesucian agama islam dimata orang bukan islam kena dijaga supaya mereka tidak meremehkan agama islam sebagaimana sebahagian dari kita meremehkan agama kita dengan melakukan perkara perkara yang merendah martabat agama islam.Umpamanya makan dikhalayak ramai.

Samaada mereka ini memang tidak kesah atau memang tidak faham ,apa maksud makan dikhalayak ramai.Dengan alasan tidak boleh berpuasa kerana perempuan ini ada uzur mereka yang menyebabkan mereka tidak boleh berpuasa.

Tetapi keadaan ini tidak boleh menyebabkan mereka boleh makan tengahari sebagaimana hari hari biasa dalam bulan ramadan ini.Makan didalam pejabat dengan ada rakan seagama islam yang lain yang sedang berpuasa sebenarnya adalah makan dikhalayak ramai juga.Walaupun pejabat adalah nampak tertutup.Tertutup dari segi hak milik syarikat tetapi masih lagi tempat umum walaupun mereka makan ditempat atau atas meja tempat mereka bertugas.

Ana tegur berberapa rakan sepejabat bahawa ini dikira tidak menghormati bulan puasa dan mereka yang berpuasa dan ini dikira makan dikhalayak ramai.Kalau tak puasa sekurangnya sorok sorok lah sedikit atau makan ditempat tertutup dan makan pula janganlah macam orang tak pernah jumpa makan setahun laparnya.

Makan lah sekadar alas perut supaya tidak memudaratkan.Ana nak bagi fakta hukum,ana bukan lah ustaz yang boleh bagi hukum orang makan dikhalayak ramai dengan hujah quran dan hadis.

Tetapi ana lihat ramai perempuan sekarang ini masih tidak faham dan hormat agama islam dengan memandang remeh ,soal makan dibulan puasa ini.

Isnin, 14 September 2009

Masa yang paling sesuai minta maaf daripada kedua ibu bapa

Salam perjuangan,

Mesti kebanyakan orang akan menunggu-nunggu pagi raya untuk bermaafan sesama keluarga.Itulah masanya dan menjadi amalan penduduk negara ini di pagi raya sehingga menjadi adat.hendak bermaafan mesti dipagi raya.

Ana cakap melalui pengalaman sejak dari kecil.Tetapi sedarkah kita waktu yang paling penting adalah 10 malam terakhir bulan ramadan.

Ana dah faham dari tazkirah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz bahawa awal ramadan itu rahmat,pertengahannya keampunan,dan dihujungnya pembebasan dari api neraka.

Maka sangat saya fahami bahawa jika kita menunggu pagi hari raya untuk bermaafan dengan ibu bapa,bahawasanya kita telah terlewat.Masa sudah tamat 10 malam yang terakhir telah lepas.Sepatutnya baki ramadan yang tinggal ini kita ambil kesempatan untuk bermaafan.

Peluang mudah mudahan mendapat taqwa dan reda Allah membawa kita untuk mendapat pembebasan dari api neraka yang Allah taala kelak.

Jadi ana seru diri sendiri,keluarga sahabat dan sesiapa yang sangat memahami kepentingan 10 malam terakhir jika masih belum mohon ampun dengan kedua ibu bapa kita semua masih ada peluang baki 6 hari lagi ramadan ini.

Bukankah reda Allah taala terletak juga pada reda kedua ibu bapa kita apakah kita rasa Allah taala akan membebaskan kita dari api neraka padahal kita belum mendapat keredaan kedua ibu dan bapa.

Nah! kita sama -sama ada baki 6 hari lagi jom sama sama mohon ampun ibu bapa kita semua bagi yang masih hidup.Dan kita doakan mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Ihktiar Doa ketika wabak melanda

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Harapan melihat Umno terkubur

Harapan melihat Umno terkubur sejak tahun 60an- Nik Aziz

Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.


Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.

Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.

"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama."

"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana"ujar beliau.

Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.

Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.
Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut.

Keadilan perjuangan Islam itu katanya telah menarik kaum bukan Islam untuk bersama PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong parti itu.

Mengulas hak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Tuan Guru berkata ianya bukan isu besar, kerana yang lebih penting, calon yang tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.
"Mengikut kebiasaannya, calon adalah dari parti yang bertanding terdahulu, kalau calon dahulu dari PAS, maka untuk kali ini pun dari PAS, apapun ia adalah milik Pakatan Rakyat sebenarnya" katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis perlancaran Kutipan Wakaf/Derma Tapak Masjid Al-Hussain Bandar Baru Tunjong.

Masjid yang akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar tersebut adalah sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara ini dan ia terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Turut hadir di majlis tersebut,Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato'Mohd Aiseri Alias,Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Exco Negeri,Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pegawai-Pegawai Kerajaan negeri.

Pembinaan masjid tersebut akan mengambil masa selama 34 bulan dan boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.

Masjid yang menelan belanja melebihi RM7 juta akan menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid

Jumaat, 11 September 2009

Ramadan Akan meninggalkan kita tak lama lagi

Ya Allah ,

Jika kedatangan ramadan tidak kurasai kedatangannya,namun engkau masih lagi memberi aku perasaan rindu akan ramadan yang akan meninggalkan kami semua tidak lama lagi.

Masih banyak kekurangan dan kelemahan wahai tuhan pada diriku ini.Barulah terasa berharganya ramadan ini diakhir akhir ini Ya Allah.

Mudahan mudahan engkau terima amal amal kami sekeluarga didalam bulan ramadan dan dibulan bulan sesudah ramadan ini dan kau temukanlah lagi kami dalam bulan ramadan tahun hadapan insyaallah jika engkau masih panjangkan umur kami semua wahai tuhan.

Berilah kami kekuatan untuk meneruskan beramal ibadah dipenghujung dengan mengurniakan kepada kami kelapangan masa ,kesihatan yang baik dan tenaga yang banyak untuk meneruskan baki ramadan ini dan kau masukkanlah kami dalam malam AL QADAR dengan dapat kami melakukan amal pada malam tersebut dan memanjatkan doa doa kami ,sama ada kami temuinya atau tidak wahai Allah.

Selasa, 8 September 2009

Ijtimak Badar Qubra &Tazkirah Ust Abdullah Hussin


Salam perjuangan,
5hb september yang baru lepas ana berpeluang mendengar tazkirah ramadan sempena ijtimak badar qubra yang diadakan dimarkas pas kawasan dragon hill.
Antara intipati tazkirah yang disampaikan yang sempat ana catitkan.
"Berilah peringatan kepada manusia...,siapa yang mahu ..,dia akan mencari jalan keredaan Allah".
Sabda Nabi SAW ;- "ramadan itu awalnya rahmat, dipertengahan pengampunan dan hujungnya pelepasan dari api neraka Allah yakni kemerdekaan sejati diakhirat kelak".
Pertanyaan yang langsung dijawab seperti berikut "Siapakah orang orang yang berjuang dijalan Allah?"
Kata Nabi;-"Orang orang yang menjadikan kalimah Allah paling tinggi adalah sedang berjuang dijalan Allah".
Ramadan adalah bulan jihad,bulan perjuangan dan bulan tarbiyah mudah mudahan dihujungnya kita beroleh taqwa.
Antara intipati yang lain yang menarik perhatian ana tentang perjuangan dan perang alaf baru.
Iaitu medan perang pemikiran tidak kurang hebatnya cabaran pada alaf ini.Yang mana ianya memerlukan persiapan yang jitu dan kemas kearah mempertahankan kemenangan.Dan mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada mendapatkannya.
Juga ana dapat sedikit maklumat berkenaan palestin dan kaum yahudi melalui pengalaman beliau ketika mengziarahi saudara kita disana.
Antara lain bagaimana yahudi mendidik anak anak mereka sejak tadika dengan nyanyian seperti;-
" tidak ada daging yang paling lazat melainkan daging orang arab"
" tidak ada minuman yang paling enak melainkan darah orang islam"
"born to kill ditaman dijiwa anak anak orang yahudi .
Apakah kita masih lagi leka ketika musuh musuh begitu hebat menanam semangat untuk menghancurkan kita tetapi kebanyakan kita masih kurang serius untuk mendidik anak anak kita supaya cinta kan agama islam dan berjihad mempertahankannya?....
Antara kisah yang disampaikan bagaimana tentera yahudi jika bertentang dengan tentera hamas mereka tewas antara tentera dengan tentera,cuma yang lebihnya tentera kaum yahudi mereka bunuh orang awam.
Gencatan senjata yang berlaku sebenarnya diminta oleh israel kerana mereka tertekan kerana telah kalah .Mereka yang memulakan perang dan mereka jugalah yang meminta gencatan senjata.Padahal mereka juga banyak membunuh orang awam palestin.
Kerana itulah Pihak Hamas setuju gencatan senjata mengenangkan nasib orang awam palestin.
Dan juga beliau memperingatkan kita kata kata mufti kerajaan islam turki sebelum kejatuhan kerajaan islam bahawa katanya.;
"Aku lihat dunia islam timur sedang mengandung"
"Aku lihat dunia barat juga sedang mengandung"
"Tetapi dunia islam sedang mengandung anak anak barat dan dunia barat sedang mengandung anak anak islam".
Sungguh terharu mendengar kata kata ini dan juga lagu yang didendangkan diakhir tazkirah begitu menyentuh hati cuma ana kuatkan semangat supaya tak mengalirkan air mata.
Ya Allah perjuangan ini masih jauh dan berliku.

Rabu, 2 September 2009

Surau sudah mula berkurangan saf

Sudah mula berkurangan saf saf disurau tempat ana.

Sebelum ini melimpah hingga kebelakang terpaksa diletak tikar dan sejadah-sejadah extra.Tempat untuk budak-budak pun tiada lagi disiapkan dibelakang kerana sudah dapat masuk kedalam surau semua jemaah yang hadir.

Apakah ramadan kali ini juga akan seperti yang lepas-lepas?

Majlis ilmu masih berterusan dan kehadiran masih memberangsangkan alhamdulillah

Cuma rakan tadarus sahaja yang masih tetap seperti dahulu.Masih group yang sama dan orang yang sama bertadarus tiada muka baru.

Sahabat-sahabat yang kami jemput pun tak muncul-muncul masuk minggu yang kedua ini.Bukan apa bila kita sama sama berjuang dan melakukan gerak kerja bersama ana rasa lebih merapatkan lagi ukhuwah dan kasih sayang kita bila kita sama sama bertadarus.Tak pandai kita sama sama tak pandai.Yang cekap tunjuk ajar pada yang lemah,lama lama yang kurang juga akan menjadi setaraf .

Maknanya bersama sama dalam apa juga aktiviti seronok betul jika dapat begitu.

Kita ternanti nanti sahabat yang tidak hadir ,kita akan tertunggu tunggu mana sahabat ini tak nampak hari ini.

Ini lah satu perasan yang ana tak dapat bayangkan bila kita sudah sayang sahabat sahabat kita sehingga timbul rasa rindu bila mereka tiada bersama hari itu.

Selesai Berpantang

Alhamdulillah dah habis pantang,syukur dapat menikmati nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai hamba .

Barulah ana rasa betapa besar nikmat merasa makanan yang sedap-sedap.Sebelum ini melihat keluarga berbuka dengan berbagai juadah yang dimasak isteri ana, hanya boleh makan nasi kosong berlaukkan ikan bilis.Ada juga masanya isteri carikan lauk ikan putih untuk ana.

Ana tak berbuka disurau atas alasan berpantang ini,minggu ini dan kehadapan insyallah dah selesai pantang ini bolehlah berbuka disurau.

Dapatlah makan ikan.Ana terkenang masa isteri ana berpantang ketika melahirkan anak.Lagi lah mencabar siap makan ubat dan jamu huh terseksa juga masa berpantang ini beb.

Berpantang ghurah ini kicap pun tak boleh makan sebab dia ada soya dan sedikit belacan dicampur dalam proses membuat kicap tersebut kata sahabat ana yang tahu juga tentang rawatan ini.

Hari tu ketika ihya ramadan dimarkas ,kami dijamu dengan laksam kuah lemak,aduh ana dapat ambil bau je.

Walaupun sudah selesai berpantang rawatan, ana masih jaga lagi ,sebab suara masih belum pulih sepenuhnya ,kalau cakap kuat sedikit tekak ada rasa panas sedikit ,makanan bercili ,ais dan panas-panas kena kurangkan dahulu jangan makan dan minum ketika panas sangat,biar sejuk sedikit ini maklumat untuk sahabat yang ingin melakukan rawatan ini kelak.

Selamat mencuba .

Cari Blog Ini