
Abdul Rahim Sabri @ Malaysiakini
Project IC' atau cubaan mendaftar warga asing sebagai pengundi dijangka akan berleluasa di Semenanjung Malaysia pula, seperti keadaan di Sabah sebelum ini.Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.
Dr Chong - kini merupakan ahli PKR - mendakwa bahawa projek tersebut dilihat akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
'Pasukan petugas'
Sebagai contoh, dakwanya, terdapat pertemuan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Megat Junid Megat Ayob dan JPN bagi mencari membincangkan perkara itu.
Menurutnya, seorang ketua kampung ketika itu Hasnar Ibrahim -- kini ahli PKR -- didakwa terlibat menandatangani dokumen tersebut.
Dr Chong juga mendakwa, sekitar tahun 1990-an Umno juga menubuhkan satu 'pasukan petugas' bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang diketuai Datuk Musa Aman yang kini merupakan ketua menteri Sabah. Katanya, pemberian kad pengenalan tersebut bertujuan untuk menumbangkan PBS - yang belum menyertai BN ketika itu - dalam pilihan raya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Sementara itu, Khalid berkata, ekoran pengalaman menjatuhkan PBS di Sabah, beliau "nampak" ia akan berlaku di Selangor.
Malah pada 26 Mac lalu, Khalid berkata seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.
Mengulas berhubung peningkatan jumlah pengundi di Hulu Selangor yang mencecah 15,000 orang, Khalid mempersoalkan jumlah yang tinggi itu.
"Daripada mana datangnya (angka) ini. Jentera kita akan membuat siasatan daripada mana datangnya jumlah itu," katanya.
Adakah Pengundi Terkenangkan PAS?
Orang memang bencikan Umno, tetapi mengapa mereka susah untuk mengundi PAS?
Soalan di atas mungkin kurang disenangi oleh sebahagian orang PAS. Tambah-tambah lagi isu-isu semasa menolak Umno ke dinding. Parti itu semakin terdesak dengan beberapa taktik serangan yang kurang menjadi. Umno terdesak dengan isu Kristian dan isu video Datuk T.
Walau pun terdesak begitu, belum tentu orang tidak akan mengundi Umno dalam PRU akan datang. Isu-isu sebelum PRU seperti tenggelam menjelang PRU. Tenggelam dengan sogokan, ugutan, rayuan dan kenangan bersama Umno.
Kenangan? Ya, orang biasanya mengenang Umno yang berjasa kepadanya sepanjang tahun. Soal jasa itu kecil atau besar, berniat politik atau tidak, itu soal lain. Apa yang penting orang mengenang jasa Umno.
Kenangan menghasilkan undi. Membuatkan orang mengenang bukannya mudah. Kalau sumbangan dihulurkan semasa hampir hari mengundi, itu tidak menjadi kenangan tetapi menjadi juihan mulut.
Umno bijak membuatkan orang mengenangnya. Walau orang tahu Umno jahat, tetapi undi tetap diberikan kepada Umno kerana orang mengenang jasanya. Orang terlupa kejahatannya Umno kerana terkenangkan jasanya.
Cuba fikir, mengapa orang terus sanggup mempertahankan Anwar? Salah satunya kerana orang mengenang jasa Anwar semasa dia dalam Umno dulu.
Orang Permatang Pauh mengundi Wan Azizah, bukan kerana susuk dirinya tetapi kerana orang terkenangkan Anwar. Orang di situ terlalu banyak kenangan dengan Anwar sehingga tidak terlupakan.
PAS parti baik, tetapi orang tidak nampak kebaikan PAS. Tidak banyak yang dibuat oleh PAS supaya orang mengenangnya. Bukan PAS tidak punya jasa, tetapi PAS tidak berupaya membuat jasanya itu dikenang sepanjang masa.
Mengapa orang kurang mengenang PAS? Entahlah, mungkin kerana PAS lebih meminta daripada memberi. Meminta tidak salah, tetapi orang lebih mengenang PAS kerana meminta bukan mengenang PAS kerana memberi.
Bagi saya, selama mana orang tidak mempunyai kenangan dengan PAS, mereka sukar untuk mengundi PAS walau pun mereka membenci Umno. Parti itu jahat, tetapi orang ada kenangan manis dengan parti itu.
Mengapa orang masih sukakan Shahidan Kassim walau pun dia bukan lagi MB? Sudah tentu kerana orang ada kenangan dengannya. Begitu juga, ada orang PAS Perlis yang boleh panggil Bang Cha saja dengan MB Mat Isa Sabu. Kenapa? Kerana orang itu ada kenangan dengan Mat Isa Sabu.
Mungkin orang itu tidak mengundi Mat Isa dalam pilihanraya tetapi dia tentu tidak sanggup bercakap perkara yang kurang sedap mengenai Mat Isa dalam ceramah kerana dia punya kenangan dengan Mat Isa.
Orang tidak sanggup melukakan hati Tok Guru Nik Aziz kerana orang mengenangkan jasanya dan kezuhudannya. Orang tidak sanggup bercakap perkara tidak baik mengenai Ust Fadhil Noor kerana orang mengenangkan sikap humble dan rendah dirinya.
Simpulnya begini, PAS perlu buat sesuatu supaya orang boleh mengenang PAS. Kenangan menghasilkan undi.

| Ismail Hashim |
| SHAH ALAM, 7 Dis: Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama. Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi. "Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media. |
| |
| |

Oleh SALWA SHA'ARI
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:
“Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir" -Al-Baqarah ayat 219
Jelas tidak dinafikan bahawa judi memang ada manfaat sama seperti arak. Tapi manfaatnya hanya pada orang yang menang sedangkan dari 100 orang yang berjudi hanya 1 orang sahaja yang menang sedangkan ada 99 orang lagi jari rugi. Ini tidak memberikan faedah kepada semua.
Judi merosakan rakyat, dimana duit yang mereka miliki hasil perahan keringat mereka bakal habis dilaburkan tanpa apa-apa pulangan pun. Kerajaan tak mampu banteras sindiket judi, tapi jangan fikir peniaga haram ini akan mohon lesen kalau kerajaan keluarkan kelulusan. Mereka akan tetap berjudi secara haram kerana kosnya lebih murah dan tak perlu kena cukai.
Malah bila judi dilesenkan, mereka yang untung adalah mereka yang menyediakan perkhidmatan judi dan Ah Long yang menyediakan wang untuk berjudi sahaja. Kerajaan pula kutip duit cukai hasil judi untuk bangunkan negara yang akhir jadilah projek-projek runtuh seperti di Terengganu.
Memang malu bila
Rakyat berharap agar forum ini sepatutnya membuka mata dan telinga pemimpin negara ini dan seluruh dunia khususnya bahawa dalam ekonomi Islam duit judi, arak dan segala macam yang haram sedikit pun tidak mempunyai keberkatan dan merugikan negara dimasa hadapan. Allah pertegaskan hal ini dalam al-Quran sekali lagi:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu) atau kamu masih berdegil?" -Al Maidah ayat 90-91.
Syaitan berjaya dalam misinya menyesatkan pemikiran pemimpin negara yang tekad meluluskan judi ini. Mereka ternyata degil dan nekad melanggar perintah Allah. Kerajaan jelas tidak berminat nak hapuskan judi, tapi mahu memperbanyakan aktiviti judi yang dikawal oleh Berjaya Group..
Memang sungguh memalukan, jika Forum yang berlangsung hari ini tidak mampu memberikan manfaat kepada Kerajaan dan rakyat negara ini. Ingatlah wahai pemimpin Umno-BN akan firman Allah ini:
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka da



Pergelutan polis merampas baju speaker sah...
Lagi lagi pihak polis yang membuat onar menjadi penghalang ADUN memasuki dewan dan merampas pakaian speaker dewan yang sah Sivakumar
