Khamis, 19 Mei 2011

Pelancaran jentera pilihanraya sudah dilancarkan ,namun masih kelihatan program yang tak sudah sudah menenggelamkan program parti

Salam,mohon maaf jika ada yang tidak setuju atau memang diakui tak semua tempat terjadi dan ada juga tempat dan kawasan yang program rakyat dan program parti bergerak seiring.

Saya cuma merasakan ,ya mungkin ada benar atau tanggapan meleset saya,namun masih merasakan program untuk pengundi mengenang parti khususnya "pas" nampak suram dan tenggelam.

Dan saya juga biasa dapat notis hadir mesyuarat dari persatuan persatuan peringkat penduduk,taman untuk pelbagai program yang hendak dilaksanakan setelah disusun dan digarap diawal tahun.Ya saya bersetuju setiap yang dirancang mesti ada perlaksanaan.Namun mereka yang memimpin dan menerajui pimpinan masyarakat dalam kawasan kejiranan wajib mengingati perlantikan dan kemenangan dalam jawatan tersebut bertitik tolak diatas kemenangan parti dan rakan rakan politik dalam pilihanraya yang lepas (lantikan atas kemenangan parti).

Kehebatan dan kejayaan program yang terlaksana tidak dapat tidak jangan menenggelamkan kenangan pengundi samaada yang mengundi PR atau tidak terhadap parti khususnya pas ,sebab saya ahli pas sebab itu saya kempen .Rujuk tulisan Subki Latif mengenai bagaimana sepatutnya parti khususnya parti islam dikenang pengundi dalam masa pilihanraya nanti.

saya pernah memberi perumpamaan membuat contoh jemaah adalah umpama ubat gigi mukmin,jika berada dalam kotak colgate pengguna @pengundi akan mengatakan ubat gigi itu adalah colgate.Walaupun yang mengharumkan mulut mulut pengguna nanti adalah ubat gigi mukmin.Cuma pengguna @pengundi sudah terbiasa dengan iklan jenama colgate yang mendapat liputan luas pengiklan.

Langsung tak ada tujuan saya untuk memburukkan jenama ubat gigi cuma contoh,yang saya dapat beri buat masa ini.

Sayanglah peluang dapat kuasa ini ,untuk mengetengahkan parti dirasa berat atau sukar dilaksanakan.Masih ada perasaan takut takut nak sebut parti dalam program masyarakat.Sedangkan kerajaan negeri kita yang perintah.Jangan lupa peranan musuh politik yang bersama sama dalam mesyuarat dan program yang kita pengerusikan.Takut kita dilekakan sehingga terjadi program parti ditenggelamkan oleh program program atas nama kemasyarakatan.

Petugas parti nampak lebih bersemangat untuk buat kerja kerja atas nama program kemasyarakatan tersebut.Dan bila kita panggil untuk gerak kerja parti jawapannya sangat mengundang kesedihan."saya atau kami boleh bantu sahaja, itu pun kalau semua telah disediakan"

Untuk program kepartian "saya atau kami cuma boleh bantu sahaja" tetapi untuk program atas nama masyarakat bertungkus lumus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini