Khamis, 3 Mei 2012

PEMANDU HAULIER MOGOK

Sejak dari hari semalam sehingga hari ini,tiada pergerakan lori lori haulier,syarikat syarikat yang mempunyai kontena kontena import dan eksport tergendala ,oleh sebab mogok yang dilancarkan semalam.

Dfahamkan mogok ini menuntut pengendali depot kontena kosong supaya meikirkan hak dan kebajikan pemandu pemandu lori haulier yang cari makan dengan mengejar trip penghantaran kontena .

bayangkan berapa trip sahaja mereka akan dapat sekiranya depot depot yang mengendalikan simpanan kontena ,servis mereka lambat,untuk mendapatkan kontena pemandu terpaksa menunggu dalam jangka masa yang sangat lama.2jam atau hampir ke 3jam.Macam mana mereka dapat mengejar trip sekiranya masa yang lama terpaksa diambil untuk mengambil sesebuah kontena didepot.

Sekarang pihak depot pula dikatakan menaikkan charge kepada RM 18 ke 20 ringgit yaqng terpaksa ditanggung oleh pemandu.Apakah ini adil?

Walau pun perdana menteri telah mengumumkan kadar gaji minima RM900 mereka terbeban pula dengan charge pihak depot sebanyak rm 18 hingga 20 ringgit

Jika pihak kerajaan lambat menangani isu ini ,pelabuhan pula yang akan menanggung lambakan kontena kontena didepoh dalam pelabuhan sehingga kapal kapal tidak dapat menurunkan kargo kargo mereka .

Pemandu pemandu ini nampak kecil tapi sumbangan mereka besar sila ambil kira dan dengar dan ambillah tindakan segera menyelesaikan masalah mereka

PEOPLES POWER....  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini