Jumaat, 15 April 2011

Cabaran membina emosi anak -anak(PASTI telah mengajar aku...)

Sebelum daripada ini emosi merupakan teman akrab kami sekeluarga masing masing ada ciri ciri emosi masing masing.Semua ingin supaya orang lain memahami pendirian dan kemahuan masing masing dengan cara mempamerkan emosi melalui perbuatan dan perubahan muka. Tak kira masa pagi kah atau petang bila ada peluang nak menyatakan sesuatu pasti disertakan dengan penyataan secara emosi jugak. Yang tua pun beremosi juga kadang kadang melebihi daripada kanak kanak, kalau melampau sangat aku kategorikan sebagai bebal sangat sahaja.Perlukah nak memaksa maksa orang lain ,cukuplah sekadar kita dah nyatakan kemahuan dan pendirian terpulanglah bagi yang mendengar untuk menerima pandangan dan saranan kita ,mana mungkin kita boleh memaksa orang ikut kehendak sebagaimana kita mahukan. Kalau orang tua yang beremosi .pada aku, aku tinggalkan sahaja dia dengan emosinya itu. Bagi aku sekarang ini memahami dan membentuk emosi anak anak lebih penting. Disekolah anak anakku masih belum boleh harmonikan lagi emosi mereka untuk menyesuaikan diri dengan rakan rakan.Maklum sahaja baru berumur 5 dan 6 tahun. Tapi ada rakan rakan mereka yang berumur 5 dan 6 tahun dapat mengawal emosi dan tingkah laku mengikut arahan guru dan bekerjasama dengan baik.Sayang masa tengah diasuh kadang kadang rajuknya menyusahkan pulak guru dan muallimah nak menguruskan emosi anak anak ku sehingga terbantut sekitar proses latihan dan pembelajaran. Dahulu aku sendiri tidak menekankan sangat atau ambil perhatian terhadap persoalan emosi anak,Tetapi bila aku melihat tingkah laku anak anakku yang bukan tidak boleh melakukan tugasan membaca ikrar dan mengetuai bacaan ikrar dihadapan menjadi ketua kepada rakan rakan yang lain .malah bila mereka melakukan mereka dapat melakukan dengan baik.Tetapi bila satu hari disuruh kedepan dia mahu dihari yang lain bila ada yang tak kena dengan kawan kawan atau sebelum itu ada yang dia tak puas hati dengan kami ibubapa dirumah maka terbawa bawa dalam sekolah sehingga menganggu sesi disekolah maka guru tidak dapat lagi ,harap kepada anakku ini untuk mengepalai perhimpunan dihadapan rakan rakannya. Oh baru aku mengerti persoalan emosi ini persoalan besar.Bukan boleh dipandang remeh.Pandai dan cemerlang tetapi bila tidak dapat harmoni dan mengawal emosi walaupun berpotensi tetapi bilamana menganggu proses seharian anda, akan diganti dengan orang yg mungkin boleh lakukan dalam bahasa mudahnya so so,ok walaupun tidak sebaik bacaan kepetahan anak anakku,tetapi bilamana berupaya mengawal emosi tidak merajuk dan sebagainya maka itulah dia dapat diharapkan oleh guru dan muallimah untuk menyelesaikan tugasan yangb diberi. Syukur mengurus PASTi telah menjadikan aku lebih memahami keperluan dan keupayaan anak anak bukan cuma sekadar mereka boleh membaca dengan lancar dan cepat tangkap apa yang diajar ,malah soal mengawal emosi dah bekerjasam sama dengan guru dengan memudahkan tugas guru jugak perlu dilatih untuk anak anak ini.

Cari Blog Ini