Sabtu, 22 Ogos 2009

Kembali bertadarus

Salam, ramadhan

Seronok dapat kembali bertadarus bersama imam-imam dan sahabat-sahabat malam tadi.Kami semua dapat berkumpul seperti pada puasa yang lepas.

Itulah! bila membaca dengan disemak oleh rakan-rakan ternyata masih banyak kekurangan ana dalam membaca quran.Gangguan pada suara dan makraj huruf kadang-kadang disebut tidak tepat.

Inilah cantiknya bila bertadarus,dapat refresh semula cara membaca Quran dan dapat membetulkan semula tajwid dan makraj huruf yang tersilap.

Bulan bulan biasa bukan tak buka quran,cuma tak fokus sebagai mana kita bertadarus.Memang kalau membaca dan diperhatikan bacaan akan menjadikan ana sedikit gemuruh.Ini kelemahan ana sejak kecil lagi.

Memang sukar bagi ana lebih-lebih lagi bila membaca dihadapan guru.Memang seram sejuk dibuatnya.Kerana terlalu berhati-hati kadang -kadang boleh menyebabkan kesilapan demi kesilapan dibuat.

Bukan kerana perasan malu atau apa!tapi memang secara tiba-tiba bukan dibuat-buat.

Tapi semangat bila sahabat-sahabat memberi semangat dan sabar dengan keadaan kita yang masih lagi belajar ini.

Itulah perkara yang paling seronok bila ada sahabat-sahabat yang memang mahu bersama sama memperbaiki bacaan masing -masing dan sabar dengan kekurangan pada kita.Terima kasihlah

Cuma keadaan yang lama masih tidak berubah ,harap ramadhan kali ini ada muka -muka baru yang dapat sama-sama dengan kami.

Jumaat, 21 Ogos 2009

GHURAH! & Berpantang dalam bulan puasa.

Salam perjuangan,

Ana sedang dalam proses berpantang makan dan minum dalam 3 minggu ini insyaallah.Ini adalah kerana malam tadi ana lakukan perubatan cara tradisional GHURAH .

Ghurah ini adalah satu rawatan tradisional melayu yang dapat melegakan resdung,sakit kepala,membuang kahak dan dikatakan bagus juga untuk suara.Ana ambil peluang bulan ramadhan yang tiba untuk lakukan rawatan ini atas sebab senang nak berpantang.

Kaedah memasukkan ubat melalui hidung,memang perit sedikit bila ubat tersebut dimasukkan,macam nak hilang nyawa ana rasa,sukar untuk bernafas pada mulanya.

Kalau nak kira ana tiada penyakit lelah atau sesak nafas sebelum ini.Tapi mungkin sejak berat badan naik .Terasa semput juga bila naik tangga.Mungkin sebab itu ana susah tarik nafas mula-mula ubat dimasukkan.

Akhirnya dengan bantuan perawat beliau mengurut belakang baru ana dapat step pernafasan melalui mulut.Hidung memang dah blok sebab lendir-lendir yang keluar ikut hidung menutupi rongga ,memang dah tak boleh bernafas ikut hidung.

Mulut kena dibuka luas untuk mengeluarkan kahak-kahak tanpa berkahak supaya lendir tidak dikeluarkan dengan cara paksa.Itu adalah syarat rawatan ini.

Hari ini hari pertama berpantang.Malam tadi cuma makan bubur nasi dengan bawang goreng.Itu sahaja yang boleh dimakan.

Hatta kicap pun tak boleh,pasal dibuat dari kacang soya.

Balik dari rawatan ana lalu depan markas Pas Dragon Hill.Nampak sahabat sahabat sedang bertugas unit amal dan urusetia program ceramah umum Yb Khalid Samad.

Ana lihat K.P juga bertugas walau pun hujan renyai-renyai.Tabah betul sahabat-sahabat ana ini.Mohon maaf ana tak dapat mengikuti sahabat-sahabat bertugas semalam.

Lepas rawatan kepala pening dan ,masih ada baki-baki lendir yang keluar ikut hidung.Sukar juga memandu dalam keadaan sebegitu.Walau bagaimanapun ana selamat sampai kerumah dan dalam keadaan pening-pening lalat.

Ana rehat sekejap ,lega sedikit ana solat isyak dan terus berbaring dan berehat.

Pagi ini ana bangun dengan rasa agak lega sedikit dibahagian kepala, cuma hidung ada blok sikit-sikit .Kurang selesa tapi ok Alhamdulillah.

Itulah sedikit sebanyak ana nak kongsi berkenaan rawatan Ghurah ini.
Mudah-mudahan berpantang dalam bulan puasa ini memberi kemudahan kepada ana sebab semangat menyambut ramadhan memang hebat.

Wassalam

Jumaat, 14 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Ya Allah ramadhan datang lagi ,tapi mengapa ya Allah perasaan hati ini masih tidak terasa kehangatan kehadiran ramadhan ini .

Sungguhpun memang kehadiran ramadhan kali ini ditunggu-tunggu kedatangannya.Program disurau dan masjid sudah pasti disusun oleh A.J.K terbabit untuk memenuhi dan mengimarahkan lagi surau dan masjid masing-masing.

Kali ini ana terlibat secara langsung dalam program-program yang dirancang dimasjid surau dan markaz tarbiah dragon hill insyaallah.Cuma terasa risau dengan bebanan tugas dan aktiviti disemua tempat yang ana sebutkan tadi.Al maklum memang saat awal merangka gerak kerja dan hendak menggerakkan sesuatu perkara, lazimnya tiada sokongan dari awal menyebabkan bebanan kerja tertanggung pada hanya beberapa kerat jemaah yang terlibat diperingkat awalan.

Ana cuba juga mengelak untuk tidak terlibat terlalu banyak program tapi,itulah disana -sini sahabat berjumpa dan mengharapkan untuk ana menolong.Nak tolong bebanan tugas sudah banyak .Kalau tak tolong memang jelas sahabat yang minta tolong itu pun terbeban dengan berbagai tanggungjawab subahanallah.

Ya Allah kami semua bukan gila kuasa,pangkat atau kedudukan.tetapi inilah yang kami sedang hadapi ,Ya Allah ,kau hantarlah kepada kami pendokong-pendokong yang dapat membantu urusan agama ini wahai tuhan yang maha berkuasa.

Kami ini seolah olah gila pangkat kerana tugas dan kedudukan dalam lajnah,wadah,serta organisasi masyarakat yang kami pegang pada ketika ini.Allahu Akbar.

Pernah orang rumah ana juga suarakan kata-kata yang sama,abang ni gila kuasa ke?Allahu Akbar.

Tapi macam mana nak terangkan atau nak bagi paham bahawasanya kami tak minta dan tak inginkan semua perkara ini ,cuma memang tiada orang yang nak mengalas pergi ke mana pun ana akan jumpa sahabat-sahabat yang sama juga ,mereka ini orang-orang yang istiqomah dan atas sebab itulah kami semua terpaksa memikul juga supaya dapat dijalankan apa yang dirancang.

Tak jadi masalah lagi bila program dah berjalan ,ketika itu akan ada orang yang datang membantu bila melihat orang telah ramai-ramai di program-program itu nanti.Itu memang perkara biasa.

Ya Allah mudah-mudahan engkau permudahkan kami semua pada ramadhan kali ini untuk kami berkhidmat,dan menjalankan ibadah puasa dan mencari keredaanmu Ya Allah.

Ya Allah kau lapangkan juga kami ini yang merupakan suami,ayah dan anak supaya diramadhan kali ini bukan sahaja kami dapat menjalankan ibadah puasa,tarawikh malah dapat juga kami laksanakan tanggung jawab kami kepada keluarga kami insyaallah.

Kau murahkan juga Ya Allah rezeki kami,rezeki sahabat-sahabat kami dan orang islam seluruhnya.Jauhkan kami dari malapetaka dan selamatkanlah kami wahai tuhan kami,keluarga kami,guru-guru kami,sahabat-sahabat,pemuda-pemudi kami pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan agama islam,kau selamatkan lah agama kami,negeri kami, selamatkan seluruh orang islam dan orang beriman dalam dunia dan kau limpahkan kami dengan keampunanmu.

Ya Allah sampaikan kami dalam bulan ramadhan

Amin

Khamis, 13 Ogos 2009

Buanglah sikap kaki kapur

Salam,

Ana ,mendapat maklumat dari sahabat-sahabat masih ada rakan -rakan kita dalam pakatan rakyat bersikap suka kapur-mengkapur.Ana tak mahu menyatakan siapakah orangnya walaupun kita tahu orangnya siapa.Anggap ini sebagai satu teguran kepada kita semua .Jujurlah dalam menjalankan kewajipan kepada masyarakat setempat.

Ini diceritakan kepada saya ,ada satu persatuan penduduk ini mengadakan satu pertandingan sepak takraw ,dibawah anjuran satu biro dibawah persatuan penduduk tersebut.

Semua persedian telah dapat disediakan dengan baik.Ada beberapa surat rasmi telah dikeluarkan kepada beberapa pimpinan setempat untuk membiayai dan menyumbang kepada program kejohanan tersebut.

Cuma ada satu sumbangan dari satu YB ini,telah diambil oleh seorang hamba allah ini,yang kebetulan datang ke pejabat YB tersebut .

Sumbangan itu sepatutnya kepada persatuan penduduk itu.Sepatutnya wakil persatuan penduduk itulah yang sepatutnya mengambil sumbangan tersebut.

Apa yang berlaku sumbangan tersebut telah diambil oleh hamba allah ini.Lalu beliau datang ke persatuan penduduk dan mengatakan ini sumbangan dari xxx.....beliau.

Jadi timbul tanda tanya dari pihak persatuan penduduk,kerana persatuan penduduk tidak meminta sumbangan dari pihak beliaupun walaupun pihak xxx beliau ada kena mengena dengan YB.

Dan keesokan hari pihak kerani YB tersebut menalipon dan bertanya adakah pihak persatuan penduduk mendapat sumbangan tersebut sebanyak RM300 sahaja.Dijawab oleh pihak persatuan penduduk ,mereka ada dapat dari xxx.....tetapi hanya RM200 sahaja.

Kerani itu bertanya lagi mana pergi RM100 lagi?.

Jawab sahabat saya yang menceritakan kepada saya awak tanya lah orang yang ambil sumbangan tersebut.

Nah! pointnya disini saya nak bagi tahu pada hamba allah tersebut,buanglah tabiat umno dalam diri saudara itu.Dan lebih penting jujurlah kepada masyarakat.

Carilah dana dengan cara yang lain kalau pun untuk mengerakkan parti,

Sebab kami dalam parti PAS tidak pernah dan akan menyalahgunakan sumbangan untuk kepentingan parti .

Kalau sumbangan dinyatakan untuk program tertentu janganlah kita kapur pulak untuk program lain atau jauh sekali untuk kegunaan individu .

Rakan yang tahu dan kenal dengan xxx tersebut dan hamba allah tersebut tolong lah tegur-tegur beliau sebelum beliau jadi parah dan nilai rm menjadi semakin besar.

Kalau nilai rm yang sekecil itupun tak dapat nak menahan nafsu.

Wallahualam

Rabu, 12 Ogos 2009

Nak cabar pemuda pas berhimpun?

Salam perjuangan ,

Nampak sangat terhegeh-hegeh ketua pemuda umno ini nak mencabar sesuatu yang telah pun dilakukan oleh pemuda pas sejak sebelum himpunan karikatur dan terbaru himpunan mansuh isa.

Kalau sekadar nak jadi juara dan nak kejar glamor nak menunjuk-nunjuk tak payahlah nak gunakan pemuda -pemuda pas.Buruk cakapnya lu.. sapa nak cabar-cabar pemuda pas?.Pemuda pas bukan hidup atas cabaran manusia tetapi dengan harapan mencari keredaan Allah semata-mata.

Sanggupkah pemuda umno berhimpun dan mandi air watercanon dan ditembak dengan gas pemedih mata?.

Dimana pemuda umno dalam himpunan- himpunan sebelum ini ?Kenapa dah tak kisah dah nak jadi beruk ?,bukankah media arus perdana umno memainkan isu demontrasi bukan budaya kita?.Kenapa pula pemuda umno beria-ia nak berhimpun.Kan ketua pemuda umno sendiri pernah mengatakan jangan jadi beruk-beruk.

Kenapa sekarang seronok nak jadi beruk pulak kah?. Kan Pak Lah kata jangan.!!!

Bila pas berani mengatakan tidak pada arak dijual dalam kawasan orang islam baru sekarang pemuda umno nak mencelah?kenapa ketika berkuasa di Selangor dulu tak nak buat ,bila pas buat baru nak terhegeh-hegeh kata pemuda umno pun perjuang isu larangan arak,jangan jadi hiprokritlah khairy...Kan kerajaan dokongan engkau sedang berkuasa sekarang ini?Kenapa tak minta PM kau laksanakan hukum hudud?.Nak tunggu apa?Nak tunggu bala lagi besar timpa rakyat negara ni?.

Sebelum kau cabar orang ,kau sahut dulu cabaran amal maaruf dan nahi mungkar agama anutan kau dan aku.Tinggikan dulu syiar islam dalam diri sendiri dan pemuda -pemuda umno pimpinan kau.Ajak mereka jaga agama bukan jadi perosak agama.Jangan pegang agama dalam keadaan pilih pilih tempat dan situasi.

Kau kan tahu beza orang jaga agama dengan orang yang perlekeh agama kan?. Kalau kau lupa aku ingatkan.

Beza orang jaga agama dengan tak jaga agama adalah ,mereka yang menjaga solatnya itu adalah orang-orang yang menjaga agamanya.

Ajak pemuda-pemuda umno beramal dengan ayat Al quran bukan sekadar nak jadi kebal dan mendapat keistimewaan dunia sahaja.Ayat Al quran hendaklah dibaca untuk membersihkan hati bukan nak jadi kaki pukul dan jadi pencetus huru hara dan nak tunjuk berani.

Ingatlah ilmu kebal sebenar tidak ada.

Kalau ada sudah tentu Rasulullah dan para sahabat dah guna ilmu- ilmu kebal tersebut dan tidaklah ramai para sahabat yang gugur syahid.

Ingatlah wahai ketua pemuda umno En Khairy,janganlah mencabar kami membuat kerosakan untuk berhimpun dengan sesuatu perjuangan umno yang tidak jelas dalam menegakkan hukum islam.Kerana perjuangan pemuda umno bagi saya adalah untuk survivor hidup anggota dan parti .

Tetapi kami pemuda pas insyaallah,mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Jadi saya nak bertanya kepada tuan Khairy mampukah? pemuda-pemuda umno bersama kami dengan slogan ini?.Lakukan semuanya kerana Allah dan Rasul.Barulah kita akan dapat berhimpun bersama.

Sekian.
ismits ulamraja

Khamis, 6 Ogos 2009

BOM CANISTER HARAM?


Pasti yang menyertai himpunan mansuh ISA teringatkan benda ini.
Mula mula saya sendiri tak perasan tapi bila diamati bom cannister ini tidak ada manufactured trademark atau tanda dibuat oleh siapa.Dan untuk kegunaan siapa.

Atau nombor siri ini sebagai panduan inikan bom pemedih mata? tak kan tak ada nombor apa saja sebagai rujukan atau kawalan?.

Saya terbaca tulisan Tuan Zaid bekas menteri di J.P.M maka saya juga setuju dengan apa yang beliau katakan.Siapa yang mengeluarkan bom canister ini.

Tuan tuan boleh perhatikan tiada apa apa tertera ,apakah dibuat secara haram?.Apakah bahannya tidak membahayakan pada orang yang menghidu asap ini.Apakah kesan sampingannya?.

Betul juga rasa saya tak kan benda ni tiada tanda tanda pengeluar atau seperti tanda dibuat untuk kegunaan pasukan keselamatan dan amaran dan sebagainya atau panduan apa apa saja lah.

Satu lagi kebimbangan rakyat kalau pasukan keselamatan sewenangnya mobile kan benda seperti ini tanpa kawalan.


ismits ulam raja

ISA tidak islamik,mansuhkan segera

Salam perjuangan,


Negara kita adalah sebuah negara islam?.


Islam pada nama? atau islam seluruh kehidupan?apakah telah terlaksana hukum dan undang -undang islam dinegara islam ini?.


Bagaimana dengan akta -akta yang bertentangan dengan islam seperti ISA.Menahan orang tanpa bicara ?.

cuba renung maksud hadis


ibnu Abbas r.a:

"Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda:Sekiranya manusia diberi peluang untuk membuat tuntutan mereka nescaya akan membuat tuntutan darah dan harta.(Kerana itu penuntut mesti mendatangkan saksi).

Tetapi sumpah itu diwajibkan keatas orang yang terdakwa."


Soalan; mendatangkan saksi bukan kah mesti ada perbicaraan?


Jadi jika diteruskan juga perlaksanaan ISA dalam negara ini,apakah selaras dengan mengatakan negara ini negara islam? bilamana undang-undangnya tidak mengikut undang -undang islam dari quran dan hadis?.


Undang-undang mahkamah syariah dinegara ini,berapa juzuk dari quran dan hadis yang diambil pakai atau ianya langsung tidak mengambil hatta satu juzuk pun yang datang dari quran dan hadis.Apakah dengan adanya perbankan islam ,itu sudah dianggap sebagai satu dari perlaksaan hukum atau cara hidup beragama islam?.


Bukankah islam itu mesti diambil seluruhnya bukan terpilih-pilih.Jika tuntutan zakat dan puasa yang datang dari quran dan Hadis kita laksanakan kenapa hudud yang juga Allah taala dan banyak hadis Rasulullah sebut dalam quran dan hadis tidak dilaksanakan?.

Ana bukan ustaz boleh bagi hadis ,boleh petik ayat untuk mengukuhkan hujah zalimnya ISA, tapi hati dan perasaan serta fikiran waras tak boleh terima kalau benda itu terkena pada diri sendiri apa rasa?

Pelik bila ada yang mengatakan pertahanan terakhir negara adalah sebuah akta.Nak muntah mendengar hujah orang benak yang mengatakan begitu.Bila akta tersebut disalah guna akta tersebut menjadi pemusnah utama sebuah negara.

Mana tidaknya,pasti mengundang ketidakpuasan hati rakyat,malah cengkaman dari akta tersebut yang menafikan hak bersuara .Kalau disalah gunakan oleh individu yang ada kuasa untuk menjahanamkan orang lain bagaimana?.Tahan orang kemudian sumbat dalam tahanan.

Yang disumbat dalam tahanan tidak diberi peluang membela diri.Ini selaras dengan islam kah?.

Islamikkah kita?

ISA TIDAK ISLAMIK MANSUHKAN ISA

Rabu, 5 Ogos 2009

UMNO Kena jaga hak Allah dulu

Salam,

Mendengar rayuan Najib supaya Tuan Guru Nik Aziz menjaga hati orang UMNO membuat saya rasa bahawa Najib dan UMNO masih buta mata hati perasaan.Selama 50 tahun merdeka apakah sudah terbela nasib bangsa melayu itu sendiri?.Bagaimana dengan agama islam yang tidak terbela oleh UMNO selama ini?.

Saya merasakan bahawa umno yang dulu kena jaga hak Allah sebelum meminta Tuan Guru dan Pas menjadi hati orang-orang umno.Ini adalah kerana kegagalan umno menjaga hak Allah dan kepentingan islam menyebabkan orang islam didalam Pas dan umno sendiri rasa terguris dan kecewa dan kecil hati dengan tindak tanduk umno sekarang ini.

Jelas umno bersikap menolak islam secara terang-terangan dengan mengamalkan dan menyokong dan mendokong dasar dan undang undang yang bercanggah dengan islam seperti ISA.Dasar pelajaran pun tak menekankan matapelajaran agama islam sebagai salah satu subjek wajib lulus.

Berapa banyak fatwa tidak dihirau,sebagai contoh meletak kalungan bunga dan bertafakur di dataran pahlawan tugu negara yang terang-terang bercanggah serta syirik kepada Allah masih diamalkan sehingga kini.

Penganjuran program -program hiburan melampau dan terlalu banyak menyebabkan muda-mudi lalai mengingati Allah.Akhlak para remaja yang semakin terhakis dengan akhlak dan moral yang rendah.Kekejaman dan ketidakadilan ,jenayah yang semakin parah,penularan penyakit berbahaya, berpunca kerana kita tidak menjaga hak Allah menyebabkan Allah tidak memelihara kita.

Hati siapa yang tidak terguris apabila seorang islam yang dimurtadkan tidak dapat diselamatkan kerana tiada undang-undang islam ditegakkan untuk membela orang-orang yang beragama
islam dalam negara yang mengaku sebuah negara islam.

Bagaimana? dengan kehilangan ekuiti dan milikan syarikat-syarikat negara kepada orang asing atau syarikat asing?.Ini lebih menyayat hati apabila syarikat BERNAS ,iaitu yang menjaga kepentingan makanan asasi rakyat negara ini boleh diberi kepada sebuah syarikat asing?.

Kalau nak diteruskan terlalu banyak perkara kritikal yang menyebabkan kita rasa hampa dan makan hati dengan tindak tanduk parti umno yang memerintah menguris perasaan dan hati kita semua.

Dan lagi sikap pekak badak pemimpin yang angkuh nak meneruskan juga akta dan dasar yang zalim.

Nah! sekarang siapa yang patut jaga perasaan siapa?Bagi saya tak boleh nak harap pada umno ,sebab hak Allah tuhan yang menciptakan pun mereka tak jaga ,kita semua siapa?

Degil macam Firaun...

2 pilihan:Hidup Mulia Atau Mati Syahid ?


MATI DIJALAN ALLAH CITA CITA TERTINGGI KAMI...

Isnin, 3 Ogos 2009

Quality time with family




Bersama keluarga sehari selepas himpunan ,lenguh juga melayan mereka berjalan .Maklum ana dah round satu KL pastu layan berjalan dengan family ,letih juga cram juga kepala lutut.Namun tertunai juga janji kepada anak-anak dan orang rumah ana bila mereka minta dibawa bersiar-siar.



Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada ana untuk melayan permintaan keluarga.Mereka ini banyak support ana dari belakang tak sampai hati nak kecewakan harapan dan janji pada mereka walaupun ana memang betul-betul flet letih sangat.

Bila Sudah Melangkah Pantang Berundur



Pantang berundur bila sudah melangkah,walau pedih, walau sakit,sedaya kudrat termampu tetap akan bersama menentang ketidakadilan.

Akan aku tentang kezaliman selagi nyawa di kandung badan,kalah memang bukan ukuran ,reda Allah menjadi idaman.
Mati dijalan Allah cita -cita tertinggi kami,biar ratusan gas pemedih mata,biar selaut cecair water canon ,insyallah kami tidak akan bersekongkol dengan orang-orang yang zalim.



Cari Blog Ini