Isnin, 31 Oktober 2011

IJTIMA TARBAWI 2011

Subahanallah!!! syukur kepada Allah,yang selayaknya dipuji,beruntunglah sesiapa juga yang dapat hadir ke Ijtima Tarbawi 2011,sudah pasti ada satu hadiah istimewa yang dibawa balik ,bukan wang ringgit atau kemegahan dunia namun aku telah mendapat sesuatu yang sangat berharga disana,sehingga setelah pulang aku merasa ada perbezaan dalam harapanku terhadap rumah tangga,pandangan kepada tanggungjawab mengurus rumah tangga,kerjaya,ilmu,tanggapan aku kepada perjuangan gerakan islam malah yang paling berharga pandanganku terhadap Allah yang selama ini aku sangka aku sudah mengenalinya secara yang aku faham rupanya sangkaan itu tidak tepat .Tarbiah mengajar mengenali diri, agama dan Tuhan dengan cara yang sepatutnya.Melihat sambutan anak muda yang begitu teruja,membuat aku tersenyum,inilah pelapis kepada kami yang akan meninggalkan umur muda sebentar lagi pasti pimpinan tertinggi pemuda juga tersenyum melihat deruan muda mudi yang menderu deru melimpah ruah paling mengembangkan dada melihat pemuda yang telah berkeluarga bersama anak anak kecil seawal 8, 9 bulan tanpa rasa terbeban membawa baby kecil bersama Ya Allah hebatnya pencinta pencinta dan pemburu pemburu keredhaanmu..Takbir...

Selasa, 18 Oktober 2011

YAB Dato Seri Nizar + Ng Swee Lim dll di Stadium Kota Raja





PAS Kawasan Kota Raja selaku penganjur menjemput orang ramai untuk hadir ke Majlis Penerangan dan Ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : Selasa 18hb Oktorber 2011
Masa : 9.00 malam
Tempat : Stadium Kota Raja, Klang.

Penceramah

YAB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
YB Ng Swee Lim
YB Dr Siti Mariah Mahmud
YB Dr Xavier Jayakumar
dan Pimpinan PAS Kota Raja

SIAPALAH KITA UNTUK BERKATA NANTI

Isnin, 17 Oktober 2011

HUDUD TERLAKSANA DI BRUNEI

Syukur dipanjatkan kehadrat ilahi yang telah membuka hati Sultan Brunei berkenan,melaksanakan hukum islam "hudud"dinegara yang diperintah oleh nya.

DiMalaysia pula dalam pada media arus perdana menyiarkan kenyataan demi kenyataan dari Perdana Menteri hinggalah kepada artis artis hiburan tanahair ditemubual oleh pemberita pemberita mengulas isu ini.

Maka keluarlah nas nas yang begitu janggal sekali didengar sehingga ada yang mengatakan hukuman "sula" itupun adalah hukum hudud.
Ada pula ada dikalangan artis muslimah yang mengambil jalan merendah diri dek kerana rendah ilmu mengenai hudud dan hukum Allah bukanlah selayaknya dikeluarkan oleh mereka yang bukan ahlinya dalam bidang hukum hakam agama.Berdiam diri adalah cara paling terbaik buat kita semua rakyat biasa orang awam ini.

Namun bilamana Brunei telah mengambil satu jalan selamat dunia akhirat,maka pejuang syiar islam diMalaysia merasa akan ada sinar yang akan menerangi bumi Malaysia ini sedikit masa lagi untuk sama sama melaksanakan hukum hudud.

Sentiasa kita berdoa semoga apa yang menimpa keatas negara Brunei itu dipercepat oleh Allah dan dipermudahkan olehnya untuk negara tercinta Malaysia akan dapat melaksanakan hukum yang akan menyelamatkan manusia dunia sampai akhirat.

Berdoa kita supaya kerajaan yang diberi kuasa memerintah yang ada sekarang yang berbagai alasan diberi untuk tidak melaksanakan hudud.Ditumbangkan dan ditukar oleh rakyat negara ini.Ini bukan masalah orang islam sahaja tetapi jika hudud dilaksanakan orang bukan islam pun akan mendapat manfaatnya.

Jumaat, 7 Oktober 2011

SEMAKIN CANGGIH BLOG

Salam blog sekarang ini sudah semakin canggih page views dah banyak berubah,link pun boleh terus ke FB ,twitter dah lama betul aku tak bukan blog dan updates...

Maaf atas kesibukan ,kena maintain jugak blog nih supaya tak sangat aku nih rabun teknologi

Cari Blog Ini