Selasa, 30 Jun 2009

Debat jalan terakhir selesai masalah ummah-NIK Aziz

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) -

Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.
Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.
Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.
Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.
Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya.

Isnin, 29 Jun 2009

UMNO CUMA PANDAI BAGI ALASAN

Salam perjuangan,

Berbangga mempunyai kepimpinan ulamak yang sanggup menegakkan dalam mengatakan kebenaran hukum Allah walau pahit untuk diluahkan walaupun ditentang tetap mengatakan kebenaran.TGNA dalam mengatakan tiada beza umno dan ayah pin sepatutnya menjadi satu muhasabah kepada umno dengan teguran ikhlas bukan untuk TGNA sengaja mencari publisiti ketika pilihanraya tetapi sebagai nasihat kepada pimpinan umno seluruhnya supaya kembali kepada islam yang sebenar.Jika tidak mahu berada dalam kedudukan setaraf ayah pin.

Mana tidaknya segala kemungkaran yang disebut oleh Al Quran untuk dijauhi oleh manusia tidak dilaksanakan oleh UBN yang diterajui oleh umno yang mengaku islam .Amal maaruf kena dengan nahi mungkar juga.Tidak boleh mengajak orang kepada kebaikan dalam masa yang sama menggalakkan pertumbuhan maksiat.Suruh orang buat baik tetapi tidak mencegah orang dari membuat kemungkaran tidak ubah seperti menggalakkan berleluasanya kemaksiatan.Dan maksiat yang dinyatakan dalam Al Quran menyebabkan seseorang itu terjatuh kedalam kemaksiatan,kefasikan,kemunafikan tergambar dalam tindak tanduk umno selama ini ,bukan sengaja TGNA yang tuduh dan nak katakan umno bukan islam .Benarlah beliau berkiasan yang apa saja kemungkaran Al Quran tergambar pada wajah umno.Contoh umno menggalakkan program -program maksiat hiburan berleluasa dan melampau seperti jom heboh, akademi fantasia,astro dengan cerita-cerita uncensored dalam masa tayangan tidak sesuai.Dimana ada anak-anak kecil yang menonton sama.Paling buruk rekod umno menghalang majlis ilmu disurau-surau .Memisahkan politik dan agama itu adalah bukti jelas umno tolak islam, sebab Nabi Muhammad bangunkan negara islam dalam masjid.Jadi kenapa tindakan umno berbeza dengan apa yang Muhammad buat.Siapa Muhammad pada umno?

Kemungkaran kena cegah,sebab manusia banyak yang degil ,dan hanya dengan hukuman serta pencegahan yang dapat menghalang kemungkaran dari berleluasa.Itu lumrah sebab itu islam mengimbangi antara suruh dan cegah.

Jangan bagi alasan,tidak mahu layan Tuan Guru disebabkan ego tidak mahu menerima nasihat,kalau benar umno memperjuangkan islam yang sebenar buktikan lah dalam debat tersebut ,dan beri contoh -contoh hukum Allah dari Quran dan Sunnah yang telah pun dilaksanakan oleh umno sejak memerintah 50 tahun.

Sistem sistem islam yang lain telah diterima pakai oleh seluruh manusia didunia ini.Ini terbukti dengan sistem kewangan islam yang telah diterima pakai oleh umat manusia seluruhnya dengan baik.

Kalau puasa,haji ,zakat fitrah ,sembahyang kita ambil dari Quran kenapa hukum jenayah islam kita tidak pakai dan masih guna pakai sistem penjajah yang sudah lapuk?.Bukan pas yang suruh manusia puasa ,sembahyang,bayar zakat ,buat baik cegah mungkar tetapi islam yang suruh .Pas pun rujuk pada kitab Al Quran dan Sunnah Muhammad tak ambil dari yang lain.

Kalau umno mengaku islam dan mengambil sama dari Kitab dan sunnah
Muhammad seperti apa yang pas ambil dari Al Quran dan Sunnah, kenapa? tindakan umno yang Allah beri kekuasaan memerintah malaysia tidak dapat melaksanakan hukum -hukum quran tersebut.?Itu yang kita nak tahu kenapa berbeza dari segi perlaksanaan oleh umno?.

Jadi umno kena beri penjelasan kepada semua manusia dimalaysia bahawa umno telah mengambil apa yang islam tetapkan dan dari sumber yang benar,dan jelaskan jika sumber dah benar, kenapa tak laksanakan? Jangan pula tanya kenapa PAS tak laksanakan.? sebab kuasa perintah negara sekarang ada pada umno dan barisan nasional bukan pada PAS.Pas hendak laksanakan di peringkat negeri sepatutnya umno yang islam itu menggalakkan bukan menekan dan menyempitkan ruang untuk melaksanakan hukum hudud.

Jelaskan.....

Khamis, 25 Jun 2009

Welcome To Manik Urai


Ya Allah berilah kami kesempatan untuk hadir kesana insyaallah

Gambar ehsan dari blogger pinkturtle dari laman marhaen

Rabu, 24 Jun 2009

Mee Segera Sudah Malee

Umno cuba perbodoh pengundi Melayu di Manek Urai

KUALA KRAI, 23 Jun (Hrkh) - Faktor hampir 99 peratus pengundi di Dun Manek Urai daripada kaum Melayu menjadi sebab utama Umno bingkas semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di Penanti.

Umno masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan berbanding kaum lain. ?
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kedudukan posisi kaum di Manek Urai berbeza dengan pilihan raya kecil di tempat lain sebelum ini.
"Kalau sebelum ini kita lihat pilihan raya kecil lebih memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan pengundinya dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.
"Namun situasi berbeza di Manek Urai kerana hampir keseluruhan pengundi orang Melayu. BN akan cuba menyogok seboleh mungkin untuk menawan hati pengundi," katanya.
Menurutnya faktor itu dilihat Umno boleh memberi kelebihan kepada mereka dengan mengumpan banyak kebendaan bagi menawan hati pengundi Melayu.
Berdasar kepada daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di Dun Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.
Oleh itu Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa bekerja lebih keras bagi menjelaskan kepada rakyat umpan kebendaan yang sedang ditabur sekarang.?

Katanya juga motto yang digunakan sebelum ini iaitu 'beri gula kacau, beri kain pakai' boleh digunakan semula sebagai usaha untuk berdepan dengan politik kebendaan yang ditaja Umno. - mj _

Ala kalau buat jalan macam nie,memang tanggungjawab kerajaan Pusat menyediakan jalan bandar,jalan kampung dan berbagai jalan lagi ,takkan nak guna sebagai gula-gula kempen kot UBN? Bapak kenalah bagi anak belanja ke sekolah kan? ibarat macam tulah....

Tolong Jangan Politikkan Sekolah!!

Salam ,

Terpanggil untuk menjawab tohmahan penulis blog pemuda umno bahagian kota raja yang menuduh PAS yang memulakan perkauman diMalaysia.Dan memecahkan kesatuan orang melayu.Dan beliau memetik kisah anak orang pas sewaktu dalam bilik darjah.ini petikkan kata-kata penulis tersebut.

"Kewujudan orang-orang PAS di sekolah memang merimaskan. Mereka memperkenalkan satu aliran pemikiran jumud dengan mengasingkan kaum-kaum di sekolah. Sedikit sebanyak mereka mengganggu dunia persekolahan yang sebelumnya begitu indah dan tenang. Ketika itu juga, lahirlah Ustazah dan Ustaz atau guru PAS yang gemar membangkitkan isu-isu remeh serta suka mengumpat dan menyindir rakan bukan Islam dan juga murid-murid Islam yang bergaul dengan mereka. Mereka juga suka menyindir pakaian dan rambut kami dengan kata-kata kesat yang tidak pernah digunakan di sekolah tersebut sebelum itu. Sekolah dicemari dengan wajah Ustaz, Ustazah dan guru-guru PAS yang penuh dengan kebencian dan prejudis terhadap orang lain. PAS perlahan-lahan berjaya merasuki masyarakat agar membenci sesama sendiri dan berpecah belah. "

anda boleh rujuk disini
http://pemudaumnokotaraja.blogspot.com/

Saya nak jawab begini:-Kepada penulis blog tersebut

" Kewujudan orang-orang UMNO di sekolah memang merimaskan. Mereka memperkenalkan satu aliran pemikiran jumud dengan menyalahgunakan sekolah .Laman sekolah digunakan sesuka hati. masa yang sama umno menggunakan sekolah sebagai tempat untuk menerap nilai politik sempit mereka di sekolah. Sedikit sebanyak mereka mengganggu dunia persekolahan yang sebelumnya begitu indah dan tenang dengan menggunakan sekolah sebagai tempat mengantung bendera BN ketika lawatan pemimpin bersama rakyat.Pemimpin bersama rakyat ke? atau pemimpin UMNO bersama rakyat? .Nak sambut pemimpin datang melawat anda guna murid murid sekolah kibar bendera,sepatutnya diorang perlu berada didalam bilik darjah belajar.

Anda memecah belahkan murid yang sepatutnya menuntut ilmu pelajaran bukan untuk mengenal umno atau bulan disekolah, carilah pentas yang sesuai untuk berpolitik ikhlaslah kepada murid murid yang datang untuk menuntut ilmu.Sekolah janganlah dijadikan pentas politik sempit penulis membincang isu perkauman.Nak bincang apa isu ni tak timbul pun,memang Allah cipta kita berbagai kaum,adakah kita manusia minta dengan Allah ke untuk dijadikan sebagai cina ke india ke? Tak adakan?jadi sekiranya Allah dah takdirkan penulis sebagai seorang melayu syukurlah dan saya yakin anda pun tak minta jadi melayu kan ?tahu- tahu lahir sebagai anak melayu betul tak?

Dan kepada penulis mungkin pengalaman anda sebagai murid yang nakal disekolah sehingga guru anda menegur gaya rambut dan pakaian anda kesekolah ketika itu membuatkan anda benci guru anda ,tetapi ! kenapa pulak PAS yang anda mangsakan?.Kesian sungguh kepada anda kerana melalui pengalaman sedemikian ketika dialam persekolahan anda.Kalau hendak berkongsi pengalaman pun takkan posting dalam blog UMNO bahagian?.

Islam will unite us ALL

Buat Kerja!!!!!!

Salam perjuangan ,

Alhamdulillah selesai sudah kekecohan yang cuba ditimbulkan oleh UBN terhadap parti kita.Akhirnya rakyat melihat betapa desperate UBN dalam usaha meraih keyakinan rakyat kepada mereka yang semakin hari semakin luntur. Dan telah gagal dalam usaha memecah belah kekuatan jemaah.Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah .

Fokus kita semua perlu kearah PRK yang terdekat ini di Manik Urai.Kerja kita masih banyak lagi .Persiapan kearah membantu jentera pilihanraya disana harus kita mulakan dari sekarang.Persiapan individu pendokong dan penyokong pasukan,cawangan,kawasan dan negeri telah pun sepatutnya digerakkan.

Ambil peluang ini kepada pemuda-pemuda yang baru bersama PAS untuk bersama-sama menimba pengalaman bekerja dalam pilihanraya dengan jentera parti PAS yang berbeza dengan jentera parti UBN yang kebanyakan bekerja sebab ada masyuk.Kita pun sebenarnya masyuk juga,tetapi kita yakin ianya tidak dibayar ketika ini diwaktu ini,dan kita yakin ada bahagian kita disisi Allah diakhirat kelak.Jadi kita akan bekerja tanpa mengira mendapat bayaran atau tidak.

Saja nak kongsi pengalaman kita membantu PRK diTerengganu yang lepas ,kalau dah rezeki ketika bertugas dijanjikan oleh Allah kita tetap akan menerimanya.Tuan-tuan bayangkan ketika nak bayar harga makanan kami ,tuan kedai kata dah ada hamba Allah yang bayarkan.Beberapa kali kejadian seperti itu berlaku kepada kami bayangkan kami sekitar 5 orang punya makan pun ada orang sanggup bayarkan.

Bukan nak cerita berapa harga makanan tersebut tetapi nak ceritanya ,jangan risau pasal rezeki ketika menjalankan tugas ,bekerja untuk islam dengan niat mendapat keredaan Allah.Dan yang paling seronok dapat berada bersama makan tengahari dalam majlis yang pemimpin tertinggi seperti Husam,Dr Hatta,Azmin ,Dr Zul,Dr Mariah,Dr Lo'Lo" duduk semeja ,habis hati rasa seronoknya.Memang tak dapat dilupakan.

Paling semangat bila lihat kesungguhan Ahli Parlimen Kita Dr Mariah dan sahabat beliau Dr Lo' Lo' bekerja kita orang lelaki terasa malu juga dengan semangat dan tenaga dan kesungguhan mereka tanpa mengira penat lelah.Paling saya puji masa memang tepat kalau bekerja bersama mereka ni ,disiplin memang kena tinggi beb.

Tidak menunggu ,sebaliknya bertindak dengan cekap dalam setiap situasi,memang satu pengalaman yang sangat berharga.

Selasa, 23 Jun 2009

KULIAH HIRAKI KALI KE 2


MAAF LAPORAN AGAK LAMBAT DISEBABKAN KESIBUKAN .
TENGOK GAMBAR SAHAJA BOLEHKAN?.

UNIT AMAL DPPKR DI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

Salam perjuangan dalam kita bergembira dapat berkonvensyen dan dapat merasai bagaimana menjadi sebahagian dari perwakilan ke konvensyen yang julung-julung kali diadakan ana ,terlihat satu pasukan yang memang selama ini ana sangat kagumi kesungguhan dan pengorbanan mereka ini .Bukan orang lain sahabat -sahabat ana juga.
Tanpa mengira penat lelah menyumbangkan khidmat bakti syabas unit amal.



Dalam dewan tersebut memang agak panas dan suasana suam-suam kuku dengan keadaan aircond tidak berfungsi dengan baik.Inilah kezaliman kerajaan barisan nasional yang ditinggalkan untuk kita nikmati .Dewan yang serba tersergam ini tidak diselenggara dengan baik oleh mereka. Tetapi tidak mengapa semakin kuat kita dizalimi semakin teguh pendirian kita menentang ketidakadilan mereka.Dan kesatuan dalam konvensyen ini memperlihatkan semua kaum menolak kezaliman mereka.Unit amal sedang mengedarkan minuman mineral water kepada semua yang hadir bagi menghilangkan dahaga dalam keadaan dewan yang agak panas.

SEKITAR KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KOTA RAJA

KONTINJEN MUSLIMAT KOTA RAJA BERGAMBAR KENANG-KENANGAN



PERWAKILAN MENGAMBIL TEMPAT UNTUK MENGIKUTI PERJALANAN KONVENSYEN YANG PERTAMA DAN SEUMPAMANYA DIADAKAN DI MALAYSIA.

LAKARAN SEJARAH YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

Isnin, 15 Jun 2009

Amanat Ketua Pemuda Pas Yang Baru Hassan Tantawi

Islam Memimpin Perubahan

Melakar gagasan politik PAS mendepani cabaran dewasa kini dengan membuat penegasan berani dan meyakinkan bahawa Islam Memimpin Perubahan .Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS . Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan .Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka . Bahkan dasar inilah yang membekalkan kekuatan dan menunjuk jalan kepada PAS untuk merubah landskap sosial dan politik tanahair agar tunduk dan patuh kepada wahyu Akllah swt .Saya tegaskan di sini bahawa gagasan Islam Memimpin Perubahan memerlukan tenaga pekerja [ buruh kasar ] bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dan Islam memimpin perubahan tersebut . Justeru sifat Islam ialah memimpin bukan dipimpin , mengarah bukan diarah dan diikut bukan mengikut . Tentu sahaja ungkapan ialah islam di atas dan yang lainnya di bawah .

Tentu sahaja bagi menjayakan gagasan besar dan penting ini , Pemuda PAS sedia menjadi buruh kasar sebagai [ Rijal at Taghyir .] Pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut .

Jika Dato' Seri Presiden bertanya kepada kita hari ini :من أنصاري إلى الله
Siapakah pembantuku untuk memperjuangkan Agama Allah swt .

Insyaallah , Pemuda - pemuda PAS tegak dan segak berdiri : lalu berkata :نحن أنصار الله Kamilah pembantu - pembantu [ pejuang ] Agama Allah swt

Harapan Dato' Seri Presiden dalam ucapan dasar yang dibentang , harapan para saff pimpinan dan harapan para perwakilan terhadap pemuda , suka saya tegaskan bahawa terlebih dahulu

Rasulullah saw telah meletakkan harapannya yang tinggi kepada pemuda apabila baginda bersabda :
حالفني الشباب و خالفني الشيوخPemuda selalu mendokong perjuanganku sementara aku sering disanggahi oleh orang - orang tua .

Kami Pemuda PAS akan mengulangi kenyataan Miqdad ibnu Umar Rha kepada Rasulullah saw ketika mereka [ Baginda Rasul saw dan para sahabat rhm ] berbincang untuk mengambil keputusan turun ke medan berjuang demi menegakkan agama Allah swt . :يا رسول الله : إمض لما أمرك الله فنحن معك . و الله لا نقول لك كما قالت بنوا اسرائيل لموسى :إذهب أنت و ربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون و لكن إذهب أنت و ربك فقاتلا إنا معاكما مقاتلونWahai Rasulullah saw : Berangkatlah ke medan juang sekira - kira Allah swt telah mengarahkanmu nescaya kami akan bersamu .

Demi Allah ! kami tidak akan berkata sebagaimana kenyataan Bani Israel kepada Nabi Musa as. Pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang sementara kami mahu kekal tinggal duduk di sini . Akan tetapi kami akan berkata , pergilah engkau bersama Tuhanmu berjuang sesungguhnya kami turut berjuang bersamamu.

Kami para Pemuda PAS berikrar :

Bahawa kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah saw .

Kami tidak akan mencemarkan wajah Al Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .

Kami sekali - kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini .

Hari ini dalam sejarah apabila pemuda telah diberi " amanah Presiden " yang dinaskan dalam ucapan dasar agar :
Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan PAKATAN Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat .

Insyaallah pemuda [ DPPP ] akan terus memelihara ketulenan / keabsahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong . Kita akan pastikan PAS akan kekal identiti dan jati diri PAS sebagai Harakah Islamiyah dari 3 orientasi utamanya iaitu Dakwah , Tarbiyyah , Sabah .

Sementara 3 identiti PAS turut dipertahankan :

Futuristik [ strategi dan persiapan Pemuda PAS ]

Fundemental [ prinsip perjuangan yang sedang didokong ]

Kontemporary [ dalam pendekatan dan penampilan .

Pemuda PAS juga insyaallah agar senantiasa segar dan tegar untuk menegur atau kritikan membina kepada saff pimpinan sebagaimana pemuda selamanya rendah diri senantiasa memerlukan tunjuk ajar daie , para ulamak dan saff kemudian ini .

Isnin, 8 Jun 2009

Wah !sampai begitu komen terhadap ulamak?

Salam perjuangan ,

Lama juga tak menulis dan memberi komen semenjak dua menjak ini.Ana selepas muktamar ini baru lega dari kepenatan berkhidmat sempena muktamar yang baru sahaja selesai.Baru nak dapatkan maklumat -maklumat terkini sekitar muktamar dari internet ana terjumpa komen-komen yang agak menghentam ulamak-ulamak.

Ulamak minta jawatanlah,dimana ulamak masa FRU semburlah,ulamak slowlah ,tak ada satu program ulamak yang grandlah dan banyak lagi komen-komen dari blogger terkini berkenaan ulamak-ulamak dalam PAS.Ana pernah mengingatkan cara musuh kita pendekatan pecah dan perintah yang akan diguna pakai untuk mereka pecah belah kita semua terbaru dengan ulamak-ulamak.Tak mengapalah jika begitu,cuma satu persoalan kepada blogger,blogger yang menulis komen-komen tersebut ana nak tanya?mereka ini berada didalam kuali ke atau sekitar kuali je?

Pengalaman kita yang berada dalam kuali mungkin berbeza dengan mereka yang berada diluar kuali yang mana tahap kepanasan tak sama dengan kepanasan berada didalam kuali.Ada orang yang suka bagi komen ,mereka ini tak berada pun dalam gerakan atau gerak kerja awalan merencana ,merangka gerak-kerja.Kadang-kadang kerja 70% 80% kerja dah nak siap baru lah mula nak bagi idea dan komen-komen.Padahal beban kerja yang berat dah ditanggung oleh orang-orang dari awal yang duduk pecah kepala dan menanggung bebanan kerja yang lebih nak menjayakan sesuatu agenda ,program atau gerak kerja.Pernah duduk dalam dewan ulamak menggerakkan usrah ke dan yang sebagainya kerja kerja tidak glamor ulamak?,Jangan pandai komen je,pernah rasa kesulitan yang dihadapi dewan ulamak dalam pentarbiyahan ahli dan masyarakat?

Kalau cerita tentang demontrasi,kena sembur memang ramai orang yang nak buat sanggup mati syahid dan sebagainya ,gerak kerja pasang bendera,pilihanraya wah lagi-lagi demam pilihanraya memang ramai yang akan keluar dan sama-sama menjayakannya.

Tapi cuba ajak pergi mengaji,usrah ke?berapa ramai yang sanggup pergi dan tunggu.Semua ada kepentingan tersendiri ,jangan kita hemtam kromo sesedap rasa.Nak komen ulamak pun janganlah sampai nampak macam nak buang ulamak pulak.Mereka juga ada hati dan perasaan ,apa kah sama golongan berilmu dengan golongan tidak berilmu tentu tak sama.

Dan lagi sama ke golongan ilmuan dunia dengan golongan ilmuan akhirat seperti ulamak-ulamak.Ingat soalan dalam kubur bukannya berapa lama engkau jadi peguam ke .lawyer ke,doktor ke? berapa harta engkau ada ke?engkau ni blogger bagus ke tak ke?komen engkau mendapat hit tertinggi ke?

Aleh-aleh soalan bocor yang belum tentu kita semua dapat menjawabnya tanpa ilmu mengenal Allah?Siapa yang sampaikan ilmu tersebut kalau bukan ulamak?

Cari Blog Ini