Jumaat, 20 Mei 2011

Senarai Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM bagi pengeluaran SIJIL HALAL

No. Nama & Alamat
1. JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR
Kompleks Islam Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80990, Johor Bahru
Johor
2. JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Tingkat 1, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No.2, Persiaran Masjid, Seksyen 5
40676, Shah Alam
Selangor
3. JABATAN AGAMA NEGERI SARAWAK
Tingkat 4 & 5,
Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Satok,
93400, Kuching
Sarawak
4. JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MELAKA
Imarah B
Kompleks MAIM, Bukit Palah
75150, Melaka
Melaka
5. JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
Jalan Dato' Hamzah
70000, Seremban
Negeri Sembilan
6. JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM SABAH
Tingkat 3,9,10 Blok A, Wisma MUIS
Jalan Sembulan, Peti Surat 11666
88818, Kota Kinabalu
Sabah
7. JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
Pusat Pentadbiran Islam
Kompleks Sri Iman
20676, Kuala Terengganu
Terengganu
8. JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
Bangunan Wan Mat Saman
Jalan Raja
05676, Alor Setar
Kedah
9. JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG
Jalan Masjid
26600, Pekan
Pahang
10. JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000, Ipoh
Perak
11. JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Lebuh Pantai
10300, Georgetown
Pulau Pinang
12. JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN
Kompleks Islam Darulnaim Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra
15150, Kota Bharu
Kelantan
13. JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS
Menara Kemajuan
01000, Kangar
Perlis
14. AUSTRALIA - ADELAIDE MOSQUE ISLAMIC SOCIETY OF SOUTH AUSTRALIA
20 Little gilbert Street
Adelaide S.A.
5000
Australia
15. AUSTRALIA - AUSTRALIAN HALAL FOOD SEVICES (AHFS)
PO Box 775,
Springwood, QLD
4127
Australia
16. AUSTRALIA - HALAL-SADIQ SERVICES
4A Virgil Avenue,
Yokine
Western Australia
6060
Australia
17. AUSTRALIA - ISLAMIC ASSOCIATION OF GERALDTON
Geraldton Mosque,
172 George Road Geraldton,
Western Australia
6530
Australia
18. AUSTRALIA - ISLAMIC ASSOCIATION OF KATANNING INC.
P.O. Box 270
Katanning
Western Australia
6317
Australia
19. AUSTRALIA - ISLAMIC CO-ORDINATING COUNCIL OF VICTORIA (ICCV)
155 Lygon Street, East Brunswick
Victoria
3057
Australia
20. AUSTRALIA - SUPREME ISLAMIC COUNCIL OF NEW HALAL MEAT IN AUSTRALIA (SICHMA)
Unit 2, 4B, Picken Street,
Siverwater N.S.W. (Sidney)
2128
Australia
21. AUSTRALIA - AUSTRALIAN FEDERATION OF ISLAMIC COUNCILS INC (AFIC)
932 Bourke Street
Zetland
Sydney, NSW
2017
Australia
22. AUSTRALIA - THE ISLAMIC COUNCIL OF WESTERN AUSTRALIA
P.O. Box 70, Burswood WA 6100 OR
7 Melvern Road
WA
6103
Australia
23. AUSTRALIA - KHAIRAT MELAYU ISLAM VICTORIA (KMIV)
56, May Avenue
Altona Meadows
Victoria
3028
Australia
24. AUSTRALIA - THE PERTH MOSQUE OF WESTERN AUSTRALIA INCORPORATED
427-429 William Street,
P.O. Box 106, Aberdeen Street,
Perth W.A.
6001
Australia
25. ARGENTINA - THE HALAL CATERING ARGENTINA
San Nicolas 1061 - (1407)
Buenos Aires
Argentina
26. BELGIUM - HALAL FOOD COUNCIL OF EUROPE (HFCE)
4, Rue De La Presse
Brussels
4000
Belgium
27. BRAZIL - FEDERATION OF MUSLIMS ASSOCIATION IN BRAZIL
Rua Tejupa
188 CEP 04350-020
Sao Paulo, SP-Brazil
Brazil
28. BRUNEI - LEMBAGA MENGELUARKAN PEMIT IMPORT HALAL (BOARD FOR ISSUING HALAL IMPORT PERMIT)
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam
Jalan Elizabeth II,
Bandar Seri Begawan
1180
Negara Brunei Darussalam
29. CHINA - CHINA ISLAMIC ASSOCIATION
103 Nan Heng West Street,
Xuanwu District
Beijing
P.R. China
30. CHINA - SHANDONG ISLAMIC ASSOCIATION
5th Floor, San'fa building No 57,
Luoyuan Avenue, Lixia District, Jinan City
Shandong Province,
250011
P.R. China
31. DENMARK - ISLAMIC CULTURAL CENTRE (IKCS)
Horsebakken 2,
DK-2400 Copenhagen NV
Denmark
32. FRANCE - RITUAL ASSOCIATION OF LYON'S GREAT MOSQUE (ASSOCIATION RITUALLE DE LA GRANDE MOSQUEE DE LYON)
146, bd Pinel
Lyon
69008
France
33. GERMANY - HALAL CONTROL E.K.
Kobaltstr. 2-4
D-65428 Ruesselsheim
Germany
34. GERMANY - ISLAMIC CENTRE HAMBURG
Schone Aussicht 36,
Hamburg
22085
Germany
35. INDIA - JAMIAT-E-ULAMA-E-HIND MAHARASHATRA STATE
Imam Wada Compound, Oppsite B.I.T Chawl No.1
Near Moghal Masjid,
Imam Wada Road
400 009, Mumbai
India
36. INDONESIA - LEMBAGA PENGKAJIAN PANGAN OBAT-OBATAN DAN KOMESTIKA THE INDONESIA COUNCIL OF ULAMA (MUI)
Gedung majelis Ulama Indonesia
Jl. Proklamasi, No.51
Menteng Jakarta Pusat
10710
Indonesia
37. JAPAN - JAPAN MUSLIM ASSOCIATION
3-4-14, Kohinata,
Bunkyo-ku,
Tokyo
112-8585
Japan
38. NETHERLANDS - HALAL FEED AND FOOD INSPECTION AUTHORITY (HFFIA)
Fijnjekade 225, 2521DT The Hague OR
P.O. Box 16786 2500 BT, The Hague
Netherlands
39. NETHERLANDS - CONTROL OFFICE OF HALAL SLAUGHTERING & HALAL QUALITY CONTROL
Laan Van Meerdervoort 53D
2517 AE Den Hague
Netherlands
40. NETHERLANDS - TOTAL QUALITY HALAL CORRECT CERTIFICATION
PB179
2300 AD Lieden
Netherlands
41. NEW ZEALAND - FEDERATION OF ISLAMIC ASSOCIATIONS OF NEW ZEALAND (FIANZ)
P.O. Box 1415
Wellington
New Zealand
42. NEW ZEALAND - NZ ISLAMIC MEAT MANAGEMENT & NZ ISLAMIC PROCESSED FOOD MANAGEMENT
Level 1, Westbrook House,
181 Willis Street,
P.O. Box 11-382,
New Zealand
43. PAKISTAN - JAMEA MARKAZ ULOOM ISLAMIA MANSOORA (JMUIM)
Multan Road,
Lahore,
Pakistan
44. PHILIPPINES - ISLAMIC DA'WAH COUNCIL OF THE PHILIPPINES (IDCP)
Suite 400 FUBC Building,
Escolta, Manila
P.O. Box 3669
Philippines
45. PHILIPPINES - ULAMA CONFERENCE OF THE PHILIPINES
79 Jocfer Annex Bldg.
Commonwealth Ave,
Quezon City, Metro Manila
Philippines
46. SINGAPORE - ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL OF SINGAPORE
Singapore Islamic Hub
273 Braddell Road
Singapore
47. SOUTH AFRICA - NATIONAL INDEPENDENT HALAAL TRUST
5770 Topaaz & Turquise Avenue
Ext 5, Lenasia
Gauteng
1820
South Africa
48. SOUTH AFRICA - SOUTH AFRICAN NATIONAL HALAL AUTHORITY (SANHA)
P.O. Box 2092 Durban OR
2nd Floor, 45 Hopelands Road
Durban-Overport
4000
South Africa
49. SOUTH AFRICA - MUSLIM JUDICIAL COUNCIL SA
P.O. Box 4118
Cape Town
8000
South Africa
50. TAIWAN - TAICHUNG MOSQUE
No.457, Nantun District,
Dadun, S. Rd Taichung 408
Taiwan
P.R. China
51. THAILAND - THE CENTRAL ISLAMIC COMMITEE OF THAILAND (CICOT)
The Institute of HALAL Food, Standard of Thailand
45, Moo 3 Klongkao Rd., Klongsib Sub - District,
Nongchock District,
10530, Bangkok
Thailand
52. USA - HALAL FOOD COUNCIL SOUTH EAST ASIA
132 East main Street,
Suite 302 Salisbury MD
21802
U.S.A.
53. USA - ISLAMIC SERVICES OF AMERICA (ISA)
P.O. Box 521
Cedar Rapids, IOWA
52406
U.S.A.
54. USA - THE ISLAMIC FOOD AND NUTRITION COUNCIL OF AMERICA (IFANCA)
5901 N, Cicero Ave.,
309 Chicago,
Illinois
60646
U.S.A.
55. VIETNAM - ISLAMIC COMMUNITY OF HO CHI MINH CITY
52 Nguyen Van Troi Street,
Phu Nhuan District,
Ho Chi Minh City,
Vietnam
56. AUSTRALIA - AUSTRALIAN HALAL AUTHORITY & ADVISERS
P.O. Box 2080,
Meadow Heights,
VIC-3048,
Australia
57. AUSTRALIA - HALAL AUSTRALIA INC
Suite 6, Level 1, Auburn Chambers,
22 Auburn Rd
Australia
58. CHILE - CENTRO ISLAMICO DE CHILE
Campoamor 2975,
Nunoa
Chile
59. ARGENTINA - ISLAMIC CENTRE OF THE ARGENTINE REPUPLIC (CENTRO ISLAMICO DE LA REPUBLICA ARGENTINA)
3053 San Juan Ave
Capital Federal
Argentina
60. CHINA - ISLAMIC ASSOCIATION OF HENAN
2nd Floor, Zheng Street 3,
Zhengzhou City,
450003, Henan Province
China
61. AUSTRIA - ISLAMIC INFORMATION AND DOCUMENTATION CENTER
A-4050 Traun,Theodor K�rner Str. 10 A,
A-1010 Vienna 1, Sterngasse 3 Austria
A-1010, Vienna
Austria
62. TAIWAN - TAIPEI CULTURAL MOSQUE
No.3, Lane 25, Sec 1
Xinhai Road,
100, Taipei City
Taiwan
63. TURKEY - KAS DLUSLARARASI SERTIFIKASYON GOZ VE TEK KON. HIZ LTD STI (KASCERT)
AlpayTzer Sok.
No:6 D:4 Ertunc Apt.
Kartaltepe Mah, Bakirkoy
Turkey
64. TURKEY - ASSOCIATION FOR THE INSPECTION AND CERTIFICATION OF FOOD AND SUPPLIES (GIMDES)
Tesktilkent B 5
Blok No:76
Esenler
Turkey
65. BANGLADESH - ISLAMIC FOUNDATION
Baitul Mokarram
National Mosque
1000, Dhaka
Bangladesh
66. BRAZIL - CENTRO DE DIVULGA AODO ISLAM PARA AMERICA LATINA (CDIAL) / ISLAM DISSEMINATION CENTER FOR LATIN AMERICA
R. Henrique Alves dos Santos,
161, Vila Euclides
09725 530, Sbc CEP
Brazil



rujuk:-http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=islamicbody

INI BARU LOGO HALAL KOREA

Macammane la Menteri Agama seorang ini boleh dakwa yg semata-mata tulisan HALAL (seperti sebelah) itu adalah keluaran Korea Federation Halal Comittee? Semalam JAKIM dakwa benda tue dalam proses.... tup-tup hari ini dah sahkan logo 'HALAL'itu.... cepat betul Jakim pergi korea buat inspection kat kilang depa...

YAN: Logo halal pada kotak susu 1Malaysia yang diragui statusnya sejak mula diagihkan secara percuma kepada pelajar sekolah mulai 11 Mei lalu disahkan sebagai produk yang mematuhi prosedur dan piawaian halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum diedarkan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata meskipun produk berkenaan dikeluarkan di Korea, ia mematuhi piawaian halal berdasarkan penilaian JAKIM dan badan Islam di negara itu.

Katanya, banyak produk keluaran badan Islam dari negara luar ketika ini dijual menggunakan logo halal selain logo yang dikeluarkan JAKIM, namun ia tetap perlu mematuhi peraturan dan piawaian negara ini sebelum boleh dipasarkan.

"Ada badan Islam luar negara yang mengeluarkan produk mereka sendiri dan kini dipasarkan secara meluas di Malaysia, namun ia memenuhi piawaian serta peraturan ditetapkan JAKIM.

"Dalam hal ini, JAKIM sendiri membuat pengawasan dan penilaian terus terhadap produk itu sebelum ia boleh dipasarkan sebagai produk halal.

....... ini logo halal yang dikeluarkan oleh Korea Muslim Federation Halal Com.....

.... tak tau berapa banyak benda syubhah yang dihalalkan BN masuk ke dalam perut anak-anak kita...?

Khamis, 19 Mei 2011

Pelancaran jentera pilihanraya sudah dilancarkan ,namun masih kelihatan program yang tak sudah sudah menenggelamkan program parti

Salam,mohon maaf jika ada yang tidak setuju atau memang diakui tak semua tempat terjadi dan ada juga tempat dan kawasan yang program rakyat dan program parti bergerak seiring.

Saya cuma merasakan ,ya mungkin ada benar atau tanggapan meleset saya,namun masih merasakan program untuk pengundi mengenang parti khususnya "pas" nampak suram dan tenggelam.

Dan saya juga biasa dapat notis hadir mesyuarat dari persatuan persatuan peringkat penduduk,taman untuk pelbagai program yang hendak dilaksanakan setelah disusun dan digarap diawal tahun.Ya saya bersetuju setiap yang dirancang mesti ada perlaksanaan.Namun mereka yang memimpin dan menerajui pimpinan masyarakat dalam kawasan kejiranan wajib mengingati perlantikan dan kemenangan dalam jawatan tersebut bertitik tolak diatas kemenangan parti dan rakan rakan politik dalam pilihanraya yang lepas (lantikan atas kemenangan parti).

Kehebatan dan kejayaan program yang terlaksana tidak dapat tidak jangan menenggelamkan kenangan pengundi samaada yang mengundi PR atau tidak terhadap parti khususnya pas ,sebab saya ahli pas sebab itu saya kempen .Rujuk tulisan Subki Latif mengenai bagaimana sepatutnya parti khususnya parti islam dikenang pengundi dalam masa pilihanraya nanti.

saya pernah memberi perumpamaan membuat contoh jemaah adalah umpama ubat gigi mukmin,jika berada dalam kotak colgate pengguna @pengundi akan mengatakan ubat gigi itu adalah colgate.Walaupun yang mengharumkan mulut mulut pengguna nanti adalah ubat gigi mukmin.Cuma pengguna @pengundi sudah terbiasa dengan iklan jenama colgate yang mendapat liputan luas pengiklan.

Langsung tak ada tujuan saya untuk memburukkan jenama ubat gigi cuma contoh,yang saya dapat beri buat masa ini.

Sayanglah peluang dapat kuasa ini ,untuk mengetengahkan parti dirasa berat atau sukar dilaksanakan.Masih ada perasaan takut takut nak sebut parti dalam program masyarakat.Sedangkan kerajaan negeri kita yang perintah.Jangan lupa peranan musuh politik yang bersama sama dalam mesyuarat dan program yang kita pengerusikan.Takut kita dilekakan sehingga terjadi program parti ditenggelamkan oleh program program atas nama kemasyarakatan.

Petugas parti nampak lebih bersemangat untuk buat kerja kerja atas nama program kemasyarakatan tersebut.Dan bila kita panggil untuk gerak kerja parti jawapannya sangat mengundang kesedihan."saya atau kami boleh bantu sahaja, itu pun kalau semua telah disediakan"

Untuk program kepartian "saya atau kami cuma boleh bantu sahaja" tetapi untuk program atas nama masyarakat bertungkus lumus.

SOLAT ASAS DIAJAR KEPADA ANAK ANAK PASTI












































Solat merupakan asas yang kami terapkan disini.Penting mereka mengetahui dan mengenali maha pencipta yang menciptakan seluruh makhluk dalam alam ini,mengapakah dan apakah tujuan kita diciptakan.

Bersama mereka yang baru nak mengenali dunia aku juga tumpang sama mempelajari satu ilmu yang sebelum ini tidak aku dapati ketika belajar disekolah iaitu ilmu mengendalikan anak anak.

Mendisiplinkan,mengawal emosi ,memahami mereka dan dunia mereka untuk disesuaikan dan untuk supaya mereka dapat menerima apa yang diajar ,satu tugas berat dan aku berterima kasih juga kepada mereka yang memberi aku pendidikan yang berguna ,sama sama kita mendapat manfaat daripada situasi dan juga keadaan.

Quran penyembuh


Satu lagi bukti UMNO Jual Negara

PKR dakwa 'projek IC' akan berjangkit ke Semenanjung

Abdul Rahim Sabri @ Malaysiakini

Project IC' atau cubaan mendaftar warga asing sebagai pengundi dijangka akan berleluasa di Semenanjung Malaysia pula, seperti keadaan di Sabah sebelum ini.

NONEBekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.

Dr Chong - kini merupakan ahli PKR - mendakwa bahawa projek tersebut dilihat akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan negara tetapi juga (terhadap) isu tanah di Sabah.

"Saya tidak terkejut sekiranya mereka menggunakan modus operandi ini di Selangor atau negari Pakatan yang lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.

'Pasukan petugas'

Sebagai contoh, dakwanya, terdapat pertemuan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Megat Junid Megat Ayob dan JPN bagi mencari membincangkan perkara itu.

Menurutnya, seorang ketua kampung ketika itu Hasnar Ibrahim -- kini ahli PKR -- didakwa terlibat menandatangani dokumen tersebut.

Dr Chong juga mendakwa, sekitar tahun 1990-an Umno juga menubuhkan satu 'pasukan petugas' bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang diketuai Datuk Musa Aman yang kini merupakan ketua menteri Sabah.

NONEKatanya, pemberian kad pengenalan tersebut bertujuan untuk menumbangkan PBS - yang belum menyertai BN ketika itu - dalam pilihan raya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, Khalid berkata, ekoran pengalaman menjatuhkan PBS di Sabah, beliau "nampak" ia akan berlaku di Selangor.

Malah pada 26 Mac lalu, Khalid berkata seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.

Mengulas berhubung peningkatan jumlah pengundi di Hulu Selangor yang mencecah 15,000 orang, Khalid mempersoalkan jumlah yang tinggi itu.

"Daripada mana datangnya (angka) ini. Jentera kita akan membuat siasatan daripada mana datangnya jumlah itu," katanya.

SATU ANALISIS DAN TEGURAN TAJAM MENIKAM

Adakah Pengundi Terkenangkan PAS?

http://2.bp.blogspot.com/-tLZp0Ml8ZHQ/Tc49S7FqK1I/AAAAAAAAAgw/jGY8uPIzK0c/s320/Istemewa%2Bterkenang.jpg

Orang memang bencikan Umno, tetapi mengapa mereka susah untuk mengundi PAS?

Soalan di atas mungkin kurang disenangi oleh sebahagian orang PAS. Tambah-tambah lagi isu-isu semasa menolak Umno ke dinding. Parti itu semakin terdesak dengan beberapa taktik serangan yang kurang menjadi. Umno terdesak dengan isu Kristian dan isu video Datuk T.

Walau pun terdesak begitu, belum tentu orang tidak akan mengundi Umno dalam PRU akan datang. Isu-isu sebelum PRU seperti tenggelam menjelang PRU. Tenggelam dengan sogokan, ugutan, rayuan dan kenangan bersama Umno.

Kenangan? Ya, orang biasanya mengenang Umno yang berjasa kepadanya sepanjang tahun. Soal jasa itu kecil atau besar, berniat politik atau tidak, itu soal lain. Apa yang penting orang mengenang jasa Umno.

Kenangan menghasilkan undi. Membuatkan orang mengenang bukannya mudah. Kalau sumbangan dihulurkan semasa hampir hari mengundi, itu tidak menjadi kenangan tetapi menjadi juihan mulut.

Umno bijak membuatkan orang mengenangnya. Walau orang tahu Umno jahat, tetapi undi tetap diberikan kepada Umno kerana orang mengenang jasanya. Orang terlupa kejahatannya Umno kerana terkenangkan jasanya.

Cuba fikir, mengapa orang terus sanggup mempertahankan Anwar? Salah satunya kerana orang mengenang jasa Anwar semasa dia dalam Umno dulu.

Orang Permatang Pauh mengundi Wan Azizah, bukan kerana susuk dirinya tetapi kerana orang terkenangkan Anwar. Orang di situ terlalu banyak kenangan dengan Anwar sehingga tidak terlupakan.

PAS parti baik, tetapi orang tidak nampak kebaikan PAS. Tidak banyak yang dibuat oleh PAS supaya orang mengenangnya. Bukan PAS tidak punya jasa, tetapi PAS tidak berupaya membuat jasanya itu dikenang sepanjang masa.

Mengapa orang kurang mengenang PAS? Entahlah, mungkin kerana PAS lebih meminta daripada memberi. Meminta tidak salah, tetapi orang lebih mengenang PAS kerana meminta bukan mengenang PAS kerana memberi.

Bagi saya, selama mana orang tidak mempunyai kenangan dengan PAS, mereka sukar untuk mengundi PAS walau pun mereka membenci Umno. Parti itu jahat, tetapi orang ada kenangan manis dengan parti itu.

Mengapa orang masih sukakan Shahidan Kassim walau pun dia bukan lagi MB? Sudah tentu kerana orang ada kenangan dengannya. Begitu juga, ada orang PAS Perlis yang boleh panggil Bang Cha saja dengan MB Mat Isa Sabu. Kenapa? Kerana orang itu ada kenangan dengan Mat Isa Sabu.

Mungkin orang itu tidak mengundi Mat Isa dalam pilihanraya tetapi dia tentu tidak sanggup bercakap perkara yang kurang sedap mengenai Mat Isa dalam ceramah kerana dia punya kenangan dengan Mat Isa.

Orang tidak sanggup melukakan hati Tok Guru Nik Aziz kerana orang mengenangkan jasanya dan kezuhudannya. Orang tidak sanggup bercakap perkara tidak baik mengenai Ust Fadhil Noor kerana orang mengenangkan sikap humble dan rendah dirinya.

Simpulnya begini, PAS perlu buat sesuatu supaya orang boleh mengenang PAS. Kenangan menghasilkan undi.


Khamis, 12 Mei 2011

Lagi episod perubahan dalam hidup



Salam perjuangan,esok bakal diadakan sambutan hari guru dan hari ibu yang akan diadakan di PASTI AS SAKINAH.Persiapan akan dilakukan pada malam ini untuk acara yang bakal diadakan hari esok.


Pasti kini sudah menjadi rumah kedua dan pejabat kedua selepas kerja .Aku rasa tanggungjawab mengurus amanah lebih berat dari memikul tugas harian.


Pelajar semakin bertambah,walau pun sudah masuk bulan mei pendaftaran masih terbuka dan sambutan masih ada dari ibu bapa yang mahukan pendidikan awal pra sekolah secara islam yang kami terapkan diPASTI.

Cari Blog Ini