Rabu, 9 November 2011

Salam perjuangan, untuk sahabat sahabat DPPKR.Lihat gambar ini !apakah yang kalian ingat dan terfikir?Bagi kita nostalgia!ya nostalgia dan masa gemilangnya jabatan amal KR.

Bilakah boleh kita mendapatkannya kembali?

Ketika ini kita meredah segenap pelusuk,malah tidak ketinggalan berdada dengan pihak penguasa dalam siri siri demontrasi.

Tiada ketakutan,kekesalan,kerisauan,yang ada hanya amal !amalulillah .Tenaga dan semangat menyala nyala.
Kita mahu melihat kesinambungan tersebut ,mengalir dan terus mengalir seumpama sungai yang tetap melimpah walau diampang.Harap dapat merasainya lagi dalam menghampiri PRU13 yang semakin hampir.

Menyedia Pelapis Pelapis Gerakan Islam adalah menyediakan masa untuk melakukannya.

Salam perjuangan,satu persoalan yang masih belum dapat direalisasikan oleh kader kader kita ialah menyediakan pelapis -pelapis untuk mendokong perjuangan suci gerakan islam tanahair diperingkat kawasan kita ini .

Jika dilihat dari Ijtima Tarbawi yang lepas bagi yang berkesempatan hadir ,sudah tentu teruja melihat barisan muda mudi yang hadir mengikuti perjalanan Ijtima Tarbawi.Wajah wajah segar muda mudi islam yang sopan menyejukkan mata yang memandang.Berprogram dalam keadaan sopan menjaga tatasusila dan bersolat jemaah bila masuk waktunya ,berukhuwah saling kenal mengenal antara satu yang lain.

Tidak dapat dipastikan samada ada sesi saling kenal mengenal dengan muslimah.Tak salah mencari kenalan bertukar tukar fikiran antara muda mudi,jika dilihat disudut program yang dijalankan oleh pihak yang lain sudah tentu sasaran muda mudi lelaki dan perempuan digunakan untuk menarik golongan muda mudi bercampur gaul tanpa batas.

Bagi yang dahagakan ilmu ,gerai gerai buku dan eksesori yang bermotif islamik menjadi tumpuan.Sticker ,baju,jaket,vest,beg dan pelbagai jualan begitu meriah dikunjungi hadirin yang berkampung.Rata rata muda-mudi.Ya pasti setengah dari mereka adalah pelajar atau penuntut universiti tempatan yang hadir mengikuti perjalanan Ijtima.

Cuma apa yang saya ingin katakan setelah bermukaddimah diawal tadi,ialah kenapa dikawasan dan cawangan kita ,kita kekurangan wajah wajah muda ini.Khususnya wajah muda pelapis kita kelak.Apakah kita tiada formula berkesan mengajak mereka ini bersama?Pengalaman kita sendiri ditempat kita,pemuda yang hadir kesurau kita hampiri dan berjaya dibawa kedalam usrah,peringkat pemuda dan cawangan.Ada diantara mereka lebih terarah kepada jemaah tabligh dan lebih mendokong gerakan tersebut.Mana silapnya kita hingga mereka ini tidak dapat melihat tujuan niat suci pejuang gerakan kita mahu meninggikan syiar islam dengan mengambil laluan politik.?

Sebenarnya pada pandangan kitalah,tiada kurangnya minat mereka ini kepada kita cuma dari segi pemerhatian kita ,mereka ini merasa kurang mampu memikul apa yang kita semua pikul dipundak bahu kita sekarang ini.Jika ada dikalangan pimpinan setaraf kita yang lahir dari usrah pun kecundang,bagaimana mereka yang baru melihat keupayaan untuk mendokong sebagaimana yang kita dokong.Lebih mudah bergerak kerumah rumah ,mengajak orang datang kesurau,bertazkirah dan membaca kitab .Dari bersengkang mata menyusun,merancang,menjalankan gerak kerja masyarakat dan program gerakan serta pilihan raya lebih lagilah bebannya.Teknikaliti, akauntabiliti,dan pelbagai liti-liti yang memerlukan segenap tenaga usaha dan fikiran menjayakannya.

Kita sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut,terikat dan tersibuk sehingga ,tangungjawab merekrut pun tak kesampaian.Kita rasanya inilah salah satu faktor peyumbang kepada "lackingnya kita"dengan izin dalam penganjuran program program sahsiah,merekrut dan berada bersama orang muda tak tercapai,bagaimana mungkin kita dapat lepak bersama mereka sedangkan pemuda yang berjaya kita bawa dan yang telah bergerak dengan kita pun memikul berbagai jawatan,tanggungjawab yang amat besar.

Merekalah orang kuat dicawangan,kawasan,negeri dan selanjutnya .

Akhirnya persoalan yang sentiasa bermain difikiran kita adalah,jika beginilah hebat tekanan dan bebanan ,hanya mampu berdoa dan memohon pertolongan dari Allah membantu kita kekal berada disini dan juga mampu menarik golongan sasaran muda- mudi,memungkinkan kita juga berjaya seperti mana mereka yang lain berjaya menawan hati kumpulan sasaran ini.

Formula itulah yang perlu kita cari.Dan masa untuk melakukannya.Dan kita pun tak mahu terlalu mengejar semuanya, sehingga kita sendiri kepenatan akhirnya mengambil rehat yang panjang sebelum bergerak semula,.masa! ya! masa! itu yang kita tiada sebenarnya ...

HUKUM ISLAM UTAMAKAN PENCEGAHAN DARI HUKUMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14

Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa’, ayat 13-14

Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah “Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman”. Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat. Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah, dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas. Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.

Penelitian terhadap ayat-ayat tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT. Justeru, satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, maka digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah. Malah dilabelkan pula sebagai undang-undang primitif yang ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam kehidupan manusia adalah disebut “hududullah” (hudud Allah).

Contohnya makan minum, dihalalkan oleh Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan melalui bersekedudukan tanpa berkahwin yang menyebabkan hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah. Nyata sekali, setiap perkara yang haram, melanggar perintah Allah SWT, maka dianggap melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Yang bermaksud : Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah qalb.­ – Hadis riwayat Bukhari.

Kekeliruan

Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Maka hudud telah diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah. Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan: “Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan “akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina.” Paling dukacitanya, kata-kata itu terbit daripada bibir orang Islam sendiri. Sekalipun kata-kata itu sudah lama diucapkan, tetapi kesannya telah memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang Allah SWT.

Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date dan sebagainya. Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam memahami keindahan syariat Islam yang sebenar.

Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh Islam. Natijahnya, Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.

Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim.

Saya yakin, sebahagian besar daripada masalah ini ialah kerana kejahilan terhadap keindahan undang-undang Islam itu sendiri. Justeru, Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Hududullah setiap tahun dan pada tahun ini pula diadakan seminar undang-undang syariah peringkat kebangsaan untuk memberikan pendedahan dari masa ke semasa kepada masyarakat agar apabila tiba saat dan masanya yang membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan dilaksanakan dengan penerimaan dan kefahaman daripada masyarakat yang sudah terdidik dengan maklumat-maklumat yang benar.

Optimis

Saya optimis, jika wajah sebenar undang-undang syariah didedahkan, tidak akan ada suara-suara sumbang yang menolak pelaksanaannya nanti. Kata cerdik pandai tidak kenal maka tidak cinta.

Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar seminar ini dapat dilaksanakan dari masa ke semasa dan hendaklah dibuka penyertaannya kepada penyertaan masyarakat non muslim untuk datang mendengar dan mengemukakan persoalan agar setiap kemusykilan dapat dijawab oleh para ilmuan bukannya diperdebatkan di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu politik yang bias.

Hasarat Kerajaan Negeri ialah untuk mempertingkatkan syiar Islam di Kelantan ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan sama ada negeri atau pesekutuan agar sama-sama bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti iman di kalangan rakyat dengan berkerjasama menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dengan cara masing-masing. Mudah-mudahan kehidupan kita semua ini akan mendapat ihsan dan keberkatan dariNya.

Firman Allah SWT :

ولْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya”. –Surah Ali Imran, ayat 104.

Apa yang penting difahami bahawa hukum hudud ini bila dilaksanakan, bukannya pelaksananya adalah orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun setelah menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu. Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik.

Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Jika gejala penolakan ini tidak dibendung, saya bimbang menjadi satu trend yang sebenarnya membawa kesan yang tidak baik terhadap akidah umat Islam. Jangan merasakan ini sebagai satu isu yang mudah kerana mempertikaikan hukum hudud sebenarnya mempertikaikan Allah SWT.

Penegasan Allah

Sebagai mengingatkan kembali, hayatilah penegasan Allah mengenai hudud yang bertaraf “tilka” memberi makna kehormatan, ketinggian dan peringkat atasan dari segi keutamaannya. Bermakna ia perkara penting. Maka orang yang tidak menerima hudud Allah, orang itu adalah orang durhaka!

Hukuman-hukuman hudud akan dilaksanakan oleh orang yang pakar mengenainya. Penghukuman hudud ada orangnya yang kita panggil hakim. Ia adalah tugas hakim bukannya orang politik. Maka rakyat atau mereka yang ragu, tidak perlu bimbang.

Kita juga kena ingat balik kisah “riddah” pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah. Keputusan beliau ialah mengisytihar perang terhadap golongan riddah. Lalu Saidina Abu Bakar menegaskan: “Usahkan orang tidak mengeluarkan zakat, orang yang tidak beri ‘tali hidung’ (‘iqal) unta, aku akan perangi mereka.” Ia bermakna perbuatan yang bersifat durhaka itu tidak bolleh dibiarkan, kerana bila dibiarkan akan rosaklah masyarakat (orang ramai).

Sama juga, dengan seseorang itu yang membiarkan bacaan fatihah secara tidak betul tajwid, akan berterusan dengan tidak betul. Sedangkan kerana bacaan tidak betul itu, mwenyebabkan ia berubah makna atau menjadi makna yang tidak betul.

Akhirnya, rakaman tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah istiqomah dan sentiasa mengambil tanggungjawab menjayakan misi hududullah ini.

*Olahan daripada ucapan pada Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan, pada 22 Syawal 1432 bersamaan 20 September 2011, jam 10.40 pagi di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Selasa, 8 November 2011

Permudahkanlah wahai tuhan yang maha agung

Dan apabila aku sakit dialah yang menyembuhkan,sembuhkanlah Ya Allah hambamu ini dan permudahkanlah urusan dunia dan akhiratnya

Kekurangan itu menghalangi,redho dalam harapan untuk sembuh

Bismillahirahmannirahim,segala puji bagi Allah yang telah memberi rahmat dan nikmat,syukur kepadanya yang telah memberi hambanya kesempatan diatas sedikit kesembuhan ini.Suara adalah nikmat pemberian tuhannya yang tidak terhingga nilainya adalah sangat diperlukan oleh manusia hatta semua makhluk yang hidup diatas muka bumi Allah dan segenap makhluk Allah.

Dengannya manusia berkata kata ,menunjukkan reaksi dan sebagai medium menyampaikan maklumat untuk disampaikan kepada pendengar dihadapannya.Begitu ianya sangat berharga dan nilainya yang tinggi itu digunakan pula untuk membaca kalam tuhan yang menciptakannya dengan ciptaannya yang sempurna.

Alangkah indahnya bila dapat meluncurkannya ketika membaca kalam tuhan dengan baik dan sedaya nafas .Bacaan menjadi indah dan sebutan menjadi tepat.Sedikit cahaya bersinar dan hati terasa kembang setaman menerima anugerah kesembuhan yang diharap sekian lama.

Rasa rendah diri teramat, mula menyisih perlahan lahan berbunga rasa keyakinan ,gemuruh mendatang sedikit terarah dan terkawal.Doa dan sujud syukur kepada penciptanya yang telah mendengar permintaan hambanya dan kesyukuran yang tidak terhingga dan doa kesembuhan dari kesembuhannya kesembuhan yang benar benar sembuh tanpa rasa sakit.

Apalah daya seorang pemimpin tanpa sekalung tutur untuk dilontar dan diluncurkan kepada pimpinannya.Apa yang tinggal kepada pengalaman jika tutur menumpahkannya tersadung dikerongkong,tergagap gagap tersekat sekat angin terperosok tidak menerobos keluar.Bagaimana mengawal gemuruh dan mengarang bicara bilamana bicara terketar ketar ibarat sedih di majlis gembira.Mana mungkin kena pada gayanya.

Syukur dan sekalung riang bagi hamba kepada penciptanya yang telah memberi walaupun peminta tidak layak menerimanya namun,sifat rahman dan rahim tuhannya mengatasi kemurkaannya menyambut permintaan hambanya yang hina.

Syukur Alhamdulillah.

Sabtu, 5 November 2011

HARI INI WUKUF DI ARAFAH


Selamat berpuasa
bagi yang mahu merebut peluang ini ketika mana manusia islam berkumpul di padang arafah menyusun jari sepuluh memohon keampunan dan keredhoaan Allah,Kita di Malaysia digalakkan berpuasa dan banyakkan berdoa,kerana pada hari ini Allah berbangga dengan umat nabi Muhammad yang berkumpul dipadang arafah dihadapan para malaikat.
jangan lupa berdoa untuk kemenangan islam dibumi MALAYSIA tercinta ini.

Cari Blog Ini