Rabu, 29 Julai 2009

APA ITU AKTA ISA

Internal Security Act(ISA) atau akta Keselamatan Dalam Negeri dijadikan undang-undang pada tahun 1960.Kuasa mutlak berkenaan ISA telah diberikan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Melalui ISA,Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan pihak polis menahan sesiapa sahaja selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan.Selepas 60 hari,seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri dan tempoh itu boleh disambung tanpa had maksimum.

Penahanan boleh dibuat tanpa perlu membawa mereka yang dituduh ke mahkamah untuk dibuktikan bersalah atau tidak.bermakna orang yang tidak bersalah juga boleh ditahan mengikut kehendak Menteri.

ISA BERCANGGAH DENGAN HAK ASASI MANUSIA DAN ARTIKEL 5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DAN DIBAWAH ARTIKEL 5,6,7,8,9,10 DAN 11 DEKLARASI HAK ASASI ANTARABANGSA.

Oleh itu,adalah menjadi satu tanggungjawab kepada seluruh warganegara Malaysia menyatakan bantahan dan mendesak kerajaan Memansuhkan Akta ISA sebelum anda dan keluarga anda menjadi mangsa kezalimannya.

Isnin, 27 Julai 2009

Hormati Adat Resam Semua Kaum

Nizar Pegang lilin Najib Pula?

Salam,
Maaf daripada masyarakat hindu kerana menyiarkan gambar ini untuk perbandingan .Upacara ini apakah adat? ataupun upacara agama?

Kami yang beragama islam tidak boleh bersama dalam upacara keagamaan ,sekiranya hanya jika acara adat resam tidak menjadi masalah sebagaimana yang dijelas kan oleh tuan guru Nik Aziz.

Lajnah Penerangan DPPKR berharap perkara adat resam sesuatu kaum itu tidak dipolitikkan oleh UMNO Dan Barisan Nasional untuk kesejahteraan dan keharmonian semua kaum .

Menghormati budaya dan cara hidup sesuatu kaum mencerminkan kematangan kaum yang bertamaddun, dan akan membuahkan hasil kesejahteraan hidup dalam masyarakat majmuk.

Nuraffendi Zabiri
Lajnah Penerangan DPPKR

Jumaat, 24 Julai 2009

HIMPUNAN MANSUH ISA




















Kepada rakyat Malaysia yang perihatin kepada penderitaan yang dihadapi oleh keluarga mangsa tahanan ISA ,1 Aug ini tunjukkan sokongan kita dengan mendesak kerajaan memansuhkan akta ISA ini untuk kesejahteraan rakyat dan tanah air.Layari link himpunan mansuh isa disini.http://himpunanmansuhisa.wordpress.com/

Rabu, 22 Julai 2009

Biodata Rasulullah

· Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

·Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

·Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

·Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

.Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN

(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

·Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul '; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)

.IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ****** Sempat masuk Islam.## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya

..Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلمNabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik Contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Selasa, 21 Julai 2009

Tubuh Suruhanjaya Bebas diRaja-Nik Aziz

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan bagaimana pembantu kepada anggota Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati ketika menjadi tetamu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya cukup tergamam menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang pada awal petang 16 Julai lalu.
"Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang memberikan kerjasama berhubung satu siasatan," kata Menteri Besar Kelantan dalam satu surat yang kepada dihantar kepada Ibu bapa Beng Hock.
Surat ucapan takziah itu bertarikh 20 Julai di alamat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam tetamu wajib dihormati dan dilindungi.
Menurutnya tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak terhadap status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan, di mana Islam secara automatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi tuan rumah.
"Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya," katanya.
Bagaimanapun, katanya apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis lalu membuatnya terkejut.
Oleh itu beliau berharap ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang supaya bersabar dan tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian getir sekarang.
Beliau juga berharap sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja perlu ditubuh dalam tempoh terdekat bagi menyiasat kes tersebut secara lebih telus.
"Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya," ujarnya.
Teoh Beng Hock ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai lalu selepas disoal siasat pegawai agensi terbabit. - mj _

Isnin, 20 Julai 2009

UPPTS hantar wakil unit Amal Kota Raja

Alhamdulillah Urusan Pemuda Pas Taman Setia(UPPTS) telah dapat menghantar seorang petugas untuk bertugas di Johan Setia dalam majlis perasmian pecah tanah rumah anak yatim Al Munirah.

Terima kasih kepada akhi Kamaruddin yang telah dapat meluangkan masa dan tenaga untuk berkhidmat pada hari tersebut.

Khamis, 9 Julai 2009

Usrah Bulanan Cawangan

Pada malam selasa 7hb Julai 2009 ,Pas Cawangan Taman Setia mengadakan usrah bulanan .
Nampak usrah bulanan Pas Caw malam tersebut seolah -olah usrah bulanan pemuda ,sebab yang hadir ramai dikalangan pemuda .

Apa sudah jadi dengan orang-orang lama, golongan tua ,ada jemaah yang keluar dari surau lalu depan pusat komuniti memandang sepi pusat ini ,kenapa tidak mahu singgah barang sebentar untuk kita ,menjalinkan ukhwah dalam program usrah seperti ini.
Sedihnya kurang sambutan usrah
dimana silapnya,apakah kesibukan atau kesenangan dan kerehatan menyebabkan kita terhalang mendatangi usrah,Ini usrah cawangan tapi kehadiran sangat mengecewakan.

Harus dipuji ustaz dan Naqib Kawasan Kota Raja,Ustaz Jefri walaupun dalam kesibukan tugas ,berniaga dan bekerja,tugas nazirnya ,tugas di kawasan ,cawangan pun masih dapat meluangkan masa untuk usrah kali ini.Akhi Azli walaupun bekerja malam tetapi singgah usrah dulu sebelum ketempat kerja.


Kitab Apa erti saya menganut islam,semua yang hadir telah membentangkan dan berbincang tajuk bagaimana cara saya hidup sebagai seorang islam
perbahasan semakin baik,kefahaman ahli dan keyakinan diri mula terbina dalam diri setiap ahli usrah ,jika dahulu segan-segan dan takut-takut untuk bersuara sekarang sudah ada keberanian berkat usaha dan latihan setiap kali hadir program usrah.

Selasa, 7 Julai 2009

RAKYAT DIHULUKAN PENCAPAIAN BURUK DISOLEKAN

Salam,

Kalau sebut rakyat didulukan pencapaian diutamakan,memang sedap bunyinya kalau yang bercakap itu orang yang diakui kewibawaan dan karismatik orang yang menggagaskan ucapan sebaik itu.

Pernah ana katakan ketika bermulanya PM menerajui kepimpinan negara ini,yang kita lihat barisan kabinetnya adalah orang -orang yang mempunyai rekod-rekod kegagalan yang bukan sedikit.Kegagalan kementerian pelajaran sehingga kehari ini dalam menentukan arah dan hala tuju pendidikan negara sehingga kucar-kacir dan mencicirkan bukan sedikit anak-anak murid disekolah-sekolah.

Hatta pencapaian murid didalam mata pelajaran sains dan matematik bukan disebabkan murid tidak boleh menjawab tetapi keliru dengan maksud bahasa inggeris menyebabkan ramai murid yang gagal menjawab dengan baik.Ini diakui oleh guru yang mengajar.

Mata pelajaran wajib lulus pula meminggirkan mata pelajaran agama yang sepatutnya menjadi teras mata pelajaran dalam negara yang mengaku sebagai sebuah negara islam.Tetapi mata pelajaran agama bukan mata pelajaran utama.

Rakyat keluar membantah dalam himpunan mansuhkan PPSMI.Jika kerajaan seperti yang didakwa mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan sudah tentu menerima pandangan rakyat yang mahu PPSMI dimansuhkan.Bukan kah masih ada mata pelajaran bahasa inggeris disekolah?perkasakanlah waktu pembelajaran tersebut dan masukkan input-input untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris dalam kelas mata pelajaran bahasa inggeris tersebut.

Sememangnya rakyat telah dihulukan dan pencapaian murid-murid disolekkan hingga nampak baik pada mata pemimpin kementerian tersebut sahaja.Kami rakyat bukan nak lihat pemimpin yang menerajui sesuatu kementerian menonjolkan kejayaan beliau memimpin atau membawa perubahan,transformasi atau apa saja kejayaan peribadi pemimpin atau kementerian beliau.

Itu tidak penting tetapi kejayaan rakyat yang berjaya hasil dari dasar -dasar yang diperkenalkan dan dibawa itu yang akan menaikkan dengan sendiri nama baik atau kejayaan sesuatu kementerian dan sedikit sebanyak menaikkan juga nama pemimpin yang menerajui kementerian-kementerian terbabit.Bukan atas dasar pendidikan malah kementerian dan dasar-dasar yang lain,perumahan,kesihatan,pertahanan,keselamatan dan sebagainya.

Begitu juga rakyat mahu melihat Perdana Menteri yang bukan hanya mengeluarkan key words,key words yang enak -enak jika hanya sekadar ada kunci tetapi tak ada pintu yang jelas nak dibuka dengan kunci tersebut.

Beliau sendiri mesti mempunyai jati diri dalam membuat keputusan yang tegas dan fasih akan setiap keputusan yang diambil akan menepati janji beliau untuk mendahulukan rakyat .Pencapaian yang gagal dan buruk bukan untuk disolek supaya nampak ada pencapaian kalau rekod yang rakyat lihat sangat rendah.Lihat saja rekod kerajaan menyalah guna jentera kerajaan dalam episod rampasan kuasa di negeri Perak,Menggunakan tekanan keatas badan kehakiman ,rakyat melihat mahkamah,polis ,spr,sprm sebagai badan -badan yang tidak lagi boleh diharap memberi keadilan dan ketelusan.Dan akta zalim ISA meninggalkan kesan yang amat dalam mengguris dada-dada rakyat yang dianiayakan.

Ini tidak boleh dikosmetikkan ,sebab fizikal yang cacat tidak boleh dicantikkan dengan hanya solekkan walaupun dengan solekkan yang tebal.Yang disolek akan kelihatan menakutkan dan akan dijauhi oleh mereka yang melihatnya.

Maka sebab itulah sekarang ini orang sudah mula menjauhkan diri dari pemimpin-pemimpin dan parti-parti yang dipimpin mereka kerana solekkan tersebut memang menakutkan dan menjauhkan orang yang melihatnya.

Jika sekadar janji untuk berubah tetapi ,tidak mengambil langkah kearah itu Perdana Menteri perlu ingat ,janji yang keluar dari mulutnya bahawa UMNO dan BN jika tidakberubah akan tinggal sejarah.Dan kalau berubah pun sudah terlambat ,hati rakyat sudah dilukai,perit rasanya menjalani kehidupan sehari-hari.

Dan rakyat akan mengenang UMNO dan BN lah menyebabkan rakyat dihulukan,dan pencapaian-pencapaian cuma solekan yang membebankan kehidupan seharian.

Isnin, 6 Julai 2009

Satu Rumah Satu Orang Hafiz

Salam ,
Ana sedang menyahut seruan Ustaz Farhan Bin Abdullah untuk mewujudkan hafiz dirumah .Mudah mudahan usaha murni ini mendapat pertolongan dari Allah ,

Memahami tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam membentuk dan mentadbir keluarga mencari keredaan Allah insyaallah.Buku panduan tulisan beliau ana baru saja membelinya dan sedang dalam proses untuk ana dan anak-anak serta isteri untuk menghafaz sebagai permulaan juzuk amma insyaallah.

Khamis, 2 Julai 2009

Patut ke tak patut?

Tuan tanah tak arahkan ke bangunan ini keluar dari tanah nya?


Telah dikosongkan semua peniaga dipindah sementara keatas jalan raya












Berlaku kesesakan kerana jalan utama terpaksa ditutup kerana memberi peluang peniaga membuka gerai diatas jalan raya ,notis yang singkat dan tergesa-gesa menimbulkan kesulitan kepada peniaga dan penduduk.



Kenapa peniaga diarahkan keluar serta merta,dan bangunan UMNO pula boleh kekal?Apakah tuan tanah ada berbincang syarat dan penangguhan perpindahan kepada pemilik bangunan tersebut tetapi tidak berbincang dengan persatuan penduduk untuk keselesaan semua penduduk ,diharap persatuan penduduk dapat mengadakan pertemuan dengan pihak pemilik tanah untuk penyelesaian terbaik.
Fakta :-peniaga hanya menumpang tanah tersebut seminggu sekali untuk aktiviti perniagaan pasar malam,dan kebersihan dan rumput diatas tanah tersebut dipotong dan dijaga,longkangnya pun telah dibaik pulih.
Bangunan UMNO tersebut didirikan kekal.

Peniaga Diarah Keluar Bangunan Haram Kekal ?

Salam,

Sebagaimana dilaporkan perkara ini kepada saya dan saya ambil inisiatif membawa ke pengetahuan semua perkara ini bukan untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa hanya tertanya tanya cara perlaksanaan arahan yang saya lihat berbeza dari pihak MPK terhadap peniaga berbanding dengan bangunan kekal yang dibina diatas tanah yang dahulunya dijadikan tapak pasar malam di taman setia klang.




Difahamkan tanah ini adalah kepunyaan individu yang telah mengarahkan peniaga keluar dari tanah tersebut.Anehnya ketika diarah keluar oleh MPK pihak persatuan penduduk tidak dimaklumkan terlebih dahulu sehingga menimbulkan kekecohan sedikit antara pengurus pasar malam dengan para peniaga. Bukan itu sahaja pihak MPK seolah bertindak bagi pihak tuan tanah dalam mengarahkan para peniaga keluar,dan difahamkan setelah itu surat arahan ditarik balik selepas beberapa ketika apabila ada bantahan dari pihak persatuan penduduk yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara ini.
Penduduk sekitar melahirkan rasa tidak senang hati kerana peniaga tidak dibenarkan berada diatas padang dan atas sebaran notis yang terlalu singkat diberi ,persatuan penduduk tidak ada cara lain melainkan memindahkan sementara para peniaga kekaki jalan bersebelahan padang.Ini menyebabkan kesesakan lalulintas yang agak teruk.
Ada suara-suara yang memandang sinis arahan ini dengan suara-suara ,para peniaga serta merta diarah keluar tetapi bangunan haram diatas padang kekal.Kenapa ada perbezaan dalam perlaksanaan arahan dan kuatkuasa MPK dalam perkara ini.
Saya hanya boleh berharap penduduk bersabar sedikit dan memberi ruang kepada persatuan penduduk mengadakan perbincangan dengan pihak MPK dan tuan tanah bagi mencari penyelesaian terbaik.
Walaubagaimana semua harus faham bahawa tuan tanah berhak sepenuhnya keatas harta miliknya.

Rabu, 1 Julai 2009

Sedar Tanggungjawab Itu Amanah

Tanggungjawab sosial sesebuah kerajaan tidak boleh dijadikan sebab untuk membuat rakyat rasa terhutang budi kepada kerajaan, sebaliknya kerajaan yang memerintah mempunyai kewajipan asas menyediakan kemudahan asas.Dan kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan, rakyat membayar untuk harga kebanyakan kemudahan asas tersebut bukan percuma.

Cuma rakyat akan nilai prestasi perkhidmatan kerajaan yang perihatin .Siapa yang dapat berkhidmat selaras dengan aspirasi dan denyut nadi rakyat,akan terpilih sebagai sebuah kerajaan yang adil dan berkebajikan.Bukan rakyat hendak bersikap malas dan mengharap bantuan semata-mata,

Cuma hendak ditegaskan tanggungjawab kena dilaksanakan dulu.Kelebihan kelebihan yang diberi sebagai tambahan untuk kesenangan rakyat adalah merupakan satu nilai tambah sebuah kerajaan untuk setiap sumbangan rakyat kepada negara tersebut.Ada sumbangan bukan tidak ada dan jangan nafikan sumbangan rakyat walaupun sumbangan seorang peraih atau pemborong ikan.

Cari Blog Ini