Rabu, 14 Disember 2011

MEMUPUK UKHUWAH ANAK ANAK DI PASTI


Tanggal 12hb Dec 2011,

Menyiapkan mural dalaman di PASTI AS SAKINAH bagi persediaan untuk musim baru persekolahan tahun depan 2012..

Setelah tugas menyiapkan keceriaan bahagian luar bangunan,kini tiba pula process coloring bahagian dalaman.

Semua proses dijalankan secara gotong royong .Tidak ketinggalan anak anak dibawa bersama ,dalam masa bapa bapa mereka bersama sama bergotong royong menyiapkan tugasan,anak anak ini dapat bersama sama saling kenal mengenal antara anak jemaah pemuda bersama yang lain.

Ialah ibubapa berkawan rapat dan saling bantu membantu dalam kerja kerja jemaah .Anak anak dibawa sekali untuk mendedahkan mereka kepada kehidupan jemaah ibubapanya.

Mereka inilah harapan ummah yang akan menyambung kerja kerja murni ibubapanya.PASTI telah banyak memberi pengalaman berharga kepada kami,mebngajar tentang hidup dan menyantuni anak anak dalam memberi pendidikan islam asas kepada kehidupan didunia sampai akhirat.

Cari Blog Ini