Jumaat, 15 Mei 2009

WASPADA PENDEKATAN PECAH DAN PERINTAH

Langkah yang diambil oleh mereka dan media mereka mempermainkan isu golongan ulamak dan erdogan sememangnya ada unsur -unsur untuk memecahkan kesatuan dalaman PAS yang akan melangsungkan muktamar tidak lama lagi.Pendekatan ala penjajah yang memisah,pecah belah bagi memungkinkan mereka berkuasa telah digunakan sejak zaman dahulu dan masih dirasakan relevan pada masa ini.Lihat saja krisis di perak mereka ujudkan MB haram dan negeri dalam keadaan ada dua Menteri Besar dan mereka yang memerintah,sedang hakikatnya mahkamah tinggi memutuskan YB Nizar sebagai MB yang sah walaupun selepas itu keputusan ditangguh pula.Ruang yang besar diberi kepada ulamak dalam dada akhbar mereka walaupun ulasan kebanyakannya negatif.Tapi kita kena sedar memang keujudan unsur pecah dan perintah.Penyokong dan pendokong harus berhati-hati dalam memberi kenyataan pendapat dan tidak terikut-ikut gendang yang dipalu .Perkara yang tidak berlaku diada-adakan dan cuba dimainkan selama mungkin .Lagi lama isu ini keudara lebih untung mereka.Ini yang perlu kita semua cantas ,tidak perlu dilayan cerita dua golongan ini kerana yang ada penyatuan bukan perbezaan antara yang dikatakan golongan ulamak dan profesional ini.Dalam memainkan isu ini,pihak mereka mendendangkan lagu satu Malaysia untuk menunjukkan mereka juara penyatuan dan dipihak kita ada perpecahan.Terbaru Perdana Menteri Rakyat, dan banyak lagi ungkapan manis-manis disebalik serangan saraf mereka untuk menunjukkan kepada rakyat yang dipihak kita ada masalah dalaman pepecahan dan sebagainya.Tapi persoalan dan pertanyaan kita kepada Perdana Menteri Rakyat yang mana satu?Sebab masih ada unsur-unsur bila bantuan dan sebagainya kita pohon dari kerajaan.Mesti melalui birokrasi yang diujudkan yang mana pemohon kena dapatkan sokongan ketua kampung dan pimpinan masyarakat setempat yang pro BN,dan jika kita yang pimpinan masyarakat setempat tahu kita bukan penyokong kerajaan Perdana Menteri Rakyat permohonan kita itu kelak apakah akan dipertimbangkan seadilnya.Apakah ketua kampong kerajaan negeri diiktiraf sedangkan program kebajikan diujudkan oleh kerajaan pusat.Jadi satu persoalan kepada Perdana Menteri Rakyat yang mana?dan kami yang didalam Pakatan Rakyat semua pula adalah rakyat siapa ,kerana memang ujud perbezaan dalam pemerintahan kerajaan sekarang dalam segi ketelusan dan keadilan undang -undang.Amat jelas dalam situasi di negeri Perak.Kegagalan Perdana Menteri menyatukan Rakyat lebih kritikal dari pada ketua sebuah parti yang mentadbir sebuah parti politik.Bagaimana dasar negara hendak dijayakan yang mana pada hakikat kebajikan rakyat dinegeri- negeri terpilih secara pilih-pilih praktikkan.Satukan Kekuatan...ikhlaskan sucikan niat dihati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini