Isnin, 17 Oktober 2011

HUDUD TERLAKSANA DI BRUNEI

Syukur dipanjatkan kehadrat ilahi yang telah membuka hati Sultan Brunei berkenan,melaksanakan hukum islam "hudud"dinegara yang diperintah oleh nya.

DiMalaysia pula dalam pada media arus perdana menyiarkan kenyataan demi kenyataan dari Perdana Menteri hinggalah kepada artis artis hiburan tanahair ditemubual oleh pemberita pemberita mengulas isu ini.

Maka keluarlah nas nas yang begitu janggal sekali didengar sehingga ada yang mengatakan hukuman "sula" itupun adalah hukum hudud.
Ada pula ada dikalangan artis muslimah yang mengambil jalan merendah diri dek kerana rendah ilmu mengenai hudud dan hukum Allah bukanlah selayaknya dikeluarkan oleh mereka yang bukan ahlinya dalam bidang hukum hakam agama.Berdiam diri adalah cara paling terbaik buat kita semua rakyat biasa orang awam ini.

Namun bilamana Brunei telah mengambil satu jalan selamat dunia akhirat,maka pejuang syiar islam diMalaysia merasa akan ada sinar yang akan menerangi bumi Malaysia ini sedikit masa lagi untuk sama sama melaksanakan hukum hudud.

Sentiasa kita berdoa semoga apa yang menimpa keatas negara Brunei itu dipercepat oleh Allah dan dipermudahkan olehnya untuk negara tercinta Malaysia akan dapat melaksanakan hukum yang akan menyelamatkan manusia dunia sampai akhirat.

Berdoa kita supaya kerajaan yang diberi kuasa memerintah yang ada sekarang yang berbagai alasan diberi untuk tidak melaksanakan hudud.Ditumbangkan dan ditukar oleh rakyat negara ini.Ini bukan masalah orang islam sahaja tetapi jika hudud dilaksanakan orang bukan islam pun akan mendapat manfaatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini