Jumaat, 4 Mei 2012

Makin Lama Mogok,makin serius ekonomi terjejas...!!







Pemandu haulier pelabuhan kelang telah mengambil satu tindakan nekad dengan mengadakan bantahan kepada pihak pengusaha depoh kontena .Saya pun sempat bertanya dengan seorang kawan yang bekerja dengan syarikat haulage sebagai pemandu loti kontena .

Apakah yang menyebabkan pemandu lori ini membuat bantahan aman dengan meletak semua kunci lori dan berkumpul untuk menyampaikan message mereka kepada pihak berwajib supaya ,beban yang diletakkan keatas mereka adalah tidak patut.

Sebelum ini untuk mengambil kontena kosong dari depoh yard mereka dikehendaki membayar RM5 setiap kontena setiap kali masuk ke depoh, untuk mengambil kontena .Masa yang diambil untuk mengambil kontena didepoh pemandu tersebut perlu tunggu 1hingga 3jam untuk kontena itu diload keatas treller mereka.

1 hingga 3 jam dan perlu bayar RM 5.Ada pemandu yang syarikat mereka bekerja membenarkan mereka claim semula duit yang mereka bayar,dan ada syarikat yang tidak membenarkan pemandunya untuk claim.Namun ketika itu pemandu membuat bantahan tetapi tidak sehingga sampai kategori mogok besar besaran seperti yang berlaku kali ini.Maklumat mengatakan 14 buah lori dipecahkan dalam bantahan kali ini.Difahamkan lori yang dipecahkan adalah lori yang tidak mahu bersama kumpulan pemandu yang membantah ,kali ini mereka benar benar mahu mengajar pengusaha depoh supaya jangan lagi menjadikan mereka mangsa keatas keuntungan yang mahu dicapai oleh pengusaha depoh.

Kenapa ujud depoh persendirian   

Ujudnya depoh persendirian adalah kerana depoh kelolaan yang ada link dengan L.P.K sudah penuh .Dan syarikat perkapalan mengambil jalan menyewa tanah tanah persendirian yang dijadikan depoh untuk meletakkan kontena kontena mereka .Maka depoh depoh persendirian ini pun tumbuh dengan pesatnya namun masih tidak dapat menampung dan memenuhi kehendak menempatkan lambakan kontena yang sentiasa bertambah.

Dalam pada itu pengusaha ini selain mendapat sewaan mereka juga  kenakan bayaran RM 5 sebelum ini atas alasan wang itu digunakan untuk menanggung kos baik pulih forlift atau pengurusan depoh.Pada kali ini bayaran mereka naikkan sebanyak RM 13 ke RM20 .Ada depoh kenakan RM 13 ada yang RM 18 terpulang kepada pengurusan depoh.

Kenaikan yang melampau inilah yang tidak boleh diterima oleh pemandu ini yang sebenar sudah terbeban dengan bayaran RM5 sebelum ini.

Kesan terhadap industri dalam negara .

Semalam seorang kawan yang bekerja dikilang TOYOTA assembly mengatakan bahawa hari ini,mereka tidak dapat run production disebabkan bekalan stok mereka tidak dapat dihantar kepada mereka  zero stok katanya.

Kesan lain adalah kontena kontena eksport tidak boleh dihantar ke dalam pelabuhan untuk dinaikkan keatas kapal.Kontena kontena import tidak dapat dihantar kepada pelangan sejak kelmarin.

Jika berterusan lebih lama ekonomi negara boleh terjejas.Semalam pegawai .L.P.K berjanji untuk membawa perkara ini kepada pihak atasan,tetapi tidak dipersetujui oleh pemandu kerana bimbang mereka dipermainkan,selesai dahulu tuntutan baru mereka akan mulakan semula operasi,mereka tidak boleh beroperasi dan menunggu selama 10 hari untuk L.P.K membawa masalah mereka dan TIDAK YAKIN kepada L.P.K yang meminta masa dalam 10 hari untuk menyelesaikan tuntutan pemandu .

ismitsulamraja    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini