Khamis, 3 Mei 2012

Usai sudah himpunan terbesar pernah saya sertai semenjak BERSIH,BERSIH 2.0 siri siri himpunan lainnya dan terkini BERSIH 3.0.Pengalaman yang sudah rata rata himpunan yang lepas contohnya himpunan AIR saya ditahan pihak polis sebelum perhimpunan bermula,dalam BERSIH 2.0 pula saya ditangkap dikawasan KLCC dan dibawa ke PULAPOL dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat tahanan jinjang.

Semasa BERSIH 3.0 takut tindakan polis menutup jalan sekitar KL dan bimbang tak dapat masuk bandar ,saya dan kumpulan bergerak memasuki jantung ibu negara seawal pukul 10malam dan kami dapati KL sudah pun memulakan rehersal BERSIH 3.0 dan Dataran Merdeka sudah ramai manusia yang datang.Kali ini orang berbangsa cina lebih ramai turun dari sebelum ini.

Mereka membawa isu LYNAS selain turut sama menyokong rakyat dalam menuntut pilihanraya yang bersih dari SPR.Maka himpunan dikatakan berjaya mengumpulkan tidak kurang 300 ribu peserta yang hadir.

Pada awal perhimpunan bermula secara kecil kecilan seawal pukul 10 pagi sehingga pukul 1petang sebelum solat zuhur bermula ,manusia sudah memenuhi segenap ruang di Central Market tempat saya dan kumpulan berkumpul.Pimpinan mula sampai,yang dapat dikenal pasti YB NIzar MB perak yang sah,Ustaz Idris Ahmad,YB Xavier ,Ely Wong dan banyak lagilah pimpinan yang hadir.

Suasana seperti sedang berpesta bola,dengan belon hijau dan kuning yang sangat besar,dan peserta pun dengan belon belon kecil,dari kartun angry bird,sehingga sponge bob pun ada,asal warna kuning laris dan laku dibeli oleh peserta peserta yang datang dari segenap ceruk rantau.selesai melakukan solat zohor bagi kami yang beragama islam maka persediaan untuk berhimpun dan bergerak dimobilasikan oleh unit unit amal dari Jabatan Amal Pas seluruh negara yang menghantar petugas petugas amal pada hari itu,.Kami pula tidak bertugas sebagai unit amal sebaliknya mengambil keputusan untuk menjadi peserta pada himpunan kali ini.Ini adalah kerana komander amal kawasan kami berada diMekah membantu mengurus jemaah melakukan umrah .Maka berjalanlah himpunan BERSIH 3.0 berarak dari CM terus menuju ke Dataran Merdeka sampai di OCBC bank kumpulan kami tidak dapat pergi lebih jauh kerana terlalu ramai kumpulan yangtelah sampai dulu dari kumpulan kami.Dan kami pun duduk dan bantah disekitar OCBC bank hanya berberapa meter sahaja dari masjid Jamek untuk kedataran.Sampailah jam 4petang kami pun bergerak untuk bersurai ketika bergerak itulah aku terhidu satu bau yang sangat dirindui bau asap gas pemedih mata ,walau pun kami dihempus tempias gas yang datang dari jarak jauh nafas tetap sesak dan air mata pedih mula mengalir ,Memang menyesakkan ,kalau dari jarak begitu jauh pun asapnya masih menyesakkan,apalagi yang hampir dengan canister Allah sahaja yang tahu.

Daripada asalnya nak bergerak terus balik kami berpatah balik bermain kejar kejar dengan polis dan kumpulan aku berpecah,aku terpisah dengan kawan kawan yang lain yang dikejar.Aku juga ditolak oleh seorang peserta berbangsa cina yang menjerit pada aku ooi cepat sikitlah jalan dan menolak aku kedepan.Aku membalas dengan menjerit pada nya .lu jangan lari lu undur perlahan lahan lu lari lu jatuh lagi susah.Ketika berjalan asap sudah memenuhi ruang udara saya berjalan menahan kepedihan sehingga tak sedar sudah sampai bangunan Maybank.Akibat dikejar.

Diasak sehingga kePuduraya.kemudian keadaan tenang ,sempat aku cari kedai beli air minuman dan terus ke parking kereta dan balik.Malam itu bila buka FB baru kutahu diKL polis masih mengejar peserta yang sudah bersurai dari pukul 4 petang hingga jam 7 petang polis masih menghambat para peserta.

Apa yang kita harapkan polis melindungi kita ,rupanya polis menjadikan rakyat yang sudah mahu pulang sebagai alat belasahan.banyak darah yang tumpah tak kurang yang meninggal dunia.Teruk rakyat dikerjakan dalam himpunan kali ini.puncanya berpunca dari polis yang memulakan provokasi dan tindakan ganas polis membelasah rakyat yang berhimpun.Wartawan yang membuat liputan pun turut dipukul dan harta benda mereka seperti camera dirampas.Warga asing pelancong juga tidak terkecuali makan penumbuk polis ,yeah welcome to Malaysia nice is it.

Apa yang dikesalkan kerajaan dan SPR nampaknya masih membutakan mata dan telinga .Berita akhbar masih bias dan berpihak kepada pemerintah yang kotor ,akhbar pula memaparkan kan kisah lucah pemimpin politik PR hanya berberapa hari selepas himpunan.Akhbar sudah hilang nilai laporan dan sama taraf dengan buku lucah.Baru selesai BERSIH 3.0 ,mereka melihat kehendak rakyat tapi masih degil dan tidak pernah ada niat untuk berubah.

Maka sebab itu aku sudah pun bersedia untuk ke BERSIH 4.0 jika diperlukan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini