Selasa, 7 Julai 2009

RAKYAT DIHULUKAN PENCAPAIAN BURUK DISOLEKAN

Salam,

Kalau sebut rakyat didulukan pencapaian diutamakan,memang sedap bunyinya kalau yang bercakap itu orang yang diakui kewibawaan dan karismatik orang yang menggagaskan ucapan sebaik itu.

Pernah ana katakan ketika bermulanya PM menerajui kepimpinan negara ini,yang kita lihat barisan kabinetnya adalah orang -orang yang mempunyai rekod-rekod kegagalan yang bukan sedikit.Kegagalan kementerian pelajaran sehingga kehari ini dalam menentukan arah dan hala tuju pendidikan negara sehingga kucar-kacir dan mencicirkan bukan sedikit anak-anak murid disekolah-sekolah.

Hatta pencapaian murid didalam mata pelajaran sains dan matematik bukan disebabkan murid tidak boleh menjawab tetapi keliru dengan maksud bahasa inggeris menyebabkan ramai murid yang gagal menjawab dengan baik.Ini diakui oleh guru yang mengajar.

Mata pelajaran wajib lulus pula meminggirkan mata pelajaran agama yang sepatutnya menjadi teras mata pelajaran dalam negara yang mengaku sebagai sebuah negara islam.Tetapi mata pelajaran agama bukan mata pelajaran utama.

Rakyat keluar membantah dalam himpunan mansuhkan PPSMI.Jika kerajaan seperti yang didakwa mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan sudah tentu menerima pandangan rakyat yang mahu PPSMI dimansuhkan.Bukan kah masih ada mata pelajaran bahasa inggeris disekolah?perkasakanlah waktu pembelajaran tersebut dan masukkan input-input untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris dalam kelas mata pelajaran bahasa inggeris tersebut.

Sememangnya rakyat telah dihulukan dan pencapaian murid-murid disolekkan hingga nampak baik pada mata pemimpin kementerian tersebut sahaja.Kami rakyat bukan nak lihat pemimpin yang menerajui sesuatu kementerian menonjolkan kejayaan beliau memimpin atau membawa perubahan,transformasi atau apa saja kejayaan peribadi pemimpin atau kementerian beliau.

Itu tidak penting tetapi kejayaan rakyat yang berjaya hasil dari dasar -dasar yang diperkenalkan dan dibawa itu yang akan menaikkan dengan sendiri nama baik atau kejayaan sesuatu kementerian dan sedikit sebanyak menaikkan juga nama pemimpin yang menerajui kementerian-kementerian terbabit.Bukan atas dasar pendidikan malah kementerian dan dasar-dasar yang lain,perumahan,kesihatan,pertahanan,keselamatan dan sebagainya.

Begitu juga rakyat mahu melihat Perdana Menteri yang bukan hanya mengeluarkan key words,key words yang enak -enak jika hanya sekadar ada kunci tetapi tak ada pintu yang jelas nak dibuka dengan kunci tersebut.

Beliau sendiri mesti mempunyai jati diri dalam membuat keputusan yang tegas dan fasih akan setiap keputusan yang diambil akan menepati janji beliau untuk mendahulukan rakyat .Pencapaian yang gagal dan buruk bukan untuk disolek supaya nampak ada pencapaian kalau rekod yang rakyat lihat sangat rendah.Lihat saja rekod kerajaan menyalah guna jentera kerajaan dalam episod rampasan kuasa di negeri Perak,Menggunakan tekanan keatas badan kehakiman ,rakyat melihat mahkamah,polis ,spr,sprm sebagai badan -badan yang tidak lagi boleh diharap memberi keadilan dan ketelusan.Dan akta zalim ISA meninggalkan kesan yang amat dalam mengguris dada-dada rakyat yang dianiayakan.

Ini tidak boleh dikosmetikkan ,sebab fizikal yang cacat tidak boleh dicantikkan dengan hanya solekkan walaupun dengan solekkan yang tebal.Yang disolek akan kelihatan menakutkan dan akan dijauhi oleh mereka yang melihatnya.

Maka sebab itulah sekarang ini orang sudah mula menjauhkan diri dari pemimpin-pemimpin dan parti-parti yang dipimpin mereka kerana solekkan tersebut memang menakutkan dan menjauhkan orang yang melihatnya.

Jika sekadar janji untuk berubah tetapi ,tidak mengambil langkah kearah itu Perdana Menteri perlu ingat ,janji yang keluar dari mulutnya bahawa UMNO dan BN jika tidakberubah akan tinggal sejarah.Dan kalau berubah pun sudah terlambat ,hati rakyat sudah dilukai,perit rasanya menjalani kehidupan sehari-hari.

Dan rakyat akan mengenang UMNO dan BN lah menyebabkan rakyat dihulukan,dan pencapaian-pencapaian cuma solekan yang membebankan kehidupan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini