Isnin, 8 Jun 2009

Wah !sampai begitu komen terhadap ulamak?

Salam perjuangan ,

Lama juga tak menulis dan memberi komen semenjak dua menjak ini.Ana selepas muktamar ini baru lega dari kepenatan berkhidmat sempena muktamar yang baru sahaja selesai.Baru nak dapatkan maklumat -maklumat terkini sekitar muktamar dari internet ana terjumpa komen-komen yang agak menghentam ulamak-ulamak.

Ulamak minta jawatanlah,dimana ulamak masa FRU semburlah,ulamak slowlah ,tak ada satu program ulamak yang grandlah dan banyak lagi komen-komen dari blogger terkini berkenaan ulamak-ulamak dalam PAS.Ana pernah mengingatkan cara musuh kita pendekatan pecah dan perintah yang akan diguna pakai untuk mereka pecah belah kita semua terbaru dengan ulamak-ulamak.Tak mengapalah jika begitu,cuma satu persoalan kepada blogger,blogger yang menulis komen-komen tersebut ana nak tanya?mereka ini berada didalam kuali ke atau sekitar kuali je?

Pengalaman kita yang berada dalam kuali mungkin berbeza dengan mereka yang berada diluar kuali yang mana tahap kepanasan tak sama dengan kepanasan berada didalam kuali.Ada orang yang suka bagi komen ,mereka ini tak berada pun dalam gerakan atau gerak kerja awalan merencana ,merangka gerak-kerja.Kadang-kadang kerja 70% 80% kerja dah nak siap baru lah mula nak bagi idea dan komen-komen.Padahal beban kerja yang berat dah ditanggung oleh orang-orang dari awal yang duduk pecah kepala dan menanggung bebanan kerja yang lebih nak menjayakan sesuatu agenda ,program atau gerak kerja.Pernah duduk dalam dewan ulamak menggerakkan usrah ke dan yang sebagainya kerja kerja tidak glamor ulamak?,Jangan pandai komen je,pernah rasa kesulitan yang dihadapi dewan ulamak dalam pentarbiyahan ahli dan masyarakat?

Kalau cerita tentang demontrasi,kena sembur memang ramai orang yang nak buat sanggup mati syahid dan sebagainya ,gerak kerja pasang bendera,pilihanraya wah lagi-lagi demam pilihanraya memang ramai yang akan keluar dan sama-sama menjayakannya.

Tapi cuba ajak pergi mengaji,usrah ke?berapa ramai yang sanggup pergi dan tunggu.Semua ada kepentingan tersendiri ,jangan kita hemtam kromo sesedap rasa.Nak komen ulamak pun janganlah sampai nampak macam nak buang ulamak pulak.Mereka juga ada hati dan perasaan ,apa kah sama golongan berilmu dengan golongan tidak berilmu tentu tak sama.

Dan lagi sama ke golongan ilmuan dunia dengan golongan ilmuan akhirat seperti ulamak-ulamak.Ingat soalan dalam kubur bukannya berapa lama engkau jadi peguam ke .lawyer ke,doktor ke? berapa harta engkau ada ke?engkau ni blogger bagus ke tak ke?komen engkau mendapat hit tertinggi ke?

Aleh-aleh soalan bocor yang belum tentu kita semua dapat menjawabnya tanpa ilmu mengenal Allah?Siapa yang sampaikan ilmu tersebut kalau bukan ulamak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini