Rabu, 24 Jun 2009

Tolong Jangan Politikkan Sekolah!!

Salam ,

Terpanggil untuk menjawab tohmahan penulis blog pemuda umno bahagian kota raja yang menuduh PAS yang memulakan perkauman diMalaysia.Dan memecahkan kesatuan orang melayu.Dan beliau memetik kisah anak orang pas sewaktu dalam bilik darjah.ini petikkan kata-kata penulis tersebut.

"Kewujudan orang-orang PAS di sekolah memang merimaskan. Mereka memperkenalkan satu aliran pemikiran jumud dengan mengasingkan kaum-kaum di sekolah. Sedikit sebanyak mereka mengganggu dunia persekolahan yang sebelumnya begitu indah dan tenang. Ketika itu juga, lahirlah Ustazah dan Ustaz atau guru PAS yang gemar membangkitkan isu-isu remeh serta suka mengumpat dan menyindir rakan bukan Islam dan juga murid-murid Islam yang bergaul dengan mereka. Mereka juga suka menyindir pakaian dan rambut kami dengan kata-kata kesat yang tidak pernah digunakan di sekolah tersebut sebelum itu. Sekolah dicemari dengan wajah Ustaz, Ustazah dan guru-guru PAS yang penuh dengan kebencian dan prejudis terhadap orang lain. PAS perlahan-lahan berjaya merasuki masyarakat agar membenci sesama sendiri dan berpecah belah. "

anda boleh rujuk disini
http://pemudaumnokotaraja.blogspot.com/

Saya nak jawab begini:-Kepada penulis blog tersebut

" Kewujudan orang-orang UMNO di sekolah memang merimaskan. Mereka memperkenalkan satu aliran pemikiran jumud dengan menyalahgunakan sekolah .Laman sekolah digunakan sesuka hati. masa yang sama umno menggunakan sekolah sebagai tempat untuk menerap nilai politik sempit mereka di sekolah. Sedikit sebanyak mereka mengganggu dunia persekolahan yang sebelumnya begitu indah dan tenang dengan menggunakan sekolah sebagai tempat mengantung bendera BN ketika lawatan pemimpin bersama rakyat.Pemimpin bersama rakyat ke? atau pemimpin UMNO bersama rakyat? .Nak sambut pemimpin datang melawat anda guna murid murid sekolah kibar bendera,sepatutnya diorang perlu berada didalam bilik darjah belajar.

Anda memecah belahkan murid yang sepatutnya menuntut ilmu pelajaran bukan untuk mengenal umno atau bulan disekolah, carilah pentas yang sesuai untuk berpolitik ikhlaslah kepada murid murid yang datang untuk menuntut ilmu.Sekolah janganlah dijadikan pentas politik sempit penulis membincang isu perkauman.Nak bincang apa isu ni tak timbul pun,memang Allah cipta kita berbagai kaum,adakah kita manusia minta dengan Allah ke untuk dijadikan sebagai cina ke india ke? Tak adakan?jadi sekiranya Allah dah takdirkan penulis sebagai seorang melayu syukurlah dan saya yakin anda pun tak minta jadi melayu kan ?tahu- tahu lahir sebagai anak melayu betul tak?

Dan kepada penulis mungkin pengalaman anda sebagai murid yang nakal disekolah sehingga guru anda menegur gaya rambut dan pakaian anda kesekolah ketika itu membuatkan anda benci guru anda ,tetapi ! kenapa pulak PAS yang anda mangsakan?.Kesian sungguh kepada anda kerana melalui pengalaman sedemikian ketika dialam persekolahan anda.Kalau hendak berkongsi pengalaman pun takkan posting dalam blog UMNO bahagian?.

Islam will unite us ALL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini