Isnin, 29 Jun 2009

UMNO CUMA PANDAI BAGI ALASAN

Salam perjuangan,

Berbangga mempunyai kepimpinan ulamak yang sanggup menegakkan dalam mengatakan kebenaran hukum Allah walau pahit untuk diluahkan walaupun ditentang tetap mengatakan kebenaran.TGNA dalam mengatakan tiada beza umno dan ayah pin sepatutnya menjadi satu muhasabah kepada umno dengan teguran ikhlas bukan untuk TGNA sengaja mencari publisiti ketika pilihanraya tetapi sebagai nasihat kepada pimpinan umno seluruhnya supaya kembali kepada islam yang sebenar.Jika tidak mahu berada dalam kedudukan setaraf ayah pin.

Mana tidaknya segala kemungkaran yang disebut oleh Al Quran untuk dijauhi oleh manusia tidak dilaksanakan oleh UBN yang diterajui oleh umno yang mengaku islam .Amal maaruf kena dengan nahi mungkar juga.Tidak boleh mengajak orang kepada kebaikan dalam masa yang sama menggalakkan pertumbuhan maksiat.Suruh orang buat baik tetapi tidak mencegah orang dari membuat kemungkaran tidak ubah seperti menggalakkan berleluasanya kemaksiatan.Dan maksiat yang dinyatakan dalam Al Quran menyebabkan seseorang itu terjatuh kedalam kemaksiatan,kefasikan,kemunafikan tergambar dalam tindak tanduk umno selama ini ,bukan sengaja TGNA yang tuduh dan nak katakan umno bukan islam .Benarlah beliau berkiasan yang apa saja kemungkaran Al Quran tergambar pada wajah umno.Contoh umno menggalakkan program -program maksiat hiburan berleluasa dan melampau seperti jom heboh, akademi fantasia,astro dengan cerita-cerita uncensored dalam masa tayangan tidak sesuai.Dimana ada anak-anak kecil yang menonton sama.Paling buruk rekod umno menghalang majlis ilmu disurau-surau .Memisahkan politik dan agama itu adalah bukti jelas umno tolak islam, sebab Nabi Muhammad bangunkan negara islam dalam masjid.Jadi kenapa tindakan umno berbeza dengan apa yang Muhammad buat.Siapa Muhammad pada umno?

Kemungkaran kena cegah,sebab manusia banyak yang degil ,dan hanya dengan hukuman serta pencegahan yang dapat menghalang kemungkaran dari berleluasa.Itu lumrah sebab itu islam mengimbangi antara suruh dan cegah.

Jangan bagi alasan,tidak mahu layan Tuan Guru disebabkan ego tidak mahu menerima nasihat,kalau benar umno memperjuangkan islam yang sebenar buktikan lah dalam debat tersebut ,dan beri contoh -contoh hukum Allah dari Quran dan Sunnah yang telah pun dilaksanakan oleh umno sejak memerintah 50 tahun.

Sistem sistem islam yang lain telah diterima pakai oleh seluruh manusia didunia ini.Ini terbukti dengan sistem kewangan islam yang telah diterima pakai oleh umat manusia seluruhnya dengan baik.

Kalau puasa,haji ,zakat fitrah ,sembahyang kita ambil dari Quran kenapa hukum jenayah islam kita tidak pakai dan masih guna pakai sistem penjajah yang sudah lapuk?.Bukan pas yang suruh manusia puasa ,sembahyang,bayar zakat ,buat baik cegah mungkar tetapi islam yang suruh .Pas pun rujuk pada kitab Al Quran dan Sunnah Muhammad tak ambil dari yang lain.

Kalau umno mengaku islam dan mengambil sama dari Kitab dan sunnah
Muhammad seperti apa yang pas ambil dari Al Quran dan Sunnah, kenapa? tindakan umno yang Allah beri kekuasaan memerintah malaysia tidak dapat melaksanakan hukum -hukum quran tersebut.?Itu yang kita nak tahu kenapa berbeza dari segi perlaksanaan oleh umno?.

Jadi umno kena beri penjelasan kepada semua manusia dimalaysia bahawa umno telah mengambil apa yang islam tetapkan dan dari sumber yang benar,dan jelaskan jika sumber dah benar, kenapa tak laksanakan? Jangan pula tanya kenapa PAS tak laksanakan.? sebab kuasa perintah negara sekarang ada pada umno dan barisan nasional bukan pada PAS.Pas hendak laksanakan di peringkat negeri sepatutnya umno yang islam itu menggalakkan bukan menekan dan menyempitkan ruang untuk melaksanakan hukum hudud.

Jelaskan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini