Rabu, 30 September 2009

Pengundi Pos Bagan Pinang Kena Berani

Salam perjuangan,

Bila sebut pengundi pos pasti terbayang abang dan akak polis dan askar yang berkhidmat untuk mempertahankan negara dari anasir anasir yang boleh menganggu gugat kestabilan dalam negara.

Bagaimana jika anasir tidak sihat datang dari sebuah parti politik yang memegang tampuk pemerintahan yang mempunyai seribu satu cara untuk menekan dan menidakkan demokrasi dalam negara.

Dan berbagai cara untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat terutama anggota keselamatan yang sentiasa dipantau pergerakan hatta untuk mengundi juga tidak diberi kebebasan.

Ujudnya borang sampingan yang perlu diisi sebelum membuang undi bagi anggota keselamatan dilihat satu cubaan untuk memberi tekanan kepada pengundi pos ini.Dan SPR yang sudah menjadi pak turut kepada parti yang memerintah dengan dilihat memihak kepada BN sejak akhir akhir ini.Banyak pindaan yang SPR lakukan dilihat untuk memberi kelebihan kepada umno dan barisan nasional walaupun dinafikan pengerusi SPR.

Walaubagaimana pun saya melihat walaupun apa juga cara yang di buat oleh SPR dan kerajaan yang memerintah untuk menekan pengundi pos ,sesuai dengan status anggota keselamatan yang terkenal dengan sikap keberanian dan yang diharap menjaga keamanan tanah air begitu juga lah sikap mereka ketika memangkah kertas undi ,dengan berani dan tidak takut memilih yang mereka mahu walau apa pun tindakan yang mungkin terjadi kepada mereka.

Jangan takut untuk memilih walaupun apa yang mereka pilih boleh disemak semula oleh orang tertentu dengan adanya nombor siri dan borang sampingan yang diisi.

Sebab penjawat awam,polis dan khususnya tentera sepatutnya ada nilai status tersendiri dan suara tersendiri dalam memilih tampuk kerajaan yang mana status ini akan dihormati oleh setiap rakyat negara ini bilamana tentera mempunyai suara politik tersendiri .Tidak dikongkong oleh parti pemerintah walaupun diurus oleh parti pemerintah yang menang dalam pilihanraya.Mereka tetap bebas membuat pemilihan dalam pilihanraya.

Saya sangat suka melihat satu hari nanti dinegara ini ,rakyat ada status bersuara tersendiri,begitu juga pihak keselamatan dan tentera negara ini ada nilai status tersendiri tanpa dikongkong oleh sesiapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini