Jumaat, 21 Ogos 2009

GHURAH! & Berpantang dalam bulan puasa.

Salam perjuangan,

Ana sedang dalam proses berpantang makan dan minum dalam 3 minggu ini insyaallah.Ini adalah kerana malam tadi ana lakukan perubatan cara tradisional GHURAH .

Ghurah ini adalah satu rawatan tradisional melayu yang dapat melegakan resdung,sakit kepala,membuang kahak dan dikatakan bagus juga untuk suara.Ana ambil peluang bulan ramadhan yang tiba untuk lakukan rawatan ini atas sebab senang nak berpantang.

Kaedah memasukkan ubat melalui hidung,memang perit sedikit bila ubat tersebut dimasukkan,macam nak hilang nyawa ana rasa,sukar untuk bernafas pada mulanya.

Kalau nak kira ana tiada penyakit lelah atau sesak nafas sebelum ini.Tapi mungkin sejak berat badan naik .Terasa semput juga bila naik tangga.Mungkin sebab itu ana susah tarik nafas mula-mula ubat dimasukkan.

Akhirnya dengan bantuan perawat beliau mengurut belakang baru ana dapat step pernafasan melalui mulut.Hidung memang dah blok sebab lendir-lendir yang keluar ikut hidung menutupi rongga ,memang dah tak boleh bernafas ikut hidung.

Mulut kena dibuka luas untuk mengeluarkan kahak-kahak tanpa berkahak supaya lendir tidak dikeluarkan dengan cara paksa.Itu adalah syarat rawatan ini.

Hari ini hari pertama berpantang.Malam tadi cuma makan bubur nasi dengan bawang goreng.Itu sahaja yang boleh dimakan.

Hatta kicap pun tak boleh,pasal dibuat dari kacang soya.

Balik dari rawatan ana lalu depan markas Pas Dragon Hill.Nampak sahabat sahabat sedang bertugas unit amal dan urusetia program ceramah umum Yb Khalid Samad.

Ana lihat K.P juga bertugas walau pun hujan renyai-renyai.Tabah betul sahabat-sahabat ana ini.Mohon maaf ana tak dapat mengikuti sahabat-sahabat bertugas semalam.

Lepas rawatan kepala pening dan ,masih ada baki-baki lendir yang keluar ikut hidung.Sukar juga memandu dalam keadaan sebegitu.Walau bagaimanapun ana selamat sampai kerumah dan dalam keadaan pening-pening lalat.

Ana rehat sekejap ,lega sedikit ana solat isyak dan terus berbaring dan berehat.

Pagi ini ana bangun dengan rasa agak lega sedikit dibahagian kepala, cuma hidung ada blok sikit-sikit .Kurang selesa tapi ok Alhamdulillah.

Itulah sedikit sebanyak ana nak kongsi berkenaan rawatan Ghurah ini.
Mudah-mudahan berpantang dalam bulan puasa ini memberi kemudahan kepada ana sebab semangat menyambut ramadhan memang hebat.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini