Jumaat, 14 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Ya Allah ramadhan datang lagi ,tapi mengapa ya Allah perasaan hati ini masih tidak terasa kehangatan kehadiran ramadhan ini .

Sungguhpun memang kehadiran ramadhan kali ini ditunggu-tunggu kedatangannya.Program disurau dan masjid sudah pasti disusun oleh A.J.K terbabit untuk memenuhi dan mengimarahkan lagi surau dan masjid masing-masing.

Kali ini ana terlibat secara langsung dalam program-program yang dirancang dimasjid surau dan markaz tarbiah dragon hill insyaallah.Cuma terasa risau dengan bebanan tugas dan aktiviti disemua tempat yang ana sebutkan tadi.Al maklum memang saat awal merangka gerak kerja dan hendak menggerakkan sesuatu perkara, lazimnya tiada sokongan dari awal menyebabkan bebanan kerja tertanggung pada hanya beberapa kerat jemaah yang terlibat diperingkat awalan.

Ana cuba juga mengelak untuk tidak terlibat terlalu banyak program tapi,itulah disana -sini sahabat berjumpa dan mengharapkan untuk ana menolong.Nak tolong bebanan tugas sudah banyak .Kalau tak tolong memang jelas sahabat yang minta tolong itu pun terbeban dengan berbagai tanggungjawab subahanallah.

Ya Allah kami semua bukan gila kuasa,pangkat atau kedudukan.tetapi inilah yang kami sedang hadapi ,Ya Allah ,kau hantarlah kepada kami pendokong-pendokong yang dapat membantu urusan agama ini wahai tuhan yang maha berkuasa.

Kami ini seolah olah gila pangkat kerana tugas dan kedudukan dalam lajnah,wadah,serta organisasi masyarakat yang kami pegang pada ketika ini.Allahu Akbar.

Pernah orang rumah ana juga suarakan kata-kata yang sama,abang ni gila kuasa ke?Allahu Akbar.

Tapi macam mana nak terangkan atau nak bagi paham bahawasanya kami tak minta dan tak inginkan semua perkara ini ,cuma memang tiada orang yang nak mengalas pergi ke mana pun ana akan jumpa sahabat-sahabat yang sama juga ,mereka ini orang-orang yang istiqomah dan atas sebab itulah kami semua terpaksa memikul juga supaya dapat dijalankan apa yang dirancang.

Tak jadi masalah lagi bila program dah berjalan ,ketika itu akan ada orang yang datang membantu bila melihat orang telah ramai-ramai di program-program itu nanti.Itu memang perkara biasa.

Ya Allah mudah-mudahan engkau permudahkan kami semua pada ramadhan kali ini untuk kami berkhidmat,dan menjalankan ibadah puasa dan mencari keredaanmu Ya Allah.

Ya Allah kau lapangkan juga kami ini yang merupakan suami,ayah dan anak supaya diramadhan kali ini bukan sahaja kami dapat menjalankan ibadah puasa,tarawikh malah dapat juga kami laksanakan tanggung jawab kami kepada keluarga kami insyaallah.

Kau murahkan juga Ya Allah rezeki kami,rezeki sahabat-sahabat kami dan orang islam seluruhnya.Jauhkan kami dari malapetaka dan selamatkanlah kami wahai tuhan kami,keluarga kami,guru-guru kami,sahabat-sahabat,pemuda-pemudi kami pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan agama islam,kau selamatkan lah agama kami,negeri kami, selamatkan seluruh orang islam dan orang beriman dalam dunia dan kau limpahkan kami dengan keampunanmu.

Ya Allah sampaikan kami dalam bulan ramadhan

Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini